Advertisements

Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Untuk 6 Bulan

Advertisements

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.

Beliau berkata bantuan itu telah dibincangkan bersama dengan Kementerian Kewangan dan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang dijangka dibentang pada Oktober ini.

“Sebanyak RM200 untuk tiga bulan untuk dua musim iaitu enam bulan bagi membantu mereka sementara menunggu padi dituai,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke-48.

Perdana Menteri juga bersetuju jika penoreh getah dapat bantuan sewaktu musim tengkujuh kerana tiada pendapatan jadi kita beri sumbangan selama tiga bulan, begitu juga nelayan satu ketika dahulu RM200 (diberikan) kemudian dinaikkan RM300 termasuk elaun untuk nelayan darat.

Advertisements

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

Baca juga: Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA) 2022

Apakah Bantuan Pesawah 2022?

Bantuan ini adalah bantuan tunai berjumlah RM200 kepada pesawah untuk 6 bulan sementara menunggu hasil tuaian.

bantuan pesawah 2022

Tempoh / Tarikh Bantuan Pesawah 2022

Bantuan itu telah dibincangkan bersama dengan kementerian kewangan dan akan dimasukkan dalam belanjawan 2023 yang dijangka dibentang pada Oktober ini.

Cara Memohon

Cara permohonan akan dimaklumkan dalam masa terdekat setelah ia dinilai dan diperhalusi oleh pihak Kementerian yang terlibat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk video di bawah:

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan bantuan RM200 bagi tempoh enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian padi.

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment