Copa America 2024 : Jadual, Masa & Tarikh Dalam Waktu Malaysia

Copa America 2024 : Jadual, Masa & Tarikh Dalam Waktu Malaysia

Separuh Akhir Copa America 2024 bakal berlangsung tidak lama lagi dengan menampilkan empat pasukan hebat iaitu Argentina, Kanada, Uruguay dan Colombia.

Artikel kali ini, kami akan berkongsi secara lanjut mengenai perlawanan dan jadual Separuh Akhir Copa America 2024 mengikut tarikh dan masa waktu Malaysia.

Baca juga:

Latar Belakang Copa America 2024

Copa America atau Piala Amerika adalah kejohanan utama bola sepak yang melibatkan negara-negara CONMEBOL iaitu Brazil, Argentina, Uruguay, Paraguay, Chile, Peru, Ecuador, Bolivia, Colombia, dan Venezuela.

Ia adalah kejohanan bola sepak antarabangsa tertua di dunia yang pertama kali diadakan pada 1916 untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Argentina yang ke-100.

Kejohanan ini diadakan setiap dua tahun sekali dan untuk Copa America 2024 edisi ke-48 ini akan berlangsung di Amerika Syarikat. Ini adalah kali kedua kejohanan tersebut berlangsung di Amerika Syarikat yang sebelumnya pada tahun 2016.

Seramai 16 pasukan akan beraksi bermula pada 21 Jun 2024 hingga 15 Julai 2024 di Stadium Mercedez-Benz di Atlanda, Georgia.

Argentina dan Uruguay masing-masing memegang 15 gelaran, menjadikan mereka pasukan paling berjaya dalam sejarah Copa America.

Memenangi Copa America adalah penghormatan kedua paling berprestij untuk pasukan Amerika Selatan selepas Piala Dunia.

Format Perlawanan Copa America 2024

Sejak 2007 lagi, kejohanan ini menggunakan agak mudah tidak seperti kejohanan antarabangsa utama yang lain kerana ia menggunakan format quadrennial.

Untuk Copa America 2024, setiap pasukan akan bermain dengan tiga pasukan lain dalam kumpulan mereka satu kali dalam Peringkat Kumpulan. Kemudian, dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke Peringkat Kalah Mati.

Baki lapan pasukan akan berentap di suku akhir. Pemenang setiap kumpulan akan memainkan naib juara kumpulan yang berbeza. 

  • QF1 : Pemenang Kumpulan A lwn Naib Johan Kumpulan B
  • GF2 : Pemenang Kumpulan B lwn Naib Johan Kumpulan A
  • QF3 : Pemenang Kumpulan C lwn Naib Johan Kumpulan D
  • QF4 : Pemenang Kumpulan D lwn Naib Johan Kumpulan C

Seterusnya, empat pemenang setiap suku akhir akan bertemu di separuh akhir. Pasukan yang menang dari QF1 dan QF2 akan bermain di Stadium MetLife manakala pemenang QF3 dan QF4 akan bertanding di Stadium Bank of America.

Kedua-dua yang kalah dari separuh akhir akan bersaing untuk tempat ketiga hanya sehari sebelum dua pemenang bertemu di final untuk menentukan juara Copa America 2024.

Senarai Pasukan Bertanding

16 pasukan akan mengambil bahagian dalam Copa America 2024 ini. Pasukan tersebut dibahagikan kepada empat kumpulan:

  • Kumpulan A: Argentina, Peru, Chile dan Kanada.
  • Kumpulan B: Mexico, Ecuador, Venezuela dan Jamaica.
  • Kumpulan C: Amerika Syarikat, Uruguay, Panama dan Bolivia.
  • Kumpulan D: Brazil, Colombia, Paraguay dan Costa Rica.

Kumpulan A

1. Argentina

  • Ketua Jurulatih: Lionel Scaloni
  • Pemain Terbaik: Lionel Messi, Ángel Di María dan Emilio Martínez 

2. Peru

  • Ketua Jurulatih: Jorge Fossati
  • Pemain Terbaik: Paolo Guerrero, Luis Advíncula dan Pedro Gallese .

3. Chile

  • Ketua Jurulatih: Ricardo Gareca 
  • Pemain Terbaik: Alexis Sánchez, Eduardo Vargas dan Claudio Bravo .

4. Kanada

  • Ketua Jurulatih: Jesse Marsch
  • Pemain Terbaik: Alphonso Davies, Jonathan David dan Tajon Buchanan .

Kumpulan B

5. Mexico

  • Ketua Jurulatih: Jaime Lozano
  • Pemain Terbaik: Edson Alvarez, Luis Malagón dan Santiago Giménez .

6. Ecuador

  • Ketua Jurulatih: Félix Sánchez 
  • Pemain Terbaik: Moises Caicedo, Piero Hincapié dan Enner Valencia .

7. Venezuela

  • Ketua Jurulatih: Fernanda Batista
  • Pemain Terbaik: Yángel Herrera, Yeferson Soteldo dan Jefferson Savarino .

8. Jamaica

  • Ketua Jurulatih: Heimir Hallgrímsson
  • Pemain Terbaik: Michail Antonio, Bobby Decordova-Reid dan Shamar Nicholson 

Kumpulan C

9. Amerika Syarikat

  • Ketua Jurulatih: Gregg Bergalter
  • Pemain Terbaik: Christian Pulisic, Weston McKennie dan Tyler Adams 

10. Uruguay

  • Ketua Jurulatih: Marcelo Bielsa
  • Pemain Terbaik: Darwin Núñez, Federico Valverde dan Rodrigo Bentancur 

11. Panama

  • Ketua Jurulatih: Thomas Christiansen
  • Pemain Terbaik:  Adalberto Carrasquilla, Luis Mejía dan Aníbal Godoy 

12. Bolivia

  • Ketua Jurulatih: Antônio Carlos Zago
  • Pemain Terbaik: Ramiro Vaca dan Carlos Lampe 

Kumpulan D

13. Brazil

  • Ketua Jurulatih: Dorival Júnior 
  • Pemain Terbaik: Rodrygo, Endrick dan Vinícius Júnior .

14. Colombia

  • Ketua Jurulatih: Néstor Lorenzo
  • Pemain Terbaik: James Rodríguez, Luiz Díaz dan Jefferson Lerma 

15. Paraguay

  • Ketua Jurulatih: Daniel Garnero
  • Pemain Terbaik: Miguel Almirón, Julio Enciso dan Ramón Sosa 

16. Costa Rica

  • Ketua Jurulatih: Gustavo Alfaro 
  • Pemain Terbaik: Joel Campbell, Francisco Calvo dan Manfred Ugalde 

Jadual & Keputusan Perlawanan Copa America 2024

Beriku adalah senarai lengkap jadual dan keputusan perlawana Copa America 2024 yang terkini:

Perlawanan Kumpulan Pusingan 1

TarikhMasaKumpulanPasukanKeputusanTempat
21 Jun 20248 pagi AArgentina vs Canada2-0
*Argentina Menang
Stadium Mercedez-Benz
22 Jun 20248 pagi APeru vs Chile0-0Stadium AT&AT
23 Jun 20249 pagi BMexico vs Jamaica1-0
*Mexico Menang
Stadium NRG
23 Jun 20246 pagiBEcuador vs Venezuela1-2
*Venezuela Menang
Stadium Levi’s
24 Jun 20246 pagiCAmerika Syarikat vs Bolivia2-0
*Amerika Syarikat Menang
Stadium AT&AT
24 Jun 20249 pagiCUruguay vs Panama3-1
*Uruguay Menang
Stadium Hard Rock
25 Jun 20249 pagiDBrazil vs Costa Rica0-0Stadium SoFi
25 Jun 20246 pagiDColombia vs Paraguay2-1
*Colombia Menang
Stadium NRG

Perlawanan Kumpulan Pusingan 2

TarikhMasaKumpulanPasukanKeputusanTempat
26 Jun 20249 pagiAChile vs Argentina0-1
*Argentina Menang
Stadium MetLife
26 Jun 20246 pagiAPeru vs Kanada0-1
*Kanada Menang
Children’s Mercy Park
27 Jun 20249 pagiBVenezuela vs Mexico1-0
*Venezuela Menang
Stadium SoFi
27 Jun 20246 pagiBEcuador vs Jamaica3-1
*Ecuador Menang
Stadium Allegiant
28 Jun 20246 pagiCPanama vs Amerika Syarikat2-1
*Panama Menang
Stadium Mercedez-Benz
28 Jun 20249 pagiCUruguay vs Bolivia5-0
*Uruguay Menang
Stadium MetLife
29 Jun 20249 pagiDParaguay vs Brazil1-4
*Brazil Menang
Stadium Allegiant
29 Jun 20246 pagiDColombia vs Costa Rica3-0
*Colombia Menang
Stadium State Farm

Perlawanan Kumpulan Pusingan 3

TarikhMasaKumpulanPasukanKeputusanTempat
30 Jun 20248 pagiAArgentina vs Peru2-0
*Argentina Menang
Stadium Hard Rock
30 Jun 20248 pagiACanada vs Chile0-0Stadium Inter&Co
1 July 20248 pagiBMexico vs Ecuador0-0Stadium State Farm
1 July 20248 pagiBJamaica vs Venezuela0-3
*Venezuela Menang
Stadium Q2
2 July 20249 pagiCAmerika Syarikat vs Uruguay0-1
*Uruguay Menang
GEHA Field
2 July 20249 pagiCBolivia vs Panama1-3
*Panama Menang
Stadium Inter&Co
3 July 20249 pagiDBrazil vs Colombia1-1Stadium Levi’s
3 July 20249 pagiDCosta Rica vs Paraguay2-1
*Costa Rica Menang
Stadium Q2

Perlawanan Suku Akhir

TarikhMasaPasukanKeputusanTempat
5 July 20249 pagiArgentina vs Ecuador(4) 1
(2) 1
*Argentina Menang Penalti
Stadium NRG
6 July 20249 pagiVenezuela vs Kanada(3) 1
(4) 1
*Kanada Menang Penalti
Stadium AT&AT
7 July 20249 pagiUruguay vs Brazil(4) 0
(2) 0
*Uruguay Menang Penalti
Stadium Allegiant
7 July 20246 pagiColombia vs Panama5-0
*Colombia Menang
Stadium State Farm

Perlawanan Separuh Akhir

Argentina vs Kanada

Kredit: khelnow
  • Tarikh: 10 July 2024
  • Masa: 8 pagi (waktu Malaysia)
  • Tempat: Stadium MetLife

Uruguay vs Colombia

Copa America 2024
Kredit: America TV
  • Tarikh: 11 July 2024
  • Masa: 8 pagi (waktu Malaysia)
  • Tempat: Stadium Bank of America

Penentuan Tempat Ke-3

  • Tarikh: 14 July 2024
  • Masa: 8 pagi (waktu Malaysia)
  • Tempat: Stadium Bank of America

Perlawanan Akhir

  • Tarikh: 15 July 2024
  • Masa: 8 pagi (waktu Malaysia)
  • Tempat: Stadium Hard Rock

Stadium / Lokasi Perlawanan

Copa America 2024 akan diadakan di 14 bandar di seluruh negara, dengan setiap satu lokasi menganjurkan antara satu, dua, atau tiga perlawanan. Berikut adalah stadium yang terlibat:

Copa America 2024
  • Stadium Mercedez-Benz di Atlanta, Georgia – stadium perlawanan pertama
  • Stadium Hard Rock di Miami Gardens, Florida – stadium perlawanan final
  • Stadium Bank of America di Charlotte, North Carolina – stadium perlawanan separuh akhir & perlawanan tempat ketiga
  • Stadium MetLife di East Rutherford, New Jersey – stadium perlawanan separuh akhir
  • Stadium Inter&Go di Orlando, Florida
  • Stadium AT&AT di Arlington, Texas – stadium perlawanan suku akhir
  • Stadium Q2 di Austin, Texas
  • Stadium NRG di Houstan, Texas – stadium perlawana suku akhir
  • GEHA Field di Stadium Arrowhead di Kansas City, Missouri
  • Children’s Mercy Park di Kansas City, Kansas
  • Stadium State Farm di Glendale, Arizona – stadium perlawanan suku akhir
  • Stadium SoFi di Inglewood, California
  • Stadium Levi di Santa Clara, California
  • Stadium Allegiant di Las Vegas, Nevada – stadium perlawanan suku akhir

Pembelian Tiket

Tiket Copa America 2024 boleh dibeli di copaamerica.com, melalui Ticketmaster dan Seatgeek.

Pautan Live Update Terkini

Copa America 2024

Anda boleh saksikan secara langsung Copa America 2024 di saluran Astro Astro Supersport 4 (814) atau secara online di Astro Go.

Atau anda juga boleh tonton Copa America 2024 secara live streaming menerusi platform Sooka. Hanya perlu langgan dengan harga serendah RM12.50 untuk pas 240-jam atau RM29.60 untuk pas bulanan.

Jangan lupa saksikan Separuh Akhir Copa America 2024, pasukan kegemaran siapa yang akan menang?

Dan nantikan info terkini mengenai keputusan perlawanan separuh akhir dan peringkat akhir yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa khusus untuk peminat bola sepak.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Copa America.

Bantu kami share artikel ini: