Buku Teks Fizik Tingkatan 4 (KSSM)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Buku Teks Fizik Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini ditulis berasaskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan KSSM dalam buku ini mengambil pendekatan berasaskan tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran, dan nilai.

Keseluruhan kandungan dalam buku teks juga diatur secara sistematik bagi membantu pelajar menguasai konsep-konsep Fizik dengan lebih mendalam, serta mengaitkannya dengan situasi dunia sebenar dan cabaran semasa.

buku teks fizik tingkatan 4

Ciri-Ciri Buku Teks

Untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran, buku ini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri istimewa.

Ciri-ciri ini direka untuk membantu pelajar menguasai ilmu fizik dengan lebih mendalam serta membentuk pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Antara ciri-ciri yang terkandung dalam buku teks Fizik Tingkatan 4 adalah :

  1. Kod QR Interaktif

Pelajar boleh mengimbas kod QR pada kulit buku untuk mendapatkan fakta dan maklumat tambahan dalam bentuk media interaktif serta huraian tema buku.

2. Pendekatan STEM

Menyepadukan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik bagi menyokong keperluan pembelajaran masa kini.

3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Menggalakkan pelajar menganalisis, menilai dan mencipta idea baharu.

4. Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Menerapkan pelbagai kaedah bagi mengasah kemampuan menyelesaikan masalah seperti:

  • KIK (Kemahiran Inovasi dan Kreativiti)
  • KBMM (Kemahiran Berfikir Menyelesaikan Masalah)
  • KIAK (Kemahiran Inkuiri dan Penyelesaian Masalah)

5. Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21)

Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti kolaboratif dan berpusatkan pelajar.

6. Pemikiran Komputasional

Mengandungi elemen:

  • Leraian (Decomposition)
  • Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
  • Penskalaan (Abstraction)
  • Algoritma (Algorithm)
  • Pemikiran Logik (Logical Reasoning)

6. Alat Berfikir

Penggunaan alat bantu visual untuk merangsang pemikiran kritikal serta kreatif di samping mengembangkan idea.

7. Aktiviti Pelbagai Bentuk

Aktiviti pembelajaran yang pelbagai seperti:

  • Perbincangan
  • Multimedia
  • Simulasi
  • Perkongsian maklumat
  • Pembacaan aktif
  • Penyelesaian masalah
  • Eksperimen

Kandungan Buku Teks

Bab 1: Pengukuran

  • Kuantiti Fizik
  • Penyiasatan Saintifik

Bab 2: Daya dan Gerakan I

  • Gerakan Linear
  • Graf Gerakan Linear
  • Gerakan Jatuh Bebas
  • Inersia
  • Momentum
  • Daya
  • Impuls dan Daya Impuls
  • Berat

Bab 3: Kegravitian

  • Hukum Kegravitian Semesta Newton
  • Hukum Kepler
  • Satelit Buatan Manusia

Bab 4: Haba

  • Keseimbangan Terma
  • Muatan Haba Tentu
  • Haba Pendam Tentu
  • Hukum Gas

Bab 5: Gelombang

  • Asas Gelombang
  • Pelembapan dan Resonans
  • Pantulan Gelombang
  • Pembiasan Gelombang
  • Pembelauan Gelombang
  • Interferens Gelombang
  • Gelombang Elektromagnet

Bab 6: Cahaya dan Optik

  • Pembiasan Cahaya
  • Pantulan Dalam Penuh
  • Pembentukan Imej oleh Kanta
  • Formula Kanta Nipis
  • Peralatan Optik
  • Pembentukan Imej oleh Cermin Sfera

Muat Turun Buku Teks

Buku teks Fizik Tingkatan 4 boleh di muat turun dalam format PDF sebagai rujukan seperti di bawah :

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Baca Juga : Kimia Tingkatan 4: Buku Teks, Nota & Latihan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut