5 Khasiat Biji Ketumbar dan Potensinya Untuk Kesihatan

biji ketumbar
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bukan hanya daun dan akar ketumbar yang boleh digunakan, malah biji ketumbar juga adalah salah satu herba yang sangat digemari ramai orang dalam masakan serta perubatan tradisional.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi berkenaan dengan khasiat biji ketumbar dan penggunaannya yang betul dalam masakan.

Baca juga:

Apa itu biji ketumbar?

Ketumbar atau nama saintifiknya, (Coriandrum sativum) adalah tanaman asli Eropah Selatan dan Afrika Utara ke Asia barat daya.

Seluruh tumbuhan ini, bermula dari daun, batang, biji dan akarnya boleh digunakan dalam masakan dan perubatan.

Rasanya pahit manis dan bentuknya pula sedikit bujur yang mana spesis yang ditanam di Eropah sedikit lebih besar berbanding dari India.

Fungsi utamanya banyak digunakan dalam masakan sebagai penyedap hidangan daging, ikan dan sayur-sayuran serta digunakan unutk meningkatkan kesedapan salad, jeruk, pengawet dan alkohol.

Gabungan jintan manis dan ketumbar akan memberi rasa yang luar biasa dan menyerlahkan lagi aroma setiap hidangan.

Fakta kandungan nutrisi

Setiap 1 sudu teh biji ketumbar mengandungi:

  • Protein: 0.22 g
  • Tenaga: 0.32 kcal
  • Jumlah lemak: 0.32 g
  • Karbohidrat: 0.99 g
  • Serat: 0.75 g
  • Kalsium: 12.76 mg
  • Zat besi: 0.29 mg
  • Magnesium: 5.94 mg
  • Fosforus: 7.36 mg
  • Kalium: 22.81 mg
  • Natrium: 0.63 mg
  • Zink: 0.08 mg
  • Kuprum: 0.02 mg
  • Mangan: 0.03 mg
  • Selenium: 0.47 mg
  • Vitamin A: 0 IU
  • Retinol: 0 mcg
  • Vitamin C: 0.38 mg
  • Riboflavin: 0.01 mg
  • Niasin: 0.04 mg
  • Asid lemak tepu: 0.02 g
  • Kolesterol: 0 mg
  • Asid lemak tak tepu tunggal: 0.24 g
  • Asid lemak politaktepu: 0.03 g

Khasiat biji ketumbar

Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Bagus untuk kesihatan kulit

Ketumbar mempunyai sifat antioksidan, anti radang, dan lain-lain komponen seperti cineole yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit.

Ia boleh membantu mengurangkan keradangan kulit, melindungi kulit, serta berupaya untuk menyembuhkan penyakit kulit tertentu seperti dermatitis atau ruam ringan bergantung kepada individu tersebut.

Sifat antioksidannya juga sangat membantu untuk melambatkan proses penuaan kulit dari proses kerosakan sel disebabkan oleh bahan-bahan tertentu termasuk sinaran matahari.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengurangkan masalah jerawat, kulit berminyak dan pigmentasi. 

Untuk kegunaan luaran, ia boleh dijadikan sebagai salah satu bahan dalam krim atau minyak sapu. Ada juga yang menjadikan daunnya sebagai jus ketumbar untuk diminum. 

2. Mengawal gula dalam darah

Ekstrak biji ketumbar berupaya untuk membantu mengurangkan gula dan darah sekaligus mengelakkan penyakit kencing manis atau diabetes.

Hal ini terbukti dalam beberapa kajian yang dijalankan termasuk dalam satu kajian yang diterbitkan (Journal of Ethnopharmacology).

Namun begitu, pengambilan haruslah tidak berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kadar gula turun dengan cepat. 

3. Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok

Di samping itu, pengambilan makanan atau minuman berasaskan ketumbar juga akan membantu mengurangkan ketegangan saluran darah.

Di dalam ekstrak ketumbar juga terdapat beberapa jenis asid seperti asid stearik, asik oleik, asid linoleik, asid palmitik dan asid askorbat yang berupaya untuk membantu mengurangkan kolesterol dalam darah. 

