CONTOH SOALAN MUET & FORMAT TERKINI 2022 (LISTENING, READING, WRITING, SPEAKING)
Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Tujuan MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:
Kod Kertas | Nama Kertas |
800/1 | Listening (50 minit) |
800/2 | Speaking (30 minit) |
800/3 | Reading (75 minit) |
800/4 | Writing (75 minit) |
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang format terkini peperiksaan MUET yang dikemaskini serta contoh-contoh soalan bagi bakal calon yang akan menduduki peperiksaan.
Syarat Kelayakan
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI MUET
Tiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki MUET.
TEMPOH SAH LAKU
Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
PERATURAN
Sila rujuk Peraturan dan Spesifikasi Ujian MUET yang terkini melalui lampiran di bawah:
Kadar Bayaran MUET
Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:
Calon Warganegara | Calon Bukan Warganegara | |
Yuran pendaftaran | RM 40.00 | RM 120.00 |
Yuran mata pelajaran | RM 60.00 | RM 230.00 |
Jumlah | RM 100.00 | RM 350.00 |
Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Persendirian Individu
Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon persendirian individu adalah secara dalam talian sahaja, iaitu melalui pautan https://muet.mpm.edu.my.
PIN MEC tidak boleh dibeli dan digunakan oleh calon persendirian individu untuk tujuan pendaftaran.
Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Sekolah/Institusi
i. Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon sekolah/institusi adalah dengan membeli PIN MEC.
ii. PIN MEC boleh dibeli secara kaedah yang berikut.
a. | Pembelian secara pukal oleh Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET sekolah/institusi di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. |
b. | Pembelian oleh calon sekolah/institusi sendiri secara perbankan internet melalui pautan https://mypay.com.my/web/mpm, dan PIN MEC tersebut hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET di sekolah/institusi masing-masing untuk pendaftaran secara dalam talian. Nota: Caj tambahan bagi setiap pembelian nombor PIN MEC akan dikenakan (tertakluk kepada institusi perbankan). |
c. | Bayaran pembelian PIN MEC yang dibuat oleh calon sekolah/institusi tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan dan tidak boleh digunakan lagi untuk pendaftaran MUET sesi yang berikutnya. |
Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET untuk rujukan calon.
Format & Contoh Soalan MUET Terkini
Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat komponen seperti yang berikut:
Kod Kertas / Nama Kertas
- 800/1 Listening (50 minit)
- 800/2 Speaking (30 minit)
- 800/3 Reading (75 minit)
- 800/4 Writing (75 minit)
Sila muat turun lampiran di bawah (PDF) untuk rujukan bersama:
NOTA: Untuk mendapatkan set soalan penuh sila muat turun fail PDF di bawah:
Muat Turun Contoh Soalan MUET 2022
NO. | DOCUMENT NAME | |
1 | Test Specifications & Regulations for 2021 onward | Lihat | Muat Turun |
2 | Sample Questions | Lihat | Muat Turun |
Maklumat lanjut sila rujuk Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions yang dapat diperoleh melalui Portal Majlis Peperiksaan Malaysia
Baca juga: MUET On Demand (MoD) 2022 : Cara Pendaftaran & Semakan Keputusan