Cukai Tanah Pahang: Semakan dan Cara Bayar

Bagi pemilik tanah atau kediaman di Pahang, anda seharusnya sudah maklum akan kewajipan anda menunaikan Cukai Tanah anda setiap tahun.

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold).

Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

Berdasarkan Seksyen 100, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 sekiranya cukai tanah tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan kerana negeri mempunyai hak untuk merampas tanah atau rumah pemilik yang ingkat untuk membayar cukai tanah ini.

Apa itu Cukai Tanah?

Cukai tanah juga ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :

  • apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai Cukaisewa
  • apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan
  • apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.

Cukai Tanah vs Cukai Taksiran

Cukai taksiran (cukai pintu) dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

Manakala cukai tanah dibayar kepada Pejabat Daerah dan Tanah.

Semakan dan bayaran Cukai Tanah Pahang

Cukai Tanah Pahang boleh disemak dan dibyar melalui salah stu kaedah berikut:

  • Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)
  • Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Indera Mahkota, Kuantan
  • Kaunter Bayaran Hasil Tanah, Aras Bawah, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuantan
  • Portal Rasmi : http://ptg.pahang.gov.my/

Artikel berkaitan: PahangGo: Aplikasi Bayaran Online Rakyat Pahang

Cara buat semakan

Semakan maklumat cukai tanah perlu dibuat sebelum pembayaran dapat dilaksanakan. Sila pastikan maklumat adalah tepat.

Semakan hakmilik boleh dibuat dengan menggunakan Carian melalui No. Daftar Hakmilik Contoh No. Hakmilik: 060201HSD00006666

Sekkiranya anda tidak mengingati nombr hakmilik (geran), anda boleh datang ke kaunter Unit Hasil mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah berdekatan (dalam Negeri Pahang) untuk membuat semakan.

Sila bawa kad pengenalan untuk pengesahan.

Cara bayar Cukai Tanah secara Online

Seiring dengan kemajuan teknologi, bayaran Cukai Tanah di Pahang boleh dilakukan secara dalam talian di halaman https://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php

Sila ikut arahan pada skrin transaksi sehingga proses pembayaran selesai dan resit bayaran dipaparkan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!