Secara tidak langsung, ini akan membantu peredaran darah berjalan dengan lancar, mengawal tekanan darah, mencegah pelbagai jenis penyakit termasuk mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan strok.

4. Menyihatkan usus dan melancarkan penghadaman

Sekiranya anda mempunyai masalah penghadaman atau berkaitan usus, jangan lupa ambil makanan atau minuman yang mempunyai ekstrak atau rempah ketumbar seperti sup, kari, rendang dan sebagainya. 

Hal ini kerana, terdapat komponen dalam ketumbar merembeskan enzim tertentu yang berfungsi untuk membantu proses pencernaan.

Selain itu, ia juga dapat membantu melancarkan fungsi hati. Pengambilan ekstrak ketumbar dikatakan mampu untuk mengurangkan rasa mual, sakit perut dan kembung perut. 

5. Melegakan cirit birit dan melawan jangkitan bakteria

Dalam satu kajian (jurnal Leaflets Ethnobotanical), ketumbar mempunyai sifat antibakteria yang boleh membantu melegakan cirit birit disebabkan oleh jangkitan bakteria Salmonella.

Salmonella boleh menyebabkan berlakunya keracunan makanan sehingga berisiko untuk menyebabkan kehilangan nyawa. 

Ia juga berfungsi untuk melawan penyakit dan jangkitan disebabkan oleh bakteria.

Contohnya seperti kencing kotor dan konjuktivitis (sakit mata). Bahkan di pasaran, terdapat beberapa produk mata telah menggunakan minyak ketumbar sebagai bahan asas atau utama mereka.

Rempah yang sesuai dengan biji ketumbar

Rempah-rempah yang berpasangan dengan ketumbar:

  • Jintan manis, buah pelaga, bunga cengkih, biji sawi, buah pala, lada hitam, bunga lawang, halia lada sulah, serai, jintan, kunyit, kayu manis, adas, daun bay, lada cayenne, paprika, cili, kunyit, asam jawa.

Herba yang berpasangan dengan ketumbar:

  • Oregano, marjoram, pasli, basil, pudina, ketumbar.

Campuran rempah yang menggunakan ketumbar:

  • Harissa, serbuk kari madras, garam masala, baharat, advieh, hawaij, pes kari kurma, pes vindaloo, tikka masala, chaat masala, ras el hanout, dukkah.

Bahan yang sesuai dengan ketumbar

  • Ketumbar + Daging: Ayam, ayam belanda, daging lembu, daging, babi, ham, itik, kambing, ikan putih, salmon, trout, tuna, kerang
  • Ketumbar + Sayuran: Tomato, kentang, ubi keledek, bawang merah, bawang putih, adas, brokoli, kubis bunga, kekacang, saderi, kubis, terung, labu, labu, lada merah hijau dan kuning (paprika), parsnip, lobak merah, bit, bok choy, cili padi, jagung, cendawan, timun, halia, akar sayur, kacang, kacang ayam, kacang lentil, beras
  • Ketumbar + Buah: Limau, limau nipis, oren, epal, aprikot, limau gedang, pear, plum, kurma, buah tin
  • Ketumbar + Tenusu: Paneer, ricotta, burrata, keju mozzarella, feta, halloumi, yogurt
  • Ketumbar + Kacang: Pistachio, walnut, gajus, badam, biji labu, kacang pain, biji bijan
  • Ketumbar + Lain-lain: Madu, sirap maple, chutney, buah-buahan kering, gin, bir, santan, telur, jeruk

Pengganti biji ketumbar

biji ketumbar

Jika anda tidak mempunyai biji ketumbar di rumah, boleh gantikan dengan beberapa herba lain seperti:

  • Biji jintan manis: Boleh tambahkan biji jintan manis bersama kulit oren parut halus untuk memberi rasa herba dan sitrus seakan-akan biji ketumbar asli.
  • Daun ketumbar segar: Boleh ditambah sebagai hiasan sebelum menghidangkan makanan.
  • Biji jintan: Letakkan sedikit untuk menaikkan rasa dan bau aroma herba.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat biji ketumbar ini idapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. What Are Coriander Seeds and How to Use Them In Cooking. Flaevor
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut