Disebabkan penularan Covid-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, ramai yang mula mengalami batuk berkahak (batuk basah).
Batuk sebenarnya merupakan tindakbalas semulajadi badan bagi menyingkirkan bendasing atau kuman yang boleh menyebabkan jangkitan pada salur pernafasan dan paru-paru.
Tindakbalas inilah yang akan menghasilkan lendir atau kahak.
Apakah kaedah terbaik untuk mengatasi batuk berkahak? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Punca Batuk
Antara punca batuk adalah :
- Penyakit berkaitan virus seperti selesema dan influenza.
- Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tubercolosis)
- Alahan
- Asma
- Merokok
- Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
- Terdedahkan kepada habuk, asap atau bahan kimia daripada persekitaran
- Asid daripada perut naik semula ke esofagus (GERD)
- Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
- Tekanan
- Pengambilan ubat yang dipanggil ACE inhibitors yang berfungsi untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Cara Atasi Batuk Berkahak
Secara umumnya, batuk berkahak tidak memerlukan rawatan yang khusus. Sebaliknya, rawatan adalah langkah yang diambil untuk melegakan simptom, mengelakkan komplikasi serta mengurangkan risiko jangkitan.
Oleh itu, pengambilan ubat-ubatan hanya akan memberi kelegaan sementara ketika sistem pertahanan badan cuba melawan dan menghapuskan serangan virus tersebut.
Ambil Ubat Batuk Expectorants
Walaupun nampak sama, sebenarnya terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants bagi membantu mengeluarkan kahak (batuk basah) dan suppresant untuk batuk kering.
Ubat batuk expectorants seperti Guaifenesin dan Xepa Mucolix Elixir dapat membantu membuka laluan hidung tersumbat dengan mencairkan serta membantu mengeluarkan kahak melalui batuk.
Ini seterusnya dapat membantu melancarkan aliran pernafasan.
Sekiranya anda masih tidak pasti, anda boleh mendapatkan saranan daripada doktor atau ahli farmasi.
Selain itu, anda juga boleh amalkan beberapa kaedah lain untuk atasi batuk seperti berikut :
- Minum lebih banyak air untuk elakkan kahak yang banyak
- Berhenti merokok
- Elakkan kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai pelitup muka sekiranya perlu.
- Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Anda perlu dapatkan rawatan segera daripada doktor sekuranya terjadi beberapa simptom seperti berikut :
- Batuk yang mengeluarkan darah
- Baru pulang dari perjalanan luar negara
- Batuk yang berterusan lebih daripada dua minggu
- Sakit dada, sesak nafas atau semput
- Demam yang berpanjangan
- Hamil
- Sakit atau bengkak pada sendi
Pada kebanyakan masa, batuk berkahak boleh sembuh sendiri. Pengambilan ubat batuk bertujuan untuk mengatasi ketidakselesaan dan membantu pesakit jalani aktiviti harian dengan lebih lancar.
Bagi mengatasi batuk basah, anda boleh ambil ubat batuk jenis expectorant dan minum air dengan lebih banyak. Elakkan kawasan sesak dan gunakan pelitup muka sekiranya perlu.
Jika anda dapati batuk masih berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosa dan kaedah rawatan yang tepat.