e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : Semakan Keputusan, Slip & Sijil

e-lembaga peperiksaan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Panduan Calon Peperiksaan bagi Peperiksaan SPM Tahun 2023

Di sini dikongsikan cara untuk calon-calon mendaftar aplikasi eLembaga Peperiksaan dan membuat persediaan bagi menduduki peperiksaan dan semakan keputusan peperiksaan.

Cara Pendaftaran Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (eLP)

Sila ikuti langkah berikut:

LANGKAH 1

Sila ke laman web e-Lembaga Peperiksaan di pautan berikut:

https://elp.moe.gov.my/auth/login

LANGKAH 2

Klik pada bahagian Daftar Akaun.

sijil hilang

LANGKAH 3

Isi maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan.

Selesai isi, klik butang Daftar.

LANGKAH 4

Anda akan terima notifikasi seperti di bawah setelah PENDAFTARAN BERJAYA.

sijil SPM hilang

Check e-mail dan sila klik pada link yang diberikan untuk mengesahkan pendaftaran.

Anda akan menerima notifikasi seperti dalam gambar di bawah:

e-lembaga peperiksaan sijil hilang

LANGKAH 5

Sekarang pergi semula ke Portal Lembaga Peperiksaan untuk login menggunakan e-mail dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.

e-lembaga peperiksaan

Cara Mohon Semakan Semula Keputusan SPM 2024

Calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan boleh membuat Permohonan Penyemakan Semula Keputusan melalui langkah berikut:

  1. Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
  2. Pendaftaran Akaun:
    • Pemohon yang belum pernah menggunakan aplikasi e-LP perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menggunakan maklumat yang betul dan tepat.
  3. Permohonan Penyemakan:
    • Pilih menu “Semak Semula” untuk membuat permohonan penyemakan semula keputusan.
  4. Semakan Status Permohonan:
    • Pilih menu “Semak Status” untuk:
      • Menyemak status permohonan setelah pembayaran dibuat; atau
      • Menyemak keputusan KEKAL atau BERUBAH.
  5. Sekiranya keputusan penyemakan adalah KEKAL, slip keputusan peperiksaan sedia ada kekal terpakai.
  6. Sekiranya keputusan penyemakan adalah BERUBAH, tindakan berikut perlu diambil:
    • Calon sekolah perlu menghubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.
    • Calon persendirian perlu menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.

    CARA MOHON SALINAN SIJIL SPM / PMR / SRP / SPMU / DLL YANG HILANG @ ROSAK SECARA ONLINE MELALUI PORTAL E-LEMBAGA PEPERIKSAAN (ELP)

    Nak interview tak lama lagi, tapi tak jumpa pula sijil SPM. Macam mana nak dapatkan salinan sijil yang baharu?

    Jangan risau! Anda kini boleh mengemukakan borang permohonan ke Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan salinan baharu bagi sijil LCE, SRP ,PMR, MCE dan SPM yang hilang atau rosak.

    Di sini kami kongsikan caranya step-by-step untuk makluman bersama ok. Mudah je…

    Untuk mendapatkan salinan bagi sijil peperiksaan seperti SPM, PMR, SRP dan lain-lain, anda boleh mohon secara online saja di Portal e-Lembaga Peperiksaan Malaysia (eLP).

    LANGKAH 1

    Bila dah boleh login lepas daftar, inilah paparan di halaman utama.

    Bagi yang nak memohon salinan sijil SPM yang hilang tu, boleh klik pada ikon Salinan Keputusan.

    e-lembaga peperiksaan

    LANGKAH 2

    Klik pada simbol + untuk memulakan permohonan.

    sijil SPM hilang

    LANGKAH 3

    Pilih salinan sijil peperiksaan yang anda inginkan.

    e-lembaga peperiksaan sijil hilang

    Skrol ke bawah dan tekan butang Cari.

    e-lembaga peperiksaan

    LANGKAH 4

    Semak dan sahkan maklumat.

    Isi maklumat tambahan di bahagian yang kosong.

    Dekat sini anda perlu masukkan alamat terkini bagi tujuan pengeposan sijil yang hilang nanti.

    e-lembaga peperiksaan sijil hilang

    LANGKAH 5

    Dah siap check dan isi, sila PROCEED untuk kaedah penghantaran.

    Caj yang dikenakan ialah RM30.00 untuk salinan, dan tambahan RM10.00 bagi yang memilih kaedah kiriman pos untuk dapatkan salinan sijil terus ke rumah anda!

    Dah siap boleh klik butang Mohon dan buat bayaran.

    Selesai!

    Baca juga: Perkhidmatan Patching Sijil SPM – Lembaga Peperiksaan Malaysia

    Cara Permohonan Manual (Di Kaunter)

    Permohonan salinan sijil yang hilang atau rosak boleh juga dibuat secara manual melalui 3 cara iaitu:

    I) Secara Terus ke LEMBAGA PEPERIKSAAN (LP)

    Pemohon boleh datang sendiri ke Kaunter Sijil yang terletak di lobi utama aras Bawah, Blok E11, LP Putrajaya, bayaran RM30.00 dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan dan salinan keputusan (jika ada).

    II) Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik)

    Pemohon boleh mewakili permohonan Salinan Keputusan kepada pihak ketiga dengan syarat, pihak ketiga membawa bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan keputusan (jika ada) dan surat wakil (boleh didapati di laman web LP).

    Permohonan Salinan Pernyataan Keputusan Peperiksaan

    III) Permohonan Melalui Pos

    Pemohon boleh membuat permohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06.

    Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP.

    Borang Permohonan Manual

    Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/06 boleh didapati di kaunter sijil, LP Putrajaya atau boleh dimuat turun di pautan berikut:

    Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama “AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA”.

    Cek persendirian tidak diterima.

    Caj Yang Dikenakan Bagi Setiap Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan

    Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan.

    Bagi permohonan online, anda boleh memilih sama ada untuk menerima salinan sijil melalui pos atau mengambil sendiri di Pejabat Lembaga Peperiksaan terdekat.

    Wang pos sebanyak RM10.00 akan dikenakan bagi kiriman pos.

    Bayaran boleh dibuat secara online, wang tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama “AKAUNTAN NEGARA”. Cek persendirian tidak diterima.

    Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.

    Baca juga: SePKM : Cara Semak Profil Kerjaya Murid Lepasan SPM

    Tempoh Pengeluaran Salinan Sijil Peperiksaan

    Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut:

    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja
    • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam
    • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja
    • Lain-lain peperiksaan tujuh (7) hari bekerja

    Maklumat Lanjut e-Lembaga Peperiksaan (eLP)

    Untuk info lanjut berkenaan peperiksaan, sila rujuk laman web rasmi

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut