Pestabola Merdeka 2023: Tarikh & Jadual Perlawanan LIVE

Pestabola Merdeka kembali lagi pada tahun 2023!

Pesta Bola Merdeka merupakan sebuah kejohanan mini yang agak unik kerana hanya dianjurkan di negara kita sempena bulan kemerdekaan dan dimainkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Jika dilihat pada sejarahnya, kejohanan ini adalah yang tertua seumpanya di Asia dan dianjurkan sejak tahun 1957, tahun yang sama kita mencapai kemerdekaan negara kita.

Perlawanan dalam kejohanan ini diiktiraf sebagai Perlawanan Kelas “A” (Perlawanan Persahabatan) oleh FIFA jadi sekiranya pasukan Harimau Malaya menunjukkan prestasi yang bagus, mereka berpeluang memperbaiki ranking dunia FIFA.

Ini adalah edisi ke-42 kejohanan ini, namun kali terakhir kejohanan diadakan adalah pada 2013, di mana skuad bawah 23 (B-23) negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee ketika itu berjaya muncul juara menewaskan Myanmar 2-0.

Senarai Pasukan Bertanding Dalam Pestabola Merdeka

Berikut merupakan pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian dalam Pestabola Merdeka kali ini:

  • Malaysia
  • Palestin
  • Lebanon
  • India

FAM hanya menjemput pasukan yang berada di kedudukan ranking 100 teratas FIFA untuk menguji kekuatan pasukan kebangsaan.

Pestabola Merdeka dijadikan sebagai medan persediaan untuk skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon yang bakal beraksi dalam temasya Piala Asia 2023 di Qatar tahun depan.

Pestabola Merdeka merupakan anjuran Kementerian dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik disertakan bersama untuk merancakkan lagi program ini.

Kejohanan Pestabola Merdeka Kuala Lumpur 2023 ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 13 Oktober hingga 17 Oktober 2023.

Artikel berkaitan: Piala AFC 2023 Qatar : Tarikh & Jadual Perlawanan Terkini

Format, Lokasi & Tarikh Perlawanan Pestabola Merdeka

Pestabola Merdeka 2023 menggunakan format secara kalah mati dan akan berlangsung pada Jumaat, 13 Oktober 2023 (dua perlawanan) dan Selasa, 17 Oktober 2023 (penentuan tempat ketiga & final) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 menentang India pada Jumaat, 13 Oktober 2023 dan seterusnya akan berdepan sama ada Palestin atau Tajikistan pada aksi final atau penentuan tempat ketiga pada Selasa, 17 Oktober 2023.

jadual Pestabola Merdeka

Senarai Pemain Harimau Malaya

Berikut senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 6 Oktober 2023 bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 13 hingga 17 Oktober 2023.

Berdasarkan senarai di atas, Pan Gon telah mengekalkan seramai 21 daripada 25 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Syria dan China di Chengdu, China pada 6 dan 9 September 2023.

Baki empat pemain lain terdiri daripada tiga pemain skuad B-23 kebangsaan yang beraksi pada Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand pada September 2023 iaitu Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Nooa Laine serta seorang pemain baharu iaitu penjaga gol, Suhaimi Husin.

Harga Tiket & Pembelian Online

Harga tiket Pestabola Merdeka untuk setiap Hari Perlawanan tersebut ialah RM40 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun) bagi Kategori Terbuka, RM60 bagi Kategori Grandstand dan RM80 bagi Kategori Premium.

FAM bagaimanapun memperkenalkan Tiket Kombo RM70 yang mana penyokong Harimau Malaya berpeluang untuk membeli tiket bagi kedua-dua Hari Perlawanan (13 dan 17 Oktober 2023) pada satu harga istimewa iaitu RM70 bagi Kategori Terbuka sahaja.

Tiket boleh mula dibeli bermula 8 Ogos melalui laman web https://www.tickethotline.com.my/

Artikel berkaitan: Harimau Malaya : Pemain, Jersi, Logo, Lagu & Ranking Terkini

Sejarah Penganjuran Pestabola Merdeka

Malaysia telah menjulang trofi kemenangan Pestabola Merdeka sebanyak sepuluh kali sejak 1958, muncul naib juara tujuh kali, dan berkongsi juara dua kali dengan Korea Selatan (1960 dan 1979), manakala Korea Selatan memenangi sembilan kali, dan berkongsi juara tiga kali dengan Malaysia dua kali (1960 dan 1979) dan Taiwan satu kali (1965).

Myanmar memenangi kejuaraan sebanyak empat kali, Indonesia tiga kali kejuaraan, Iraq, Taiwan, Malaysia B23 dan Korea Selatan B23 masing-masing memenangi dua kali kejuaraan.

Juara lain yang memenangi satu kali kejuaraan adalah pasukan Hong Kong, Maghribi, Vietnam Selatan, Uzbekistan, New Zealand, Czechoslovakia B23, Vietnam B23, SK Admira Wacker, Argentina XI, Hamburger SV dan Santa Catarina XI.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: