Daun Salam: 10 Khasiat Luar Biasa & Cara Untuk Simpan

Benarkah daun salam boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur dan tidak sihat?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat daun salam dam cara penyimpanannya yang betul agar tidak mudah rosak.

Baca juga:

Apa itu daun salam?

Testing Table

Daun salam atau daun bay (Laurus nobilis) adalah daun yang tumbuh dari pokok laurel. Daunnya yang berwarna hijau gelap ini berbentuk bujur dengan permukaan tepi yang rata.

Ia mempunyai rasa yang tajam dan pahit dengan aroma khas yang hanya dimiliki olehnya.

Pokoknya telah ditanam di seluruh negera Eropah, tropika, subtropika, dan Asia. Daun ini telah digunakan selama beribu-ribu tahun sebagai perasa makanan, diolah menjadi minyak pati dan perubatan tradisional lainnya.

Menariknya, daun bay banyak terlibat dalam aktiviti biologi seperti aktiviti penyembuhan luka, aktiviti antioksidan, aktiviti antibakteria, aktiviti antivirus, aktiviti imunostimulan, aktiviti antikolinergik, aktiviti antikulat, aktiviti penghalau serangga, aktiviti antikonvulsan, aktiviti antimutagenik, aktiviti analgesik dan antiradang.

Fakta kandungan nutrisi

Setiap 100 gram daun bay mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:

  • Air: 5.44 g
  • Tenaga: 313 kcal
  • Protein: 7.61 g
  • Jumlah lemak: 8.36 g
  • Karbohidrat: 75 g
  • Serat: 26.3 g
  • Kalsium: 834 mg
  • Zat besi: 43 mg
  • Magnesium: 120 mg
  • Fosforus: 113 mg
  • Kalium: 529 mg
  • Natrium: 23 mg
  • Zink: 3.7 mg
  • Kuprum: 0.416 mg
  • Selenium: 2.8 µg
  • Vitamin C: 46.5 mg
  • Thiamin: 0.009 mg
  • Riboflavin: 0.421 mg
  • Niasin: 2 mg
  • Vitamin B-6: 1.74 mg
  • Folat: 180 µg
  • Vitamin A: 6180 IU
  • Asid lemak: 2.28 g

Jenis-jenis duan salam

Berikut adalah jenis daun salam yang popular digunakan untuk menyediakan makanan:

  • Daun bay California (Umbellularia californica)
  • Daun bay India (Cinnamomum tamala)
  • Daun bay Indonesia (Syzygium polyanthum)
  • Daun bay Mexico (Litsea glaucescens)
  • Daun bay India Barat (Pimenta Racemosa)
  • Daun bay Turki (Laurus nobilis)

Khasiat dan manfaat

Antara khasiatnya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Memperbaiki penghadaman

Menambah daun salam pada makanan boleh membantu dalam meningkatkan penghadaman. Ia mempunyai kesan positif pada sistem gastrousus untuk mengelakkan kerosakan gastrik yang serius.

Beberapa sebatian organik yang terkandung dalam daun ini didapati berkesan untuk mengatasi sakit perut dan melegakan simptom usus yang merengsa.

Teh daun salam boleh membantu meredakan sakit perut, masalah sinus dan hidung tersumbat

2. Mengawal keradangan

Jika anda terluka atau tercedera, anda boleh cuba menyapukan minyak daun salam pada permukaan kulit yang terdedah.

Sifat antiradang dalam daun salam berpotensi untuk mengurangkan keradangan di kawasan yang cedera. Ia juga boleh mengelakkan jangkitan luka dan merawat bisul yang timbul.

3. Melindungi jantung

Jantung boleh berfungsi dengan lebih baik kerana adanya rutin dan asid kafeik. Tahukah anda, kedua-dua bahan antioksidan ini terdapat dalam daun salam?

Kedua-duanya ini boleh menguatkan dinding kapilari jantung dan membantu dalam menurunkan paras kolesterol jahat.

4. Mempunyi sifat antikanser

Menurut Journal of Nutrition Research, daun salam adalah agen antikanser.

