Big Stage Rocketfuel – Kedudukan & Markah (Konsert Minggu 2)

Big Stage Rocketfuel
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Big Stage Rocketfuel merupakan program pertandingan nyanyian yang menghimpunkan barisan peserta berbakat untuk bersaing merebut gelaran juara.

Berikut ialah kedudukan dan markah penuh peserta bagi Konsert Mingguan berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan.

Baca juga: Adira, Anggrek Rangkul Gelaran Juara Talk to My Manager 2

Apa itu Big Stage Rocketfuel?

Pentas Big Stage Rocketfuel membuka peluang untuk mencari bintang solo atau duo paling menyerlah. Bukan sahaja berbakat, tetapi memiliki identiti dan daya tahan untuk mendominasi industri muzik. 

Kehadiran syarikat pengurusan artis dan hiburan Malaysia, Rocketfuel Entertainment, mencerminkan usaha Big Stage memperkukuhkan pembangunan bakat, sekali gus membantu peserta merancang hala tuju kerjaya muzik mereka menerusi bimbingan dan sokongan berterusan selepas pertandingan.

Big Stage Rocketfuel

Juri & Hos

  • Hos utama: Nabil Ahmad bersama Azeva
  • Juri tetap: Hael Husaini, Akim Ahmad, dan Aisha Retno
  • Segmen khas:

Waktu Siaran [ LIVE ] Big Stage Rocketfuel

Senarai Peserta Big Stage Rocketfuel

Senarai peserta Big Stage Rocketfuel 2026 adalah seperti berikut:

  1. Sufie Rose
  2. Qilo
  3. Rieffa
  4. Danny
  5. Aliff Kimiey
  6. Yad-z
  7. Ranisha
  8. Danial Kifli
  9. Sabrina
  10. Adam & Nazmie
  11. Hussain
Big Stage Rocketfuel

Kedudukan & Markah Konsert Minggu 2

No.Nama PesertaMarkah
1Hussain72.00%
2Ranisha71.67%
3Adam & Nazmie70.00%
4Yad-Z69.33%
5Rieffa69.33%
6Danny67.00%
7Qilo65.33%
8Sabrina62.00%
9Aliff Kimey61.67%
10Danial Kifli61.33%
11Sufie Rose57.33%

Highlight Sedutan Konsert

Berikut adalah sedutan persembahan semua peserta untuk Konsert Minggu 2. Kredit video Sooka Malaysia dan Astro Gempak.

@sookamalaysia

Loveee dengan performance Ranisha malam ni! Jom strim Big Stage Rocketfuel di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Ranisha
@sookamalaysia

Qilo jadi romantis ini kaliii 🕺🏻 Jom strim Big Stage Rocketfuel di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Qilo
@sookamalaysia

Loveee Sabrina malam ni! Jom strim Big Stage Rocketfuel di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Sabrina
@sookamalaysia

Come on Danial Kifli! Jom strim Big Stage Rocketfuel di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Danial Kifli
@sookamalaysia

Laju lagu Bruno Mars ni! Tak tau macam mana Yad-Z boleh bawa 🤩 Jom strim Big Stage Rocketfuel di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Yad-z
@sookamalaysia

Power Sufie arose malam ni! Jom strim Big Stage Rocketfuel di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Sufie
@sookamalaysia

Seronok Azeva dapat bunga dari Danny 🤣 Jom strim Big Stage Rocketfuel di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Danny
@sookamalaysia

Cuba pejam mata, suara Rieffa sama betul dengan Araff ✋😭❤️ Jom strim Big Stage Rocketfuel di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Rieffa
@sookamalaysia

Lagu perempuan tapi pandai duo ni adjust! Kita loveee Adam & Nazmie! Jom strim Big Stage Rocketfuel di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Adam & Nazmie
@sookamalaysia

Tak kuuuu sangkaaaa 🕺🏻 Jom strim Big Stage Rocketfuel di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Aliff Kimiey
@sookamalaysia

Hussain memang tapau semua genre lah!! ❤️😍 nasib baik hujung tu kena cover dengan asap! Jom strim Big Stage Rocketfuel di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Hussain
Kredit: Astro Gempak

Sistem Pemarkahan

Barisan juri tetap mingguan terdiri daripada Akim Ahmad, Aisha Retno dan Hael Husaini yang akan menilai setiap persembahan peserta. Penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan keputusan juri menerusi sistem pemarkahan 100%.

Cara Mengundi

Saksikan barisan peserta Big Stage RocketFuel mendominasi pentas! Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Rocket Star Of The Week minggu ini? Semuanya di tangan anda! Undi sekarang!

Langkah-langkah Mengundi:

  1. Log Masuk: Daftar atau log masuk ke akaun anda melalui Astro, Google, Apple, atau Facebook.
  2. Kredit Undian: Anda akan menerima 30 kredit undian setiap hari (Isnin – Sabtu) & 50 kredit undian pada hari Ahad untuk mengundi peserta kegemaran anda.
  3. Waktu Tutup: Undian dibuka sepanjang minggu dan akan ditutup pada setiap hari Ahad jam 6:00 PM.
  4. Undian Semula: Undian akan dibuka semula sebaik sahaja konsert mingguan tersebut berakhir.

Hadiah Juara

Pemenang utama berpeluang memenangi Rocketfuel Artist Development Contract tajaan Rocketfuel Entertainment bernilai sehingga RM200,000.

Pakej pembangunan artis ini merangkumi penerbitan single dan video muzik baharu, pembinaan imej serta penjenamaan diri, latihan intensif vokal dan persembahan, bimbingan komunikasi media, pengurusan media sosial, pembangunan kandungan digital, sokongan pemasaran dan promosi, selain peluang pendedahan meluas menerusi platform televisyen, radio serta platform digital Astro.

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat lanjut mengenai Big Stage Rocketfuel, sila layari laman rasmi berikut:

  • Youtube AstroGempak
  • Astro Gempak (platform undian dan kandungan digital)
  • Platform penstriman Astro GO dan Sooka untuk menonton siaran langsung dan On Demand

Jangan lupa saksikan siaran Big Stage Rocketfuel setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), Sooka dan Astro One.

Soalan Lazim Big Stage Rocketfuel

Apa itu Big Stage Rocketfuel?

Big Stage Rocketfuel ialah program pertandingan nyanyian yang menghimpunkan peserta solo dan duo berbakat untuk bersaing merebut gelaran juara serta peluang membina kerjaya dalam industri muzik.

Bilakah Big Stage Rocketfuel disiarkan?

Program ini mula bersiaran pada 28 Jun 2026 dan disiarkan setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Di mana boleh menonton Big Stage Rocketfuel?

Anda boleh menonton Big Stage Rocketfuel secara langsung di Astro Ria (Saluran 104), Astro GO, Sooka dan Astro One. Sedutan persembahan turut dikongsikan di YouTube Astro Gempak serta TikTok rasmi Astro Gempak.

Siapakah hos Big Stage Rocketfuel?

Program ini dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Azeva.

Siapakah juri tetap Big Stage Rocketfuel?

Barisan juri tetap terdiri daripada Hael Husaini, Akim Ahmad dan Aisha Retno.

Bagaimanakah sistem pemarkahan Big Stage Rocketfuel?

Setiap persembahan dinilai sepenuhnya oleh barisan juri tetap melalui sistem pemarkahan 100% berdasarkan keputusan juri.

Apakah hadiah yang diterima juara Big Stage Rocketfuel?

uara berpeluang memenangi Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000, yang merangkumi pembangunan kerjaya, penerbitan single dan video muzik, latihan profesional, penjenamaan diri, pemasaran serta peluang pendedahan di platform Astro.

Baca juga: Finalis Anugerah Juara Lagu 40 AJL 2026 – Live, Senarai Lagu

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
Avatar image of Hannani Juhari