Bayaran Tanpa Tunai Di Fasiliti KKM Mulai 1 Oktober 2022

bayaran tanpa tunai kkm
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Semua fasiliti Kementerian (KKM) dijangka akan menerima bayaran tanpa tunai mulai 1 Oktober depan.

Dalam satu pekeliling Ketua Setiausaha KKM, yang bertarikh kelmarin menyatakan, pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi itu ditetapkan menerusi Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia Tahun 2021 bagi peringkat Persekutuan dan negeri.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang perkara ini untuk makluman bersama.

Pelaksanaan Bayaran Tanpa Tunai Di Fasiliti KKM Mulai 1 Oktober 2022

Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia 2021 telah menetapkan supaya semua agensi pada peringkat persekutuan dan negeri perlu menggunakan pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi yang lebih berkesan menjelang tahun 2022.

Selain itu, Pelan Antirasuah KKM 2021-2022 juga telah menggariskan inisiatif bayaran tanpa tunai di fasiliti kesihatan KKM untuk mengelakkan ketirisan hasil Kerajaan.

Oleh itu, KKM akan melaksanakan bayaran tanpa tunai (cashless) mulai 1 Oktober 2022.

Walau bagaimanapun, bayaran secara tunai MASIH DITERIMA sekiranya pelanggan tidak mempunyai kad ATM/debit atau kad kredit atau e-dompet.

bayaran tanpa tunai kkm
Sumber: Infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Urusan Lebih Cepat, Mudah & Selamat

Kutipan hasil akan lebih cepat, mudah dan selamat. Selain itu, berlaku pengurangan kos dan proses kerja dalam urusan kutipan hasil di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan pengurangan risiko jangkitan COVID-19 di kaunter bayaran disebabkan ‘contactless platform’.

Pekeliling itu menyebut, semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) perlu mengambil langkah bagi kelancaran inisiatif berkenaan, antaranya memastikan sekurang-kurangnya 95 peratus transaksi terimaan tanpa tunai di setiap fasiliti masing-masing serta mengenal pasti PTJ bagi pelaksanaan terimaan bayaran tanpa tunai menggunakan Terminal Point of Sale (TPOS) dan DuitNow.

Mereka juga perlu mengenal pasti bilangan kaunter yang perlu dilengkapkan dengan TPOS bagi setiap PTJ; memastikan semua PTJ yang dikenal pasti mempunyai Akaun Terimaan Kecil Perbendaharaan (ATKP) dan tidak dorman.

Selain itu, memastikan semua petugas kaunter dilatih dengan penggunaan TPOS dan kaedah rekod perakaunan.

Bahagian kewangan KKM dan bahagian akaun KKM akan menyelaraskan latihan mengikut zon, memastikan petugas kaunter mempromosi pembayaran tanpa tunai dan merekod statistik bulanan terimaan tanpa tunai.

Apa pendapat anda? Sudah tentu ia akan memudahkan, bukan?

Baca juga: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM): Semakan Status & Tarikh Bayaran

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut