Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro-Israel

produk dari Israel
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Senarai Syarikat Jenama Produk Popular Sokong Israel

Tindakan rejim Zionis Israel terus menyerang Palestin menyebabkan sesetengah orang Islam telah bertindak memboikot produk dari Israel sebagai signal membantah tindakan yang dilakukan mereka terhadap Palestin.

Seperti mana yang kita tahu, banyak produk atau syarikat besar dari Israel yang menyalurkan bantuan secara terang-terangan kepada Israel di mana duit tersebut secara tidak langsung membantu Israel membiayai perbelanjaan besar untuk menyerang Palestin.

Boikot yang berterusan memberi kesan ekonomi yang ketara kepada Israel.

Umat ​​Islam menahan diri daripada membeli barangan Israel untuk menyampaikan mesej kepada Israel, menggesa mereka menghentikan tindakan yang memudaratkan orang Islam yang tidak bersalah, seperti perpindahan dan tindakan keganasan dalam negara mereka sendiri.

Artikel berkaitan: Doa Untuk Palestin: Lafaz Doa dan Maksudnya

Ekonomi Israel

Strategi ekonomi Israel adalah untuk mengekalkan pembangunan sambil semakin mengintegrasikan ekonomi negara ke dalam pasaran global melalui eksport produk dari Israel ke luar.

Di bawah keadaan yang mencabar seperti pertumbuhan penduduk yang pesat, pemboikotan oleh majoriti negara Arab, perbelanjaan pertahanan yang tinggi, kekurangan sumber asli, kadar inflasi yang tinggi, dan pasaran domestik yang kecil yang menyekat faedah ekonomi pengeluaran besar-besaran yang dibuat oleh Israel untuk menncapai kemajuan ke arah matlamat ini.

> Dapatkan mafla solidariti bersama Palestin – lebih 5 ribu terjual!

Kenapa Perlu Boikot?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya umat Islam terus memboikot barangan dan produk yang menyokong serta dikesan menyalurkan dana kepada Israel susulan kekejaman melampau rejim zionis itu terhadap rakyat Palestin.

Negarawan itu berkata, umat Islam boleh membeli dan menggunakan produk lain dan ia adalah satu tindakan yang boleh dilakukan untuk ‘mendera’ pula rejim Israel di atas kejahatan yang dilakukan mereka.

Menurut beliau, selain derma, masyarakat dunia terutama umat Islam boleh menggunakan kuasa masing-masing dengan memboikot produk yang menyokong negara haram berkenaan.

“Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh masyarakat dunia bagi menghentikan serangan dan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.

“Umat Islam meliputi seramai 1.7 bilion di seluruh dunia dan jika separuh atau suku daripadanya memboikot, maka ia satu isyarat jelas kepada Israel.

“Saya bersyukur kerana saya tidak minum lagi kopi Starbuck. Saya pergi kedai lain. Rupa-rupanya kopi kedai lain lagi sedap daripada Starbuck,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Bicara Tokoh Negarawan bertajuk ‘Masa Depan Palestin: Apakah perlu dilakukan?’ yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook (FB) live Aid4Palestine, semalam.

Dr Mahathir berkata, umat Islam boleh merujuk senarai produk yang menyokong Israel di media sosial sebagai panduan sebelum membeli barangan berkenaan.

“Pengguna boleh menggantikan produk yang diboikot dengan barangan tempatan yang tidak kurang hebatnya,” katanya.

Sumber: Harian Metro, 21 November 2023

Menurut NGO Aqsa Working Group dan #BDSmovement, berikut antara produk popular Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel :

  • Dior
  • Coca Cola
  • Pepsi
  • Nescafe
  • Starbucks
  • Unilever
  • HP (Hewlett Packard)
  • Garnier
  • Nike
  • Puma
  • Revlon
  • Estee Lauder
  • Apple (Mac)
  • Palmolive
  • Kellogg’s
  • Nivea
  • McDonald’s
  • Dove
  • KitKat
  • Nestle
  • Colgate
  • Neutrogena
  • Rexona
  • Evian
  • Marks & Spencer
boikot produk israel
Sumber: Aqsa Working Group
Sumber: BDS Movement
senarai produk Israel
senarai produk israel

Semakan Senarai Produk Yang Memberi Sokongan Kepada Israel

Terkini, anda boleh membuat semakan di laman web berikut untuk mengetahui sama ada sesebuah jenama terlibat dengan pembangunan ekonomi atau penglibatan tentera Israel

Semakan tersebut boleh dibuat di laman web https://boycott.thewitness.news/

Pelbagai kategori boleh dilihat dalam laman web ini dan ia sering dikemaskini dari semasa ke semasa.

Layari : https://boycott.thewitness.news/ untuk membuat semakan produk jenama Israel yang patut diboikot.

Dalam laman web tersebut, akan dinyatakan senarai lengkap serta alasan KENAPA produk tersebut diboikot. Terdapat juga butang ‘Proof’ untuk anda mengetahui bukti dakwaan tersebut dengan lebih terperinci.

Aksesori Pakaian & Fesyen

Berikut merupakan antara produk dari Israel bagi kategori pakaian dan fesyen:

  • Source Sandals (Tekking dan sandal hiking)
  • Elie Tahari
  • TNT (Pakaian)
  • Tzomet Sfarim
  • YVEL (Kalung, Cincin, Anting-anting, Gelang)
  • Leibish & Co. (Perhiasan)
  • Cassidi
  • Castro
  • Fox (Pakaian)
  • Gottex (Pakaian renang pereka)
  • Honigman
  • Kenvelo
  • Naot (Kasut, sandal)

Makanan & Produk Tenusu

Berikut merupakan antara produk dari Israel bagi kategori Makanan & Produk Tenusu:

  • L’Chaim Vodka
  • Landwer Coffee
  • Lone Tree Brewery
  • MacDavid
  • Max Brenner
  • Mey Eden
  • Neviot (air mata air)
  • Noblesse (rokok)
  • Osem (syarikat)
  • Rabl (syarikat)
  • Kumpulan Strauss
  • Tara (Israel)
  • Tempo Beer Industries
  • Time (rokok)
  • Tiv Ta’am
  • Tnuva
  • Vodka Perfect
  • Teh Wissotzky
  • Angel Bakeries
  • Bamba (Kudapan)
  • Berman’s Bakery
  • Bissli (snek gandum Israel)
  • Carmel Agrexco
  • Kilang Wain Carmel
  • Air Mineral Ein Gedi
  • Hijau Galilee
  • Klik (gula-gula)
  • Krembo

Ubat, Kesihatan, Perubatan & Produk Makanan

Berikut merupakan antara produk dari Israel bagi kategori Ubat, Kesihatan, Perubatan & Produk Makanan

  • Teva Pharmaceuticals
  • CardiacSense Ltd
  • Super-Pharm
  • Teva Active Pharmaceutical Ingredients

Produk Alternatif Buatan Malaysia

Tahukah anda, terdapat pelbagai alternatif produk buatan Malaysia dan keluaran tempatan yang boleh dibeli, antaranya :

  1. Marrybrown
  2. Secret Recipe
  3. 1901
  4. Manhattan Fish Market
  5. Zus Coffee
  6. San Francisco Coffee
  7. Padini
  8. Saji
  9. Gardenia
  10. Adabi
  11. Sunquick
  12. Mak Siti
  13. Mokti’s Ice Cream
  14. Beryl’s
  15. Boh Tea
  16. Ramly Burger
  17. Faiza
  18. Adela
  19. Ayamas
  20. Mydin
  21. Az-Zain

Rujuk selanjutnya : Jenama Barang Buatan Malaysia (Alternatif Produk Pro-Israel)

Panduan Boikot Oleh Mufti Wilayah Persekutuan

Panduan berikut amat wajar dipertimbangkan agar boikot yang dilaksanakan benar-benar mencapai matlamat, berstrategi, tidak menyimpang daripada objektif yang digariskan dan tidak menzalimi pihak yang tidak bersalah:

1 – Fokus matlamat kempen boikot adalah untuk menekan syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung agar menukar polisi mereka berkenaan Palestin dan Israel.

2 – Dalam melaksanakan boikot, sikap tabayyun dalam menerima maklumat adalah amat diperlukan, bagi memastikan syarikat yang ingin diboikot benar-benar ada penglibatan secara langsung dengan Israel. Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang kezaliman terhadap pihak yang tidak bersalah.

3 – Kita hendaklah melaksanakan kempen boikot secara bijak dan berhikmah dan tidak bertindak dengan cara ekstrem dan melulu seperti memaki hamun pekerja di syarikat yang terlibat memandangkan mereka sekadar mencari rezeki, mensabotaj dengan merosakkan infrastruktur atau mengambil gambar pelanggan yang sedang makan dan menularkannya ke media sosial dengan tujuan menjatuhkan imej.

4 – Kita juga perlu mengambil kira pengecualian dalam kes terpencil, contohnya terdapat pihak yang tidak mampu menjayakan keseluruhan boikot jenama-jenama berkenaan kerana kekangan tertentu seperti masalah kesihatan dan ubat yang diperlukan hanya dikeluarkan oleh jenama tertentu sahaja, atau anak hanya boleh minum susu jenama tertentu sahaja, jika ditukar akan menyebabkan masalah alahan dan sebagainya.

5 – Hukum pekerja yang bekerja di syarikat francais yang mereka membayar royalti kepada syarikat induk yang mungkin terlibat dengan menyumbang kepada negara haram Israel adalah harus dan gajinya adalah halal selagi syarikat yang mereka bekerja tidak membantu Israel secara langsung seperti memberi sumbangan atau lain-lain.

Sumber: BAYAN LINNAS SIRI KE-281: BOIKOT EKONOMI SEBAGAI STRATEGI MELAWAN ZIONIS: NASIHAT DAN PANDUAN

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut