Cara Bayar e Wallet eMadani RM100 Guna Setel, TNG, MAE dan ShopeePay
Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet RM100 eMADANI telah dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.
Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu:
- MAE
- ShopeePay
- Setel
- Touch n Go
Penggunaan kredit eMadani serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat ini HANYA BOLEH DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA sehingga 29 Februari 2024.
Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
Berikut dikongsikan cara untuk tebus bantuan RM100 eMadani dan cara bayar di kedai menggunakan e Wallet ShopeePay, MAE, TNG dan Setel.
CARA VERIFIKASI
Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.
- Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
- Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
- Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘Know–Your–Customer’ (eKYC).
- Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.
- Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.
Apakah Yang Boleh Dibeli Menggunakan Kredit eMADANI?
Anda boleh menggunakan kredit eTunai RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:
- Pemindahan ‘peer–to–peer’;
- Penebusan tunai;
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Cara Bayar e Wallet eMadani RM100
Berikut dikongsikan cara Bayar e Wallet eMadani RM100 menggunakan TNG, ShopeePay, Setel dan MAE.
1 – TOUCH N GO EWALLET
Cara claim e-wallet TNG bile dah dapat duit emadani ye,
- Buka app TNG ewallet
- Tekan ikon BAYAR, nanti kluar paparan bar code dekat handphone kita
- Bagi je dekat cashier nanti cashier scan kod pada phone kita. Boleh juga scan mesin dia.
- Ok siap dah.
Cara yang sama jika korang nak isi minyak pakai ewallet ye. Tengok gambar kat bawah :
Ini contoh TNG merchant punya barcode.
Scan barcode pada kamera kita. Atau beri barcode yang tertera pada phone kita untuk kedai tu scan.
Lepas dah bayar nanti boleh semak baki macam ni.
Jangan lupa, habiskan kredit RM100 ni sebelum 29 Februari 2023 ya. Kalau luput nanti, baki tu akan ‘burn’ macam tu je.
Senarai kedai fizikal yang anda boleh bayar guna e wallet eMadani, ikut je cara dekat atas tu.
Ok, jangan lupa share pada mereka yang belum guna lagi kredit eMadani Touch n Go ni. Kongsikan juga pada kawan-kawan dan keluarga yang baru pertama kali nak guna eWallet, semoga panduan ini dapat memudahkan mereka.
Rujuk panduan membuat verifikasi dan penebusan langkah demi langkah : eMadani TNG : Cara Tebus eWallet RM100 Touch n Go
2 – SETEL
CARA BAYAR GUNA SETEL UNTUK ISI MINYAK & SHOPPING DI KEDAI FIZIKAL
- Buka aplikasi Setel dan pergi ke ruangan kaedah pembayaran Pengisian
- Pergi ke kaedah pembayaran
- Pilih ‘eMadani’ sebagai kaedah pembayaran dan tekan ‘Simpan’
- Kembali ke laman utama. Kemudian pilih nombor pam dan mulakan.
- Selesai! Nikmati mata ganjaran Mesra untuk setiap transaksi.
SENARAI KEDAI FIZIKAL YANG MENERIMA PEMBAYARAN EMADANI SETEL
Rujuk panduan membuat verifikasi dan penebusan langkah demi langkah : eMadani Setel : Cara Daftar & Penebusan Kredit eWallet RM100
3 – MAE
Rujuk panduan membuat verifikasi dan penebusan langkah demi langkah : eMadani MAE : Cara Daftar & Tebus e-Dompet RM100
LANGKAH AKTIFKAN EWALLET EMADANI MAE & SEMAK BAKI
Bagi yang telah menebus eWallet MAE, anda perlu semak dahulu sama ada baki eWallet anda telah menerima kredit RM100 yang ditebus.
Ini kerana, ada pengguna yang mengatakan bahawa mereka scan ketika bayar, tetapi bayaran ditolak terus daripada akaun bank.
Jadi, pastikan anda semak setting berikut:
LANGKAH 1 : Tekan butang ‘Scan’ pada bahagian bawah paparan
LANGKAH 2 : Tekan butang ‘Show QR Code’
LANGKAH 3 : Enable butang eMadani untuk memastikan duit ditolak daripada eWallet MAE. Kalau butang tu dah hijau dan tertera baki RM100.00, maksudnya dah bolehlah guna!
LANGKAH 4 : Jika perlu, adjust limit pembayaran anda sebab mungkin ada yang terletak limit RM10 / RM50. Jadi tak dapat nak belanja sampai RM100 eMadani tu.
SELESAI! Lepas dah scan dekat merchant / kaunter kedai tu, bolehlah semak baki anda yang telah dibelanjakan.
Kredit RM100 ni perlu dihabiskan sebelum 29 Februari 2024 ya. Kalau tak pakai, kredit tu akan luput dan habis macam tu je.
4 – SHOPEEPAY
LANGKAH 1 : Buka aplikasi Shopee dan pergi ke simbol dalam gambar di bawah:
Kalau duit eMadani dah masuk, baki akan jadi RM100.00 ya. Yang ni saya dah guna sikit, jadi tinggal RM38.89 saja.
LANGKAH 2 : Bila dah tekan ikon scan tu, akan keluar paparan macam di bawah ni.
Tekan butang ‘Show QR Code/ Barcode’ (tengok butang dalam anak panah merah).
LANGKAH 3 : Tunjuk phone untuk scan QR code yang keluar pada phone kita.
Orang dekat kaunter kedai tu akan minta kita punya QR code untuk dia scan.
Lepas dah scan, kita akan nampak baki RM100 tu dah ditolak dengan jumlah yang kita beli.
Kalau masih ada baki, boleh guna lagi sampai 29 Februari 2024 ni.
Mudah kan?
Jangan tak claim tau, rugi!
Rujuk panduan membuat verifikasi dan penebusan langkah demi langkah : eMadani Shopee – Cara Daftar & Tebus eWallet RM100 ShopeePay
Jom shopping macam-macam barang menarik melalui Shopee Super Seringgit – Semua barang RM1 je!
Anda juga boleh membeli pelbagai barangan keperluan melalui Jualan Rahmah Kasih Sayang di Shopee.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ)
Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.
Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘Know–Your–Customer’ (eKYC).
Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.
Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit e-Wallet RM100 eMADANI daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.
Ya, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023 adalah layak untuk program ini, tertakluk juga kepada syarat dalam Soalan 2 di atas.
Penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.
Tidak, pemohon yang telah menerima kredit eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini.
Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.
Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini ialah:
-MAE;
-Setel;
-ShopeePay; dan
-Touch ‘n Go eWallet.
Sekiranya anda memenuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM100 secara ‘one–off’ ke dalam e-dompet pilihan anda. Mengikut kebiasaan, proses ini mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari dari tarikh permohonan.
Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
– Warganegara Malaysia; dan
– Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
– Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know–Your–Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
Untuk maklumat lanjut tentang eTunai RM100 Madani ini, sila rujuk kenyataan media Kementerian Kewangan di bawah:
SIARAN MEDIA BERKENAAN PERUNTUKAN RM1 BILION BAGI eMADANI DIJANGKA MEMANFAATKAN SEHINGGA 10 JUTA RAKYAT MALAYSIA
Sumber : https://manfaat.mof.gov.my/e-MADANI
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:
- MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]
- Setel: Emel ke [email protected] atau klik di sini
- ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini
- Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888 atau klik di sini
Baca juga: