Berita baik bagi semua rakyat Malaysia, mulai 18 Ogos 2021, akan bermulanya diskaun 70 peratus yang ditawarkan oleh JPJ bagi pembayaran saman.
Menurut siaran media rasmi oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia itu, pemberian diskaun kepada orang ramai ini adalah bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang tawaran pengurangan / diskaun 70% saman JPJ bagi bulan Kemerdekaan Malaysia tahun 2021 ini.
Cara Dapatkan Diskaun Saman JPJ 70% Mulai 18 Ogos 2021
Pembayaran saman boleh dibuat melalui saluran berikut:
- Semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan & UTC
- Kiosk JPJ
- Portal MySikap
Orang ramai digalakkan untuk membayar saman mereka menerusi Portal MySikap secara dalam talian.
Ini memudahkan kerja kita dan tidak memudaratkan orang awam. Ia dapat elakkan kesesakan di kaunter.
Berikut dikongsikan kenyataan penuh JPJ dan cara buat semakan dan bayaran saman online.
Baca juga: e-Janji Temu Bank Rakyat: Permohonan Temujanji Online
CARA BUAT SEMAKAN SAMAN JPJ
Untuk membuat semakan saman JP secara online, sila layari Portal Rasmi JPJ di pautan berikut:
https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
Tekan butang Pilihan Carian dan pilih sama ada anda ingin membuat semakan mengikut:
- No ID
- No ID dan No Kenderaan
Pilih Kategori ID dan taipkan Kod Sekuriti yang dipaparkan.
Saman JPJ akan dipaparkan sekiranya ada.
Anda juga boleh membuat semakan dan bayaran melalui Portal MySikap JPJ.
CARA BUAT BAYARAN SAMAN DAN DISKAUN 70% (2021)
Untuk membuat bayaran saman online melalui MySikap, sila ikuti langkah berikut:
- Layari Portal MySikap https://public.jpj.gov.my/public/login.
- Sekiranya ada ID, boleh login seperti biasa. Jika masih belum ada ID, klik log masuk kali pertama.
- Setelah berjaya login, pilih menu Kesalahan dan Penalti.
- Tekan butang Cari untuk lihat saman yang ada.
- Paparan saman akan ditunjukkan. Lihat pada status kompaun, Boleh Dikompaun bermakna boleh dibayar.
- Bila dah klik pada kotak kecil, jumlah saman akan dipaparkan.
- Pilih kaedah pembayaran.
- Buat pembayaran dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai.
- Tekan butang Teruskan dan masukkan nombor TAC sampai berjaya.
- Resit akan dipaparkan apabila proses pembayaran selesai.
Rujuk langkah bergambar di bawah:
LANGKAH 1: LOG MASUK
LANGKAH 2: PILIH MENU KESALAHAN & PENALTI
Sekiranya mahu check saman untuk orang lain dan bayar, pilih no pengenalan lain disebelah kanan.
LANGKAH 4: BUTIRAN SAMAN
LANGKAH 5: PILIH KAEDAH PEMBAYARAN
LANGKAH 6: TERUSKAN PEMBAYARAN
BAYARAN SAMAN SECARA MANUAL
Bayaran dan diskaun saman JPJ 70% bagi tahun 2021 ini juga boleh didapatkan melalui pembayaran di kaunter-kaunter.
Untuk memudahkan anda dan menjimatkan masa beratur, anda boleh menggunakan aplikasi JPJeQ, iaitu aplikasi nombor giliran bagi kegunaan cawangan JPJ seluruh Malaysia.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://public.jpj.gov.my/ atau talian hotline JPJ di 03 8000 8000.
Pengguna disarankan agar merujuk Panduan Umum terlebih dahulu sebelum meneruskan ke pautan yang lain.