Tawaran Tajaan Zakat Kedah Untuk Pengajian Sekolah Zakat Kedah dan SAR Kedah

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kini menawarkan Tajaan Zakat Kedah bagi pengajian Sekolah Zakat Kedah dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kedah bagi kemasukan Tingkatan 1 sesi persekolahan 2023.

Pelajar yang terpilih akan ditempatkan di sekolah tajaan Lembaga Zakat Negeri Kedah di setiap daerah.

Pelajar 13 tahun yang tergolong daripada asnaf fakir dan miskin akan diutamakan untuk terima tajaan.

Untuk makluman, Sekolah Zakat Kedah merupakan sekolah yang berada di bawah LZNK dan dikelolakan oleh Pertubuhan Maahad Dini Sultan Abdul Halim.

Sementara itu, Sekolah Agama Rakyat Kedah pula adalah sekolah yang berada di bawah pentadbiran Lembaga Tadbir Sekolah yang dipilih dan dilantik oleh Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah.

Baca Juga : Tawaran Bantuan Musibah Zakat UKM

Tarikh Tutup Permohonan Tajaan Zakat Kedah

Ibu bapa yang berminat untuk dapatkan tajaan pengajian buat anak-anak boleh kemukakan permohonan secara online sebelum 14 Januari 2023.

Syarat Permohonan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia (pelajar, ibu dan bapa, penjaga hendaklah warganegara Malaysia) dan beragama Islam.
  2. Anak negeri Kedah atau sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Umur 13 tahun pada tahun 2023.
  4. Keutamaan kepada Asnaf Miskin.
  5. Pemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.
tajaan zakat kedah

Cara Memohon

Pemohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Layari laman web https://my04.awfatech.com/maahaddini.
  2. Klik pada ‘Pendaftaran Pelajar’ untuk mulakan proses permohonan.
  3. Pilih sekolah dan masukkan no kad pengenalan diikuiti dengan butang ‘Semakan.’
  4. Jika carian daftar nama tidak ditemui, klik butang ‘Daftar Di Sini.’
  5. Isi maklumat pada setiap paparan dan klik butang ‘Simpan dan seterusnya.’
  6. Lengkapkan permohonan sehingga tamat.
  7. Buat pengesahan untuk melengkapkan permohonan tersebut.

Pemohon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Temuduga (Ujian Pemilihan Pelajar Sekolah Zakat Kedah – UPPSZK) yang dijangka bakal diadakan pada Februari 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Tajaan Zakat Kedah bagi pengajian sekolah, sila hubungi :

  • Bahagian Pendidikan Zakat Kedah: 04-7331740
  • Bahagian Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah: 013-4463071

Anda juga boleh layari pautan  https://www.zakatkedah.com.my/ untuk dapatkan info lanjut.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!