Kahak Berdarah : Punca & Kaedah Rawatan

Kahak berdarah atau hemoptysis berlaku apabila seseorang dapati terdapat darah pada mukus ketika meludah atau batuk.

Ia cenderung untuk berlaku ketika seseorang mengalami jangkitan pada saluran pernafasan, asma atau batuk yang teruk.

Namun ia juga boleh menjadi petanda bagi masalah kesihatan lain yang lebih serius.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

kahak berdarah

Punca Kahak Berdarah

  • Biasanya, kahak berdarah berlaku disebabkan :
  • Batuk yang teruk dan berpanjangan
  • Hidung berdarah
  • Jangkitan tertentu seperti bronkitis

Dalam kes yang lebih serius, ia juga boleh berpunca daripada masalah kesihatan yang lebih serius seperti :

  • Pneumonia
  • Jangkitan tertentu seperti tubercolosis (TB)
  • Pulmonary embolism iaitu darah beku yang terbentuk dalam paru-paru
  • Pulmonary aspiration iaitu masalah yang berlaku disebabkan terhidu bahan asing ke dalam paru-paru.
  • Pulmonary edema iaitu cecair terkumpul dalam paru-paru
  • Kanser paru-paru atau kanser tekak
  • Cystic fibrosis
  • Penggunaan ubat cair darah
  • Trauma atau kecederaan pada dada atau sistem pernafasan

Kaedah Rawatan Untuk Kahak Berdarah

Rawatan bagi kahak berdarah adalah bergantung kepada puncanya.

Dalam sesetengah kes, doktor mungkin akan mencadangkan kaedah rawatan seperti :

  • Penggunaan ubat antibiotik untuk mencegah jangkitan seperti pneumonia
  • Penggunaan ubat antivirus seperti oseltamivir (Tamiflu)
  • Ubat batuk bagi mengurangkan kahak serta batuk berpanjangan
  • Minum air secukupnya untuk mengurangkan pembentukan kahak
  • Pembedahan bagi mengatasi tumor atau pembentukan darah beku di paru-paru.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Kahak dengan darah yang sikit adalah masalah kesihatan yang normal. Menurut Medical News Today, kira-kira 90% pesakit dengan mild hemoptysis mampu pulih dengan mudah.

Namun, anda perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin sekiranya anda mengalami simptom seperti berikut :

  • Batuk berdarah yang banyak dengan kahak yang sedikit
  • Darah muncul pada air kencing atau najis
  • Sukar untuk bernafas atau sesak nafas
  • Badan terasa lesu
  • Pening kepala
  • Berpeluh
  • Kadar degupan jantung laju
  • Berat badan berkurangan tanpa sebab
  • Sakit dada

Cara Mencegah

Langkah pertama untuk mencegah kahak berdarah ialah dengan mengelakkan berlakunya jangkitan pada sistem pernafasan yang terdiri daripada paru-paru, tekak, hidung dan saluran pernafasan ke paru-paru.

kahak berdarah

Jadi, apa yang boleh lakukan adalah :

  • Berhenti merokok kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kesihatan dan boleh mengakibatkan radang paru-paru dan pelbagai masalah kesihatan.
  • Minum lebih banyak air sekiranya anda merasakan kurang sihat. Ini boleh membantu mencairkan kahak dan mengatasi jangkitan dengan lebih mudah.
  • Pastikan persekitaran bersih daripada habuk atau kulat. Keadaan persekitaran yang tidak bersih boleh menyebabkan asma, dan jangkitan pada saluran pernafasan.
  • Berjumpa dengan doktor sekiranya kahak berwarna kuning atau hijau. Ini boleh menjadi petanda bagi jangkitan pernafasan.

Sekiranya anda dapati sering batuk atau mengeluarkan kahak dengan darah yang banyak, anda perlulah dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan pernafasan terganggu serta komplikasi lain yang mengancam kesihatan seperti kanser paru-paru atau TB.

Sumber : Healthline

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!