DOA BERBUKA PUASA & DOA KETIKA HAMPIR BERBUKA (WAKTU MUSTAJAB)
Secara umumnya, rata-rata umat Islam sudah mengetahui lafaz niat puasa yang biasa dibaca.
Namun, ada juga lafaz doa berbuka puasa yang kurang masyur di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya, walaupun ia sebenarnya adalah lafaz doa yang mempunyai sandaran hadis.
Kita dituntut di dalam agama untuk sentiasa berdoa kepada Allah walaupun ketika makan. Tambahan pula, doa orang yang berpuasa adalah mustajab.
Berikut dikongsikan doa berbuka puasa dan doa-doa yang boleh dibacakan menjelang waktu berbuka puasa.
Lafaz 1
Terdapat satu hadith di dalam Sunan Abi Daud:
Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah”. [Riwayat Abu Daud (2357)][Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan]
Menurut Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar, makna “الظَّمَأُ” di dalam hadith di atas adalah dahaga. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ
Maksudnya: “Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga”. [Lihat: al-Taubah:120]
Lafaz 2
Doa yang masyhur dalam masyarakat kita apabila hendak berbuka adalah, daripada Muaz bin Zuhrah, telah sampai kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda apabila hendak berbuka:
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya:
“Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka”. [Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini]
Mufti Wilayah Persekutuan, dalam kesimpulannya, menukilkan bahawa kita dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan sekalipun dan berpandangan bahawa setiap orang boleh dibolehkan berdoa dengan apa jua doa selagi mana maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah SAW.
Doa Ketika Sendirian / Beramai-ramai
i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”
ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”
Baca juga:
- JAKIM: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian
- Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian / Sebulan (JAKIM)
Sumber: Laman web Mufti Wilayah Persekutuan
Manfaatkan Waktu Mustajab
5 – 10 minit sebelum waktu berbuka tu, jom tadah tangan berdoa!
Kenapa?
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur
Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi SAW :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja….. boleh diubah mengikut hajat masing.
Lain-lain cadangan doa ketika berbuka puasa
- Bertambah iman
- Sihat tubuh badan
- Kematian yang baik.
- Murah rezeki.
- Anak soleh.
- Keluarga bahagia.
- Rahmat Allah.
- Jauh azab kubur.
- Lapang dada.
- Kekalkan iman.
- Ampunkan dosa.
- Anak-anak
- Berjaya dalam pelajaran / kerjaya.
- Perniagaan / pekerjaan / rezeki yang diberkati.
- Jauhi segala penyakit.
- Ibadat diterima.
- Mudah segala urusan.
- Diterima taubat.
- Lapangkan kubur.
- Mudah bayar hutang.
- Lailatulqadar.
- Syafaat Nabi SAW.
- Syurga Firdaus.
- Jauhi neraka.
- Terima kitab tangan kanan.
- Selamat meniti Sirat.
- Selamat fitnah Dajal.
- Ketenangan hati.
- Doa ibubapa.
- Keluarga yg dirikan solat.
- Diterima puasa Ramadhan
Semoga memberi manfaat buat semua.
Sumber: JAKIM Sabah / Dewan Muslimat PAS Malaysia