BKM Bujang : Semakan Kelayakan & Jumlah Bayaran Fasa 1 – 4
Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Bayaran pertama, iaitu bayaran Fasa 1 BKM dijangka akan dibuat bermula Mac 2022 ini.
Di sini kami kongsikan cara untuk anda membuat semakan status BKM untuk pemohon bujang serta maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima.
Penerima BKM Kategori Bujang
Syarat kelayakan penerima BKM bujang adalah seperti berikut:
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran BKM Bujang
Pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar:
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan (Berpendapatan bulanan bawah RM5,000): RM600
- Bujang (Berpendapatan bulanan bawah RM2,500): RM350
Sila rujuk jadual di bawah berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan.
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mengikut kategori Bujang:
- Fasa 1: RM200
- Fasa 2 : RM50 (Bantuan Tunai Tambahan)
- Fasa 3 : RM150
- Jumlah RM350
Pautan Semakan Status : https://bkm.hasil.gov.my/
Baca juga: Bantuan Orang Tua / Warga Emas RM500 Sebulan (BWE JKM)
Jadual Bayaran BKM Bujang 2022 (Fasa 1 – 4)
Seperti yang diumumkan sebelum ini, bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali sepanjang tahun 2022.
Bayaran bagi BKM Bujang akan diterima dalam Fasa 1 dan Fasa 3.
Tarikh bayaran penuh setiap fasa adalah seperti berikut:
Fasa 1 : 28 Mac 2022
Penerima BKM fasa 1 terdiri daripada:
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang
Fasa 2 : 27 Jun 2022
Penerima BKM fasa 2 terdiri daripada:
- Isi rumah
- Bujang
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Fasa 3 : September 2022
Penerima BKM fasa 3 terdiri daripada:
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang
Fasa 4 : Disember 2022
Penerima BKM fasa 4 terdiri daripada:
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Baca juga: Lupa Kata Laluan BKM? Ini Cara Reset ID & Tukar Password
Maklumat Lanjut
Info lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :
- Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- e-Mel : [email protected]
- Laman web: https://bkm.hasil.gov.my/