Gabungan unik antioksidan dan sebatian organik dalam daun ini termasuk seperti fitonutrien, katekin, linalool, dan parthenolide membantu menghalang badan daripada kesan radikal bebas disebabkan oleh kanser.

5. Menjadikan rambut lebih sihat dan lebat

Kaum wanita pasti tidak akan memandang ringan terhadap masalah rambut kusut dan gugur yang dialaminya.

Situasi ini boleh dikawal dengan menggunakan minyak rambut daun salam. Penggunaan minyak ini mampu meningkatkan kesihatan kulit kepala dan melebatkan rambut.

Daun salam mengandungi vitamin dan mineral yang menyihatkan kulit kepala, menguatkan folikel rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut, mengurangkan kelemumur dan mencegah jangkitan kulit kepala lainnya.

6. Mengawal paras gula dalam darah

Sebatian yang terdapat dalam daun salam berpotensi mengawal paras gula dalam darah.

Ia bahkan meningkatkan lagi kepekatan insulin dan mengurangkan lonjakan gula dalam darah selepas makan, menjadikan ia cukup bermanfaat bagi penghidap diabetes atau mereka yang berisiko untuk mengalami masalah kesihatan tersebut.

7. Menghalang pembentukan batu karang

Daun salam boleh membantu mengelakkan batu karang. Menurut kajian, daun ini didapati dapat mengurangkan jumlah urease (enzim yang menyebabkan batu karang bagi pesakit gastrousus) dalam badan.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan kenyataan ini.

8. Meningkatkan penjagaan oral

Mengunyah daun salam segar atau menggunakan ubat kumur yang mengandungi ramuan daun ini boleh membantu meningkatkan kesihatan oral.

Hal ini kerana ia mempunyai sifat antimikrob yang boleh membantu membunuh bakteria dalam mulut, mengurangkan masalah nafas berbau, dan mencegah masalah pergigian seperti kaviti serta penyakit gusi.

9. Mengawal tekanan

Aroma daun bay mempunyai kesan positif untuk memberi ketenangan pada fikiran, badan, dan mengurangkan tekanan.

Anda boleh cuba tambahkan daun ini ke dalam minuman teh hangat atau teh herba untuk merasai perubahan mood anda nanti.

10. Menjadikan kulit lebih sihat dan lembut

Daun salam mengandungi sebatian dengan sifat antibakteria dan antikulat yang memberi manfaat khusus kepada kesihatan kulit.

Penggunaan krim atau losyen yang mengandungi ekstrak daun salam dikatakan boleh membantu mengatasi masalah jerawat, mengurangkan keradangan, dan menggalakkan kulit yang bersih dan sihat.

Hal ini kerana, di dalamnya mengandungi bahan seperti parthenolide yang mempunyai sifat anti-radang.

Ciri unik ini boleh membantu merawat kulit yang merengsa, mengurangkan kemerah-merahan, serta gejala radang kulit seperti ekzema, psoriasis atau dermatitis.

Cara simpan yang betul

daun salam

Bagi memastikan daun salam boleh bertahan lama, anda boleh simpan di dalam bekas kedap udara di tempat yang bersuhu bilik dan gelap dari cahaya matahari langsung dan lembap.

Penyimpanan yang betul akan mengekalkan rasa dan aromanya untuk satu tempoh yang lama.

Elak juga dari simpan berdekatan dengan rempah yang berbau kuat, kerana daun salam boleh menyerap bau dengan cepat.

Cara menggunakan daun salam

daun salam

Daun salam biasanya digunakan dalam masakan untuk menambahkan rasa aromatiknya.

Selain itu, kerana sifat semula jadinya ia juga boleh memberi manfaat kepada alam sekitar.

Bila daun ini dikeringkan dan dihancurkan, ia boleh mengeluarkan minyak pati bagi menghalau serangga perosak seperti semut, lalat, dan sebagainya secara organik tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat daun salam ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Bay Leaf: Health Benefits, Nutrition, and Uses. WebMD
  2. Bay Leaf. National Library of Medicine
  3. Possible Uses for the Bay Leaf. Heathline
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!