Sebenarnya ramai daripada kita tidak tahu bahawa kita sebenarnya boleh bayar prinsipal loan untuk mengurangkan kaedah pinjaman dan tempoh pinjaman kita.
Apabila kita membeli sebuah rumah pada harga RM300,000, setelah 35 tahun bayaran pinjaman kita sebenarnya membayar lebih satu kali ganda daripada harga rumah yang kita beli setelah diambil kira kadar faedah yang dibayar pada bank setiap bulan.
Kadar faedah yang dikenakan di samping jumlah pinjaman boleh menjadi beban yang besar dalam jangka panjang, dan kita ingin meminimumkannya sebanyak yang mungkin.
Antara cara untuk mengurangkan faedah pinjaman ini adalah membuat bayaran lebihan berbanding bayaran bulanan – namun bayaran lebihan ini mestilah dibuat ke atas prinsipal loan.
Pengenalan
Kalau ada duit lebih, kita tentulah nak pendekkan tempoh pembiayaan – ini kerana, dapatlah kita kurangkan bunga (interest) yang perlu dibayar.
Lihat contoh kes dalam gambar di atas:
- Ansuran RM2,148
- Tempoh 30 tahun
- Total bayaran balik RM773,413
Sebagai contoh dalam situasi ini, dengan membayar tambahan sebanyak 10% daripada ansuran bulanan asal RM2148, dengan menambah RM200, anda dapat mengurangkan jumlah hutang sebanyak RM54,913 dan menyelesaikannya 4 tahun setengah lebih awal.
- Ansuran RM2,148 + RM200
- Jumlah bayar balik RM718,499
- Penjimatan RM54,913
Selain itu, anda dapat pendekkan tempoh pembiayaan 5 tahun setengah lebih awal.
Artikel berkaitan: Pinjaman Capital Boost Credit, Dokumen & Permohonan
Di bawah pula adalah contoh sekiranya kita membuat bayaran tambahan RM1000 ke atas loan prinsipal:
Semakin tinggi jumlah tambahan yang dibayar ke baki prinsipal, semakin banyak yang dapat dikurangkan.
Jika pelanggan membayar tambahan RM1,000, mereka dapat mengurangkan jumlah hutang sebanyak RM161,203 dan mempercepatkan tempoh pelunasan hampir 14 tahun lebih awal!
Kredit: Afyan Mat Rawi, IFP
Cara Bayar Loan Prinsipal Rumah & Kurangkan Hutang Bank
Untuk membuat bayaran seperti ini, anda perlulah tahu cara yang sesuai.
Jika anda hanya sekadar membuat bayaran dengan menggunakan kaedah pemindahan online banking, duit lebihan yang dipindahkan itu tidak dibayar untuk prinsipal loan secara autoatiknya.
Untuk melakukan perkara ini, pelanggan perlu berjumpa dengan bank untuk memastikan tambahan bayaran ini masuk ke dalam baki prinsipal dan bukan sekadar bayaran advance.
*Prosedur lanjut perlu ditanyakan secara jelas kepada bank masing-masing kerana setiap bank mempunyai prosedur dan amaun minimum yang telah ditetapkan untuk membayar prinsipal.
Jika ia hanya bayaran advance, ia tidak akan memberikan manfaat yang sebesar ini.
Jika bayaran jenis flexi, sama ada full flexi atau semi flexi, boleh gunakan kaedah ini secara terus.
Jika jenis term, akan ada syarat lain – Contohnya saya dengan BSN dan ambil jenis term, kena bayar minima ekstra RM1,000 untuk masuk ke prinsipal.
Boleh bayar bulan, tapi tak masuk dalam prinsipal. Kena buat permohonan barulah masuk prinsipal.
Bagi LPPSA lain caranya – Kita kena bayar 6 bulan ekstra dan perlu bayar melalui bank draf atau internet banking.
Sekiranya anda gemarkan penerangan berbentuk video, sila tonton video di bawah: