Advertisements

Tawaran Biasiswa Yayasan KLK Untuk Pelajar IPT

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Yayasan KLK kini dibuka untuk pelajar IPT yang berkelayakan. Untuk makluman, Yayasan KLK ditubuhkan oleh Kuala Lumpur Kepong (KLK) iaitu sebuah syarikat perladangan

Tarikh Tutup Permohonan

Pelajar yang berminat untuk memohon perlulah membuat permohonan sebelum 30 September 2022.

Baca Juga : Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2022 / 2023

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang diutamakan untuk tajaan biasiswa ini adalah seperti berikut :

Advertisements
  • Sains Pertanian, Kejuruteraan Biosistem Pertanian, Perhutanan, Sains Hortikultur, Biologi Tumbuhan, Pengurusan Perladangan, Sumber Tumbuhan atau bidang berkaitan.
  • Kejuruteraan (Awam, Kimia, Mekanikal, Elektrik dan Instrumentasi).
  • Perakaunan atau Kewangan.
  • Teknologi Maklumat (Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian atau setara).
  • Kelestarian (Pengurusan Alam Sekitar, Sains & Teknologi Alam Sekitar atau bidang berkaitan).

Syarat Kelayakan

Pelajar yang berminat untuk memohon biasiswa Yayasan KLK ini perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Boleh bertutur dan menulis bahasa Inggeris.
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Mendapat tawaran daripada institusi pengajian tinggi
  • Tidak terikat sebarang biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi
  • Bon 3 tahun bersama Kumpulan KLK di mana-mana penempatan selepas tamat pengajian.

Cara Memohon Biasiswa Yayasan KLK 2022

Calo yang berminat  boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan. (Klik di sini untuk muat turun borang permohonan.)
  2. Imbas dan email borang permohonan yang lengkap dengan sijil yang berkaitan cth. SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi kepada [email protected]; atau
  3. Poskan borang permohonan yang lengkap dengan sijil berkaitan cth. SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi ke alamat berikut:

Permohonan Biasiswa Yayasan KLK,
Kuala Lumpur Kepong Berhad,
Wisma Taiko, No 1,
Jalan S.P Seenivasagam,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa KLK, sila layari laman web https://www.klk.com.my/yayasan-klk-scholarship/.

Leave a Comment