Doa Ziarah Kubur & Hukum Menziarahi Kubur – Mufti WP

Doa Ziarah Kubur & Hukum Menziarahi Kubur - Mufti WP
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Doa Ziarah Kubur & Hukum Menziarahi Kubur – Mufti WP

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Ia adalah merupakan lumrah alam yang tidak dapat dielakkan. Seperti firman Allah dalam Surah Al Ankabut, ayat 57; 

โ€œTiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).โ€

Bagi โ€˜mengenangโ€™ insan tersayang yang terlebih dahulu menghadap Ilahi, menziarahi kubur terutamanya pada hari-hari tertentu seperti Hari Raya sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita. 

Oleh itu, berikut dikongsikan Doa Ziarah Kubur & Hukum Menziarahi Kubur berdasarkan penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan untuk rujukan anda. 

Doa Ziarah Kubur

Terdapat beberapa doa yang boleh dibaca ketika menziarahi kubur, antaranya ialah:

DOA 1:

Maksudnya: โ€œSalam sejahtera ke atas kamu wahai penghuni kampung (kubur), daripada orang-orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami dengan kehendak Allah akan mengikuti 

kamu. Kami memohon kepada Allah kesejahteraan bagi kami dan juga kamu.โ€

DOA 2:

Maksudnya: โ€œSalam sejahtera ke atas kamu, wahai penghuni kubur. Semoga Allah mengampuni kami dan juga kamu. Kamu telah mendahului kami dan kami akan menyusul.โ€

Hadis Berkaitan

Doa-doa tersebut adalah berdasarkan hadis di bawah:

1. Hadis riwayat daripada Sulaiman bin Buraidah daripada bapanya, katanya:

ูƒุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูŠูุนูŽู„ูู‘ู…ูู‡ูู…ู’ ุฅูุฐูŽุง ุฎูŽุฑูŽุฌููˆุง ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู…ูŽู‚ูŽุงุจูุฑู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู‚ููˆู„ููˆุง: ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃู‡ู’ู„ู ุงู„ุฏูู‘ูŠูŽุงุฑู: ู…ูู†ูŽ ุงู„ู…ูุคู’ู…ู†ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุงู„ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู’ู†ูŽุŒ ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุจููƒูู…ู’ ู„ุงูŽุญูู‚ููˆู†ูŽุŒ ู†ูŽุณู’ุฃูŽู„ู ุงู„ู„ู‡ ู„ูŽู†ูŽุง ูˆูŽู„ูŽูƒูู…ู ุงู„ุนูŽุงูููŠุฉูŽ

Maksudnya: โ€œRasulullah SAW mengajarkan kepada mereka, apabila mereka keluar untuk menziarahi kubur untuk mengucapkan: โ€˜Salam sejahtera ke atas kamu wahai penghuni kampung (kubur), daripada orang-orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami dengan kehendak Allah akan mengikuti kamu. Kami memohon kepada Allah kesejahteraan bagi kami dan juga kamu.โ€™โ€

Riwayat Muslim (975)

2. Hadir daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

ู…ูŽุฑูŽู‘ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุจูู‚ูุจููˆุฑู ุงู„ู€ู…ูŽุฏููŠู’ู†ุฉูุŒ ููŽุฃูŽู‚ู’ุจู„ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุจููˆูŽุฌู’ู‡ูู‡ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูŠูŽุง ุฃู‡ู’ู„ูŽ ุงู„ู‚ูุจููˆุฑูุŒ ูŠูŽุบู’ููุฑู ุงู„ู„ู‡ู ู„ูŽู†ุง ูˆูŽู„ูŽูƒูู…ู’ุŒ ุฃู†ู’ุชูู… ุณูŽู„ูŽููู†ูŽุงุŒ ูˆูŽู†ูŽุญู’ู†ู ุจูุงู„ุฃูŽุซูŽุฑู

Maksudnya: โ€œKetika Rasulullah SAW melewati perkuburan Madinah, maka Baginda memalingkan mukanya ke arah mereka (kubur tersebut) lalu mengucapkan: โ€˜Salam sejahtera ke atas kamu, wahai penghuni kubur. Semoga Allah mengampuni kami dan juga kamu. Kamu telah mendahului kami dan kami akan menyusul.โ€™โ€

Riwayat al-Tirmizi (1393)

Hukum Menziarahi Kubur

Bagi kaum LELAKI, hukum menziarahi kubur adalah SUNAT. 

Bagi kaum WANITA pula, mazhab jumhur ulamaโ€™ mengatakan bahawa hukumnya adalah MAKRUH.ย  Manakala, mengikut mazhab Hanafi, SUNAT bagi wanita menziarhi kubur sepertimana lelaki dan sebahagian ulamaโ€™ menyatakan SUNAT juga bagi wanita untuk menziarahi kubur kaum kerabatnya.

Doa Ziarah Kubur & Hukum Menziarahi Kubur - Mufti WP

Adab Menziarahi Kubur

  1. Berpakaian menutup aurat.
  2. Digalakkan berada dalam keadaan berwudhu.
  3. Disunatkan memberi salam secara umum kepada sekalian ahli kubur ketika masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendoakan semoga rahmat dan kesejahteraan ke atas mereka.
  4. Disunatkan memberi salam secara khusus kepada ahli kubur yang diziarahi dalam keadaan berdiri rapat di tepi kuburnya dan menghadap ke arah muka jenazah serta membelakangkan kiblat.
  5. Disunatkan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati.
  6. Disunatkan berdoa kepada si mati menghadap ke arah kiblat.
  7. Digalakkan menyebut kebaikan si mati dan bukan keburukannya.

Sumber:

  1. #3890: Bacaan Ketika Menziarahi Kubur – MAKTABAH AL-BAKRI
  2. #617: Menziarahi Kubur – DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
  3. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-257: HADITH-HADITH MENZIARAHI KUBUR BAGI WANITA – Mufti WP
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut