Contoh Soalan PKSK: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

Bagi kemasukan ke Sekolah Khusus, pelajar boleh mendapatkan contoh soalan PKSK atau Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus untuk tujuan persediaan.

Berikut merupakan penerangan mengenai PKSK dan contoh soalan-soalan yang bakal diberikan.

Mengenai PKSK

PKSK adalah kaedah bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus iaitu:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), 
  • Maktab Tentera Diraja (MTD) 
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Kemasukan ke Sekolah Khusus adalah melalui satu sistem permohonan kemasukan murid yang dibangunkan secara single entry point secara dalam talian menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Format PKSK

Untuk format PKSK dan peratusan skor yang digunakan adalah seperti berikut:

PerkaraBahagian A 
(Kecerdasan Insaniah)
Bahagian B
(Kecerdasan Intelek)
Bahagian C 
(Artikulasi Penulisan)
KaedahOnlineOnlineBertulis (Bersemuka)
Jenis ItemObjektif Aneka PilihanObjektif Aneka PilihanSubjektif
Cakupan Isi KandunganEQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian MasalahTajuk Ditetapkan
Pecahan Skor20%70%10%

Contoh Soalan PKSK

Berikut merupakan contoh soalan PKSK yang boleh dijadikan rujukan:

i) Bahagian A

ii) Bahagian B

iii) Bahagian C (Artikulasi Penulisan)

  • Bagaimana cara untuk mencegah Covid-19?
  • Bagaimana cara untuk menyesuaikan diri dalam norma baharu Covid-19?
  • Bagaimanakah cara untuk pergi ke sesuatu tempat yang lain semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung?
  • Apakah aktiviti anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
  • Bagaimana cara anda belajar di rumah secara atas talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
  • Bagaimana untuk terus hidup sekiranya anda terdampar di sebuah pulau yang tiada penghuni?
  • Bagaimana didikan agama boleh mengurangkan masalah sosial?
  • Bagaimana hubungan keluarga boleh mengurangkan masalah sosial?
  • Bagimana pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan masalah sosial?
  • Pengurusan diri di asrama

Untuk mendapatkan buku persediaan PKSK, sila klik Di Sini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!