Cuti Bersalin Swasta merujuk kepada hak cuti melahirkan bagi pekerja wanita di sektor swasta di Malaysia. Ia disediakan di bawah Akta Kerja 1955 (pindaan 2022) dengan tempoh 98 hari berbayar penuh.
Tempoh ini terpakai untuk setiap kelahiran, dengan cuti awal boleh diambil 14 hari sebelum jangkaan bersalin.
Rujuk info penuh cuti bersalin swasta di bawah.
Ringkasan Cuti Bersalin Swasta
- Cuti Bersalin Swasta adalah untuk pekerja wanita sektor swasta di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022)
- Tempoh cuti bersalin swasta ialah 98 hari berbayar penuh (berturut-turut, termasuk cuti umum).
- Mengandung ≥22 minggu, bekerja ≥90 hari dalam 9 bulan sebelum bersalin.
- Elaun berbayar terhad kepada 5 anak pertama sahaja.
- Bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam 9 bulan sebelum bersalin, atau 1 hari dalam 4 bulan terakhir.
Apa Itu Cuti Bersalin?
Cuti bersalin adalah cuti yang diberikan kepada pegawai atau pekerja wanita untuk bersedia dan pulih daripada bersalin.
Cuti ini diberikan kepada pekerja wanita yang bekerja di dalam organisasi mengikut tempoh masa tertentu selepas kelahiran anaknya dan berhak mendapat elaun/gaji semasa cuti tersebut.
Pada asasnya cuti ini diberikan untuk meningkatkan kualiti kesihatan selepas melahirkan anak, mengelak kemurungan dan mengeratkan kasih sayang di antara ibu dan anak.
Tempoh Cuti Bersalin Swasta
Sebelum pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022, tempoh cuti bersalin bagi sektor swasta telah ditetapkan pada 60 hari.
Namun, selepas pindaan akta tersebut dilakukan, tempoh cuti bersalin sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari.
Ini adalah selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (Maternity Protection Convention, 2000 – No. 183), yang menetapkan tempoh cuti bersalin tidak kurang daripada 14 minggu (98 hari).
Langkah ini menunjukkan komitmen Malaysia dalam memastikan perlindungan yang lebih baik untuk pekerja wanita.

Kelayakan Cuti Bersalin Swasta
Seorang pekerja wanita layak menerima 98 hari cuti bersalin berbayar sekiranya memenuhi kriteria berikut:
- Pekerja wanita yang bekerja di bawah sektor swasta tertakluk kepada Akta Kerja 1955.
- Cuti tidak kurang 98 hari berturut – turut bagi setiap kelahiran.
- Boleh diambil 30 hari sebelum bersalin dengan perakuan Pengamal Perubatan Berdaftar.
- Mengandung sekurang-kurangnya 22 minggu
- Bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam 9 bulan sebelum tarikh bersalin dan telah diambil bekerja pada bila-bila masa dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin
Syarat Tambahan:
- Cuti mesti diambil berturut-turut (termasuk cuti umum, rehat mingguan), boleh bermula 30 hari sebelum bersalin dengan surat doktor berdaftar.
- Status pekerjaan tidak kira sama ada pekerja tetap atau kontrak, ia dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022).

Hak Pekerja Semasa Cuti Bersalin
Bagi pekerja yang sedang cuti bersalin, terdapat beberapa hak pekerja yang dijamin iaitu:
- Setiap pekerja berhak menerima elaun bersalin berdasarkan purata gaji bulanan mereka dan kebiasaannya elaun ini dibayar oleh majikan atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Namun, pekerja hanya layak menerima elaun bersalin kepada lima anak pertama sahaja.
- Majikan tidak dibenarkan untuk memberhentikan, memberikan notis penamatan khidmat kepada pekerja yang hamil atau mengalami penyakit yang berpunca daripada kehamilannya kecuali:
- Penamatan disebabkan perlanggaran kontrak perkhidmatan yang disengajakan di bawah seksyen 13(2)
- Penamatan disebabkan salah laku di bawah seksyen 14(1)
- Penamatan disebabkan penutupan perniagaan majikan
- Majikan juga tidak dibenarkan untuk menolak cuti bersalin atau paterniti kerana ia adalah hak yang dilindungi bagi membantu menyokong kesejahteraan pekerja.
- Pekerja wanita boleh mula bekerja pada bila-bila masa semasa cuti bersalin dengan persetujuan majikan sekiranya disahkan layak untuk menyambung kerja oleh pengamal perubatan berdaftar.
Cuti Paterniti (Untuk Suami)
Pindaan akta yang sama turut memperkenalkan cuti paterniti sebanyak 7 hari berturut-turut berbayar untuk suami yang bekerja di sektor swasta, terhad kepada 5 orang anak.
Untuk layak mendapat cuti 7 hari berbayar ini, pekerja lelaki mestilah memenuhi kriteria berikut:
- Status Perkahwinan: Mestilah berkahwin secara sah dengan ibu kepada anak tersebut.
- Tempoh Perkhidmatan: Telah bekerja dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 12 bulan (1 tahun) sebelum bermulanya cuti paterniti.
- Had Kelahiran: Layak untuk maksimum 5 kali kelahiran sahaja, tanpa mengira bilangan isteri atau perkahwinan.
- Notis kepada Majikan: Perlu memaklumkan majikan tentang kehamilan isteri sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin, atau seawal mungkin selepas kelahiran.
BACA JUGA: Cuti Bersalin Untuk Suami di Malaysia – Swasta & Kerajaan
Maklumat Lanjut
Rujuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai cuti bersalin swasta di:
Soalan Lazim
Tempoh cuti bersalin 98 hari yang ditetapkan melalui pindaan akta ini adalah selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Maternity Protection Convention, 2000 (No. 183) yang menetapkan tempoh cuti tidak kurang daripada 14 minggu (98 hari).
Tidak boleh kecuali dengan permohonan pekerja wanita itu sendiri dan dengan persetujuan majikan serta disahkan sihat untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar.
Tidak. Walau bagaimanapun, majikan digalakkan untuk memberi bayaran tambahan.
Melalui pindaan akta ini, majikan tidak boleh menamatkan perkhidmatan pekerja wanita yang sedang hamil atau sakit yang berbangkit daripada kehamilan kecuali dalam keadaan-keadaan berikut :
– Penamatan disebabkan perlanggaran kontrak perkhidmatan yang disengajakan di bawah seksyen 13(2)
– Penamatan disebabkan salah laku di bawah seksyen 14(1)
– Penamatan disebabkan penutupan perniagaan majikan.
Cuti bersalin adalah hanya untuk ibu yang baru melahirkan anak manakala cuti paterniti adalah cuti yang diberikan kepada pekerja lelaki untuk menjaga isteri dan bayi yang baru dilahirkan.
Rujuk juga FAQ rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di bawah (PDF):




