CARA DAFTAR DAN AKTIFKAN BANK ISLAM ONLINE BANKING
Perbankan internet Bank Islam / Bank Islam Internet Banking membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan secara online pada bila-bila masa dan di mana saja.
Anda juga boleh mendapatkan perincian terkini kesemua akaun Bank Islam anda melalui
- Rumusan Akaun
- E-Statement
- Pengurusan cek
- Sejarah Transaksi Perbankan Internet
Untuk mendaftar Bank Islam internet banking secara atas talian, sila rujuk langkah berikut.
Apakah Bank Islam Online Banking?
Perkhidmatan perbankan internet sememangnya memudahkan urusan seharian kerana kita boleh membuat pembelian online dan pelbagai transaksi tanpa perlu ke kaunter.
Dengan mempunyai akaun Bank Islam, ianya akan memudahkan urusan anda seperti, pemindahan wang, pembayaran bil, memeriksa baki akaun dengan pantas tanpa perlu beratur di ATM lagi, terutamanya dalam tempoh PKP ini.
Syarat Pendaftaran
Syarat-syarat untuk layak mendaftar perbankan internet Bank Islam adalah seperti berikut
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai akaun peribadi / akaun semasa yang berdaftar
- Jenis akaun adalah pemilik tunggal
- Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank Islam
- Mempunyai nombor pin ATM yang telah diaktifkan
Cara Mendaftar
Untuk mendaftar, sila rujuk langkah berikut
- Layari laman web rasmi Bank Islam di pautan https://www.bankislam.biz
- Klik butang “FIRST TIME USER”.
- Baca terma dan syarat yang dipaparkan dan tandakan (/) dalam kotak kecil.
- Klik pada butang ATM/Debit Card.
- Masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit dan nombor pin ATM anda.
- Cipta USER ID, Password dan lain-lain maklumat pada ruang yang tersedia.
- Semak dan sahkan maklumat anda dengan mengklik “Confirm”;
- Anda akan menerima notifikasi setelah selesai mendaftar Bank Islam Internet Banking.
Baca juga: Kad Bank Hilang : Ini 6 Prosedur Kena Buat Supaya Duit Tak ‘Lesap’
RUJUK TUTORIAL BERGAMBAR DI BAWAH
LANGKAH 1
Layari laman web rasmi Bank Islam di pautan https://www.bankislam.biz
LANGKAH 2
Baca terma & syarat dan tandakan (/) dalam kotak kecil di bawah.
Tekan butang ‘Continue’
LANGKAH 3
Klik pada butang ATM/Debit Card.
LANGKAH 4
Isikan nombor kad ATM 16 digit dan no pin ATM anda dalam ruangan di bawah.
LANGKAH 5
Isikan maklumat yang diperlukan dalam ruang berikut.
LANGKAH 6
Cipta USER ID, Password dan lain-lain maklumat pada ruang yang tersedia
Setelah anda sudah berjaya mendaftar akaun Bank Islam Online.
Anda bolehlah terus cuba login dan memeriksa baki akaun, membuat urusan pemindahan wang, membayar bil, berbelanja online dan sebagainya.
Anda juga boleh rujuk video tutorial di bawah:
Penting:
Jangan lupa simpan butiran atau maklumat akaun yang anda daftar semasa proses pendaftaran Bank Islam Online, terutamanya ID dan Password anda.
Cara Daftar GO Bank Islam (Aplikasi Mobile Bank Islam)
Untuk memudahkan pengguna, Bank Islam juga menyediakan Mobile Apps yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple IOS Store,
Anda boleh menggunakan aplikasi GO Bank Islam dengan lebih mudah dan cepat.
Untuk mendaftar GO Bank Islam, anda boleh ikuti langkah berikut:
- Muat turun aplikasi GO Bank Islam
- Masukkan User ID dan password yang telah didaftarkan untuk internet banking (rujuk cara di atas)
- Masukkan kod IAC yang diterima melalui telefon bimbit anda.
- Selesai mendaftar, anda boleh login semula menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan atau mengaktifkan cap jari di telefon bimbit anda.
Baca juga: Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Bank Islam di pautan https://www.bankislam.biz
ATAU
Hubungi Bank Islam di talian +60326900900
ATAU
Rujuk media sosial Bank Islam di :
- Facebook : https://www.facebook.com/BankIslamFB/