CIMB BizChannel : Login, Daftar & Aktifkan Akaun Online

BizChannel @CIMB ialah portal dalam talian yang menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan perniagaan anda dan memenuhi keperluan kewangan anda yang berubah-ubah. Per

Anda akan dapat mengakses rangkaian lengkap perkhidmatan perbankan terjamin yang membolehkan anda menguruskan kewangan anda pada bila-bila masa di mana sahaja sambil mengekalkan kawalan penuh ke atas akaun anda.

Dilengkapi dengan ciri keselamatan peringkat tinggi, pihak CIMB menjamin kerahsiaan maklumat kewangan dan organisasi anda apabila menggunakan portal ini.

Perkhidmatan yang disediakan di BizChannel@CIMB

Berdasarkan perkhidmatan yang dilanggan, pengguna organisasi boleh melaksanakan tugas ini menggunakan BizChannel@CIMB:

1. AccountServices@CIMB

  • Lihat penyata akaun dan butiran transaksi
  • Lihat data sejarah sehingga tempoh masa tertentu dengan keupayaan fungsi carian
  • Muat turun penyata dalam pelbagai format untuk memudahkan penyelarasan akaun bank dan penyepaduan yang lancar kepada sistem perakaunan anda
  • Percetakan dengan pilihan untuk menambah logo syarikat melalui e-mel atau mel fizikal
  • Kekalkan Akaun Kegemaran dan Templat untuk pembayaran berulang

2. Payments@CIMB

  • Bayaran Pukal – Gaji termasuk kredit gaji, KWSP, LHDN, PERKESO dan ZAKAT
  • GIRO Antara Bank (IBG)
  • Pemindahan dana
  • Pesanan Juruwang & Draf Permintaan
  • RENTAS & Pemindahan Telegraf
  • Perkhidmatan Pembayaran Kerajaan
  • Pembayaran FPX
  • Pemindahan DuitNow

3. Collections@CIMB

  • Modul pertanyaan koleksi
  • Debit Terus – CIMB & PayNet
  • Pembayaran Bil
  • JomPay
  • Koleksi FPX
  • ID DuitNow (dengan Nombor Pendaftaran Perniagaan)

Cara daftar CIMB BizChannel

Disebabkan CIMB BizChannel dikhaskan untuk pemilik bisnes atau organisasi, terdapat beberapa langkah tambahan dan dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak untuk proses pendaftaran.

  1. Muat turun borang permohonan di http://www.cimb-bizchannel.com.my/index.php?ch=dload&pg=dload_4&ac=4
  2. Isikan semua maklumat seperti yang dikehendaki dalam borang tersebut
  3. Serahkan borang yang telah diisi ke mana-mana cawangan Bank CIMB terdekat
  4. Setelah permohonan anda diproses, butiran untuk log masuk dan katakunci akan dihantar kepada Authorised User(s) dan System Administrators melalui 2 emel berbeza
  5. No PIN akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan. Harap maklum bahawa sistem hanya boleh menghantar mesej ke nombor telefon Malaysia sahaja.
    • Untuk pakej Standard dan Customised, pengguna boleh terus menggunakan servis setelah mendapat kod OTP di Security Device yang didaftarkan
    • Untuk pakej Lite, penggunakan akan menerima kod OTP melalui SMS

Aplikasi BizChannel@CIMB Login

bizchannel

Untuk menggunakan segala kemudahan BizChannel@CIMB terus daripada peranti anda, anda boleh memuat turun aplikasi Aplikasi BizChannel@CIMB di peranti anda daripada pautan berikut:

Cara aktifkan BizChannel@CIMB

Sekiranya anda baru menggunakan perkhidmatan ini dan mahu log masuk buat pertama kali, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman BizChannel@CIMB di cimb.bizchannel.com.my 
  2. Klik pada First Time Login
  3. Masukkan maklumat Company ID dan User ID yang dihantar kepada emel
  4. Klik butang Next
  5. PIN akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan
  6. Masukkan nombor PIN tersebut dan klik pada butang Next
  7. Lengkapkan segala maklumat yang diminta
  8. Klik butang Submit
  9. QR Code akan dipaparkan pada laman tersebut selama 60 minit
  10. Bukan aplikasi BizChannel @CIMB di peranti anda
  11. Tatalkan untuk Mobile Token dan klik butang Next
  12. Klik butang Add Token Account
  13. Scan QR Code yang dipaparkan di portal menggunakan peranti anda
  14. Masukkan katkunci dan klik butang Submit
  15. Tandakan pada kotak “Agree with Terms Conditions”
  16. Klik butang Done

Cara login BizChannel@CIMB

Setelah mengaktifkan pendaftaran, anda boleh log masuk ke akaun anda setiap kali mahu menggunakannya dengan mengikut langkah-langkah berrikut:

  1. Layari cimb.bizchannel.com.my
  2. Masukkan Company ID dan User ID
  3. Klik butang Next

Artikel berkaitan: Hong Leong Bank Online: Login & Buka Akaun Tanpa Ke Kaunter

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!