Blood Brothers: Bara Naga merupakan sebuah filem aksi tempatan yang sarat dengan emosi, pertarungan, dan konflik kesetiaan yang membara.
Menggabungkan elemen persaudaraan, pengkhianatan dan dendam, filem ini menjanjikan satu pengalaman sinematik yang mendebarkan serta menyentuh jiwa.
Baca juga: Sekam Di Dada – Sinopsis, Waktu Tayangan, Sedutan Episod
Sinopsis Filem Blood Brothers: Bara Naga
Kisah bermula dengan Ariff, seorang pengawal peribadi yang setia dan terlatih, yang dituduh mengkhianati majikannya, Naga, seorang figura berpengaruh yang pernah melindungi dan membesarkannya. Terjerat dalam konspirasi dan pengkhianatan, Ariff terpaksa melarikan diri untuk mencari kebenaran dan membuktikan dirinya tidak bersalah.
Dalam usahanya membersihkan nama, Ariff mendapatkan bantuan daripada abangnya yang telah lama terpisah, Jaki. Namun perjalanan mereka tidak mudah. Ariff kini diburu oleh sahabat karibnya sendiri, Ghaz, ketua pasukan pengawal peribadi elit yang suatu ketika dahulu mereka anggap sebagai “Blood Brothers”.
Pertembungan mereka bukan sekadar fizikal, tetapi juga pergelutan emosi – antara ikatan lama dan kepercayaan yang telah dikhianati. Dalam dunia yang penuh dengan tipu muslihat, hanya yang benar-benar setia akan bertahan hingga ke akhirnya.
Senarai Pelakon & Watak
Blood Brothers: Bara Naga diarahkan oleh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra di bawah produksi Skop Productions Sdn Bhd.
Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat tanah air yang membawa watak-watak ikonik dengan penuh intensiti dan karisma:
Nama Pelakon | Watak |
---|---|
Sharnaaz Ahmad | Ghaz |
Syafiq Kyle | Ariff |
Shukri Yahaya | Fadlan |
Wan Hanafi Su | Dato Zul |
Syazwan Zulkifly | Jaki |
Zamarul Hisham | DSP Adlin |
Irfan Zaini | Malik |
Andy Teh | Pablo |
Amelia Henderson | Sheila |
Amir Nafis | Amir |
Razib Salimin | Sham |
Ray Dapdap | Bos Sam |
Hushairy Hussein | Ayah Mus |
Tracie Sinidol | Mira |
Dini Schatzmann | Daniel |
Mikael Noah | Adi |
Jovi Heng | Bos Johnny |
Chris Tong | Madam Rita |
Ayam Fared | Ayam |
Lirik Lagu Bara Jiwa [OST Filem]
Lagu Tema
- Tajuk : Bara Jiwa
- Penyanyi : Azlan Typewriter, Muzza Velvettones
- Lirik : Muzza & Nana
- Komposer : Muzza
Lirik Lagu Bara Jiwa
– MUZZA
Bermula sebuah, Kisah Bara Naga,
Di dunia gelap gelora,
Semangat diuji, jiwa ditakluki,
Kini dendam membara…
– LAN
Di dalam perjalanan, di setiap persimpangan,
Harungi dengan penuh dugaan,
Semua dilalui, bersama ditempuhi,
Semangatkan satu jiwa…
– MUZZA
Bara,
Membara di jiwa,
Bukti ikrar sejati,
Demi satu kuasa…
– LAN
Ikatan abadi,
Setia hingga ke mati,
Ku teguh berdiri…
CHOIR
Bara…
Jiwa…
Bara…
Menyala…
Bara…
Jiwa…
Aaaaa…
Guitar Solo
– MUZZA
Bara,
Membara di jiwa,
Bukti ikrar sejati,
Demi satu kuasa…
Ikatan abadi,
Setia hingga ke mati,
Ku teguh berdiri…
– LAN
Bara,
Membara di jiwa,
Bukti ikrar sejati,
Demi satu kuasa…
Ikatan abadi,
Setia hingga ke mati,
Ku teguh berdiri…
– MUZZA
Bara…
Jiwa…
Menyala…
– LAN
Bara…
Naga…
Membara…
– MUZZA
Naga…
Bara…
Membara…
– LAN
Bara…
Jiwa…
Ahhhhh…
– MUZZA
Menyala…
Tarikh Tayangan
Tarikh tayangan rasmi filem Blood Brothers: Bara Naga bermula 10 April 2025 di pawagam seluruh Malaysia. Nantikan!
Trailer Filem [Official]
Trailer rasmi Blood Brothers: Bara Naga memperlihatkan gabungan aksi yang mendebarkan, runut bunyi yang mendalam dan dialog penuh makna.
Dengan sinematografi bergaya dan koreografi pertarungan yang intensif, filem ini tampil sebagai antara naskhah aksi paling dinanti tahun ini.
Baca juga: Bidaah : Sinopsis, Senarai Pelakon & Tarikh Ditayangkan
Dengan barisan pelakon mantap dan jalan cerita yang penuh kejutan, filem ini dijangka mengangkat lagi martabat filem aksi tempatan.