Caj RM1 Bagi Pengeluaran ATM Antara Bank Mulai Februari 2022

caj rm1 atm
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Caj pengeluaran RM1 bagi pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan kembali berkuat kuasa mulai Februari 2022 ini.

Selepas CIMB membuat pengumuman mengenai caj transaksi RM1 yang akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank, perkara sama turut diumumkan Maybank, Bank Islam Malaysia Berhad, Maybank, RHB Bank, Citibank dan HSBC.

Dalam peringatan ringkas di laman webnya, Maybank memaklumkan: “Harap maklum bahawa mulai dari 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dilaksanakan semula.

“Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM Maybank”.

caj pengeluaran atm

Untuk makluman, sebelum ini para pengguna boleh menikmati kemudahan pengecualian caj RM1 yang dikenakan ke atas pemegang kad bagi mana-mana mesin ATM sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula tahun lalu.

Pengecualian itu masih diteruskan sehingga kini.

Keputusan tentang sehingga bila kemudahan ini diteruskan atau ditamatkan bergantung kepada Kementerian Kewangan.

Jika sebelum ini, mana-mana pengguna yang ingin mengeluarkan wang di ATM selain bank dilanggan mereka akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM1.

Sementara itu, keputusan ini tentunya menjadi perbincangan di media sosial dan ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan mengenakan kembali caj tersebut.

Walaubagaimanapun, terdapat juga yang sudah menjangka perkara ini dan mengingatkan bahawa kita masih boleh mengelakkan caj tersebut dengan membuat pengeluaran mengikut mesin ATM yang sama dengan akaun bank masing-masing.

Sumber: Buletin TV3, Harian Metro

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut