7 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dari Rumah

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ulser boleh berlaku pada bahagian gusi, bibir, dalam pipi serta tekak. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja tahu betapa sakitnya ulser apabila tumbuh di dalam mulut.

Sehinggakan ia boleh menyebabkan seseorang untuk sukar menelan makanan atau minum air.

Untuk membantu anda mengatasi masalah ini, kami ingin kongsikan beberapa cara hilangkan ulser mulut yang boleh anda lakukan di rumah.

cara hilangkan ulser mulut

Cara Hilangkan Ulser Mulut

1. Minum Air Kelapa

Anda boleh gunakan air kepala untuk berkumur atau minum terus bagi meredakan masalah ulser.

2. Serbuk Kopi

Tak sangka rupanya serbuk kopi juga dikatakan berkesan untuk mengatasi ulser. Untuk gunakannya, anda hanya perlu ambil sedikit serbuk kopi dan letakkan di bahagian ulser.

Kemudian, anda boleh kumur dengan air kosong.

3. Gunakan Lemon atau Limau

Perahkan sedikit jus lemon atau limau dan sapukannya pada kawasan mulut yang ditumbuhi ulser menggunakan jari (yang sudah dibersihkan) atau putik kapas.

Anda boleh ulangi cara ini sebelum dan selepas makan makanan berat.

4. Madu

Sekiranya anda tidak suka rasa masam lemon, anda boleh gunakan madu untuk redakan masalah ulser.

Seperti yang kita tahu, madu mempunyai sifat antibakteria dan dapat membantu mempercepat proses penyembuhan.

Seperti jus lemon, anda boleh sapukan madu di kawasan yang ulser.

cara hilangkan ulser mulut

5. Air Garam

Kaedah ini merupakan antara cara hilangkan ulser mulut paling popular dan turut disarankan oleh doktor gigi kerana air garam mampu membunuh kuman pada ulser mulut.

Pada masa yang sama, air garam yang bersifat asidik juga dapat menjejaskan pembiakan bakteria dalam mulut.

Anda boleh sediakan air garam dengan melarutkan 1 sudu teh serbuk garam dalam segelas. Kemudian, berkumulkah menggunakan air tersebut sebanyak 3 kali sehari.

Selain air garam, anda juga boleh gunakan baking soda.

6. Yogurt

Bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman, malah yogurt yang mengandungi acidophilus juga dapat membantu dalam menjaga keseimbangan bakteria dalam mulut serta badan.

Jadi, jika anda sedang alami ulser, anda bolehlah lebihkan makan yogurt.

Meskipun ia boleh menyebabkan ketidakselesaan, namun biasanya ia boleh sembuh sendiri dalam jangka masa seminggu atau dua.

7. Gunakan Mouthwash

Selain air garam, anda juga boleh gunakan mouthwash seperti Colgate Plax atau Listerine untuk melegakan ulser mulut.

Cara penggunaannya cukup mudah. Hanya berkumur, kemudian ludah sebanyak 2 hingga 3 kali sehari.

Yang penting, anda jangan telan air mouthwash atau bilas dengan air paip selepas berkumur.

Ini juga merupakan cara hilangkan ulser mulut yang terbaik sekiranya ia muncul di bahagian tekak.

Anda perlu berkumur sambil mendongak sedikit agar mouthwash ini sampai pada tempat ulser tersebut. Ingat ya, jangan sampai tertelan.

cara hilangkan ulser mulut

Tips Elakkan Ulser Kembali

  • Rendam berus gigi di dalam air suam setelah selesai menggunakannya. Cara ini dapat membantu membunuh sebarang bakteria.
  • Banyakkan minum air untuk mempercepat proses untuk sembuh.
  • Ketika ulser sedang tumbuh, elakkan daripada makan coklat atau makanan bergula semasa mengalami ulser kerana ia boleh melambatkan proses penyembuhan.

Terdapat pelbagai cara hilangkan ulser mulut yang anda boleh cuba. Semuanya mudah dan boleh dilakukan dari rumah.

Walau bagaimana pun, sekiranya masalah ulser mulut anda masih tidak berkurang dan berlarutan selama lebih 2 minggu, anda perlulah merujuk pada doktor gigi.

Ini boleh menjadi petanda kepada masalah penyakit lain yang mungkin anda tidak sedari.

Sumber : Rohaya Dental Surgery

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut