Advertisements

Hong Leong Bank Online: Login & Buka Akaun Tanpa Ke Kaunter

Advertisements

Kini anda boleh buka akaun Hong Leong Bank secara online sahaja tanpa perlu lagi ke kaunter bank Hong Leong.

Perubahan ini selarasa dengan garis panduan Electronic Know-Your-Customer (eKYC) yang diummkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 30hb Jun 2020.

Lebih menarik, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) merupakan bank pertama di Malaysia yang akan memperkenalkan kemudahan ini.

Segala urusan membuka akaun Hong Leong Bank ini boleh dilakukan melalui aplikasi [email protected] dan setelah selesai permohonan.

Muat turun aplikasi [email protected] 

buka akaun hong leong bank

Buat masa ini, aplikasi ini boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan iOS sahaja dan boleh dimuat turun secara percuma dengan mengklik pautan berikut:

  1. Google Play (Untuk pengguna Android)
  2. App Store (Untuk pengguna iOS)

Harap maklum bahawa hanya individu yang berumur 18 tahun sahaja boleh buka akaun Hong Leong Bank secara dalam talian ini.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Akaun MAE Maybank2u Tanpa Perlu Ada Akaun Maybank

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Proses membuka akaun Hong Leong Bank

Setelah memuat turun aplikasi [email protected], sila buka aplikasi tersebut di telefon pintar anda dan ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan dan sahkan identiti anda dengan menghantar imej swafoto
  2. Isikan segala butiran maklumat peribadi yang diminta
  3. Cipta nama pengguna dan kata laluan

Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja selepas anda berjaya menghantar permohonan anda.

E-mel dan SMS akan dihantar kepada anda. SMS memberitahu anda bahawa akaun anda akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.

Sistem akan menghantar pemberitahuan e-mel dan SMS kepada anda setelah permohonan berjaya dan pada masa yang sama akan memaklumkan anda untuk mendepositkan duit dalam masa 7 hari.

Pemberian kad debit

Anda akan menerima kad debit anda melalui pos di alamat yang anda tetapkan dalam permohonan anda.

Kad debit anda akan dihantar kepada anda dalam masa 14 hari selepas anda berjaya membuat deposit pertama ke dalam akaun anda yang baru dibuka melalui pemindahan dalam talian.

Anda boleh mengaktifkan kad debit anda dalam HLB Connect Online dengan mengikuti langkah mudah berikut: Log masuk > klik pada ‘Perkhidmatan Lain’ > klik pada ‘Aktifkan Kad’ di bawah Kad Debit / ATM dan ikut arahan yang diberikan.

Cara Login & Aktifkan Hong Leong Bank Online

Setelah selesai mendaftar dan mendapat kad, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana untuk mendaftar Perbankan Dalam Talian atau Perbankan Mudah Alih HLB Connect?

Jom kami kongsikan caranya:

Anda memerlukan salah satu produk Hong Leong berikut:

  • Kad Debit
  • Kad Kredit Prinsipal
  • Akaun Tetap atau Simpanan
  • Akaun Pembiayaan

dan sediakan item bawah sebelum bermula:

  • Kad Debit/ Kredit atau butiran akaun seperti kad/ nombor akaun dan PIN 6-digit.
  • Pastikan nombor mudah alih anda telah berdaftar untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) melalui SMS.
  • Pastikan nombor mudah alih anda telah berdaftar untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) melalui SMS.

Langkah Pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Klik “Register” di www.hongleongconnect.my
  2. Pilih jenis ID dan masukkan Nombor ID anda
  3. Lengkapkan TAC yang diterima melalui SMS
  4. Lengkapkan butiran Kad Debit/ Kredit atau Akaun anda
  5. Cipta Nama Pengguna dan Kata Laluan anda
  6. Pilih Gambar Keselamatan anda
  7. Pendaftaran anda selesai!

Maklumat Lanjut

Untuk semua pertanyaan perbankan anda, sila hubungi 03 7626 8899 untuk bercakap dengan Pegawai Perhubungan Pelanggan bermula pukul 9 pagi – 6 petang; Isnin hingga Sabtu.

Khidmat laporan kad hilang serta transaksi yang meragukan tersedia 24/7.

Untuk perkhidmatan berkaitan media, hubungi talian 03 2081 8888

Untuk pertanyaan berkaitan pungutan dan pemulihan pinjaman, sila hubungi Jabatan Pungutan Bayaran di talian 03 7959 1888 atau emel [email protected]

Pegawai Hong Leong Bank Online sedia membantu dari pukul 8.45 pagi – 5.45 petang, Isnin hingga Khamis dan dari 8.45 pagi – 4.45 petang pada hari Jumaat.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment