Advertisements

E-SMANJ: Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Johor 2022

Advertisements

E-SMANJ : Permohonan ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor Tahun 2022

Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor mempelawa para murid yang mempunyai kelayakan akademik, keperibadian yang mulia, jati diri yang hebat serta minat yang tinggi untuk mengikuti Sistem Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.

Permohonan adalah secara dalam talian dan pautan pendaftaran akan dibuka bermula 01 Disember 2021 (Rabu) sehingga 21 Disember 2021 (Selasa).

Rujuk maklumat penuh dan syarat-syarat permohonan di bawah.

sekolah agama johor smanj

Apakah Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ) ?

Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Maahad Johor Lil Banat (MJLB), SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ), Maahad Pontian (MP), SMA Parit Raja (SMAPR) dan SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG).

SEKOLAH-SEKOLAH YANG DITAWARKAN

  1. Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ)
  2. Maahad Johor Lil Banat (MJLB – beroperasi sementara waktu di SMAKJ)
  3. Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
  4. Sekolah Maahad Pontian (MP)
  5. Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
  6. Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG)

Rujuk senarai setiap sekolah dengan lebih terperinci di sini:

Advertisements

Syarat Permohonan

  1. Calon warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan
  2. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari
  3. Calon lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010.
  4. Permohonan adalah secara dalam talian (online) dan hanya calon yang melepasi saringan awal (berdasarkan jumlah merit tertinggi) akan dipanggil menghadiri Ujian Kelayakan yang akan dijalankan. Tarikh-tarikh penting akan sentiasa dimaklumkan melalui Facebook rasmi Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.
  5. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk daftar-smanj.net/t1/2022/ yang disediakan di pautan ini

Cara Permohonan

  1. Permohonan adalah secara dalam talian melalui laman sesawang daftar-smanj.net/t1/2022/
  2. Permohonan dibuka mulai 1 Disember 2021 hingga 21 Disember 2021.
  3. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan SMANJ sebelum membuat permohonan secara dalam talian
  4. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan SMANJ
  5. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing

Tarikh Penting

Sila ambil perhatian tarikh-tarikh penting sepanjang proses permohonan.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

daftar smanj sekolah agama johor

Baca juga: TM Speed Test: Cara Check Line Internet Di Kawasan Anda

Ujian Kelayakan SMANJ

Ujian Kelayakan akan dijalankan pada 3 hingga 6 Januari 2022 kepada pemohon yang telah disenarai pendek berdasarkan markah merit tertinggi di tempat yang akan dimaklumkan.

Ujian Kelayakan terbahagi kepada tiga bahagian;

1. Ujian Bertulis

a) Dijalankan selama 1 jam 15 minit.
b) Merangkumi penguasaan asas Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan
Pengetahuan Am.

2. Ujian Inventori Personal Murid (IPM)
Ujian ini akan dijalankan selama 15 minit.

3. Ujian Lisan
a) Bacaan surah al Fatihah
b) Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
c) Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MTNJ,
MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk
menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan
pada hari Ujian dijalankan.

Ujian akan dijalankan secara bersemuka atau dalam talian bergantung kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut SMANJ

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://daftar-smanj.net/t1/2022/

Baca juga: Bajet 2022: Intipati Belanjawan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat

Leave a Comment