Bajet 2022: Intipati Belanjawan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat

RANGKUMAN INTIPATI BELANJAWAN BAJET 2022

Pembentangan Belanjawan / Bajet 2022 oleh YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Kewangan akan dibuat pada hari Jumaat ini, 29 Oktober 2021, bermula jam 4.00 petang.

Bajet 2022 sedang dirangka berdasarkan senario negara yang sedang beralih ke fasa pemulihan daripada krisis pandemik dan mengikut keperluan utama.

bajet 2022

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz turut memberi jaminan program bantuan dan sokongan akan diteruskan untuk pemulihan daripada kesan jangka panjang pandemik terhadap kesihatan awam dan struktur ekonomi.

Antara Belanjawan 2021 yang telah diumumkan sebelum ini adalah :

dan banyak lagi.

Berikut dikongsikan serba sedikit tentang perangkaan Bajet 2022 dan antara bantuan yang menjadi perhatian dalam pembentangan nanti.

bajet 2022

Matlamat Bajet 2022

Antara bantuan yang menjadi perhatian dalam Bajet 2022 termasuklah perumahan mampu milik, elaun persekolahan serta rebat internet dan bil utiliti.

Kerajaan akan fokus pada 3M iaitu memulih kehidupan (recovery), membina semula daya tahan (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform).

  • Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian
  • Membina Semula Daya Ketahanan Negara
  • Memangkin Pembaharuan

Kerajaan juga dijangka memperuntukkan jumlah yang lebih tinggi untuk Bajet 2022 berbanding tahun 2021.

Bagi rakyat yang terjejas, jangan risau kerana kerajaan akan terus komited memberikan bantuan khusus serta berusaha memulihkan ekonomi negara.

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal melalui Belanjawan 2022 dan bantuan tunai ini ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelumnya agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.

Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:

KATEGORI 1

  • Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
  • Lebih 3 anak
  • Bantuan RM2000

KATEGORI 2

  • Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
  • 1-2 anak : Bantuan RM1500
  • Tiada anak: RM1,000

KATEGORI 3

  • Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
  • Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
  • Bantuan RM500

KATEGORI 4

  • Bantuan RM300 untuk warga emas

2. Kelayakan Pendapatan Penerima JKM Dinaikkan

Syarat Kelayakan Kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terkini, dinaikkan kepada RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.

Mereka yang mempunyai pendapatan di bawah jumlah RM1169 ini layak membuat permohonan bagi mendapat bantuan melalui 11 Skim Kebajikan JKM.

Rujuk cara permohonan online JKM: Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2021 (Online/Manual)

3. Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan kanak-kanak sebanyak RM150 dinaikkan daripada RM100 tahun lalu.

4. Diskaun PTPTN

Intipati bajet 2022 yang diumumkan juga antaranya mengembalikan diskaun bayaran balik PTPTN iaitu :

  • Diskaun 15% baki hutang penyelesaian penuh.
  • Diskaun 12% bayaran > 50% baki hutang dalam sekali bayaran.
  • Diskaun 10% bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual.

Diskaun ini akan mula diberikan mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Baca juga: Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini

5. Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar

Buat pertama kalinya bajet ini menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah KPM.

6. Bonus Penjawat Awam

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.

Selain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini.

Lain-lain Inisiatif & Bantuan

  • Pengedaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40
  • Kerajaan sediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia beri perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman KWSP dan Perkeso
  • Untuk meningkatkan wang dalam tangan bagi rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% ke 9% sehingga Jun 2022.
  • Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah.
  • RM11 juta Subsidi ujian mammogram dan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.
  • RM30 Juta turut diperuntukkan untuk memperluaskan i-Saraan dalam menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk persaraan, memanfaatkan 100,000 peserta.
  • RM300 juta bagi Program e-Start – Kredit RM150 one-off kedalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa di IPT
  • Subsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi keluarga B40
  • Syarikat berdaya maju tersenarai di Bursa Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 akan mendapat suntikan dana tambahan melalui sebuah SPV milik kerajaan dalam bentuk instrumen ekuiti atau instrumen lain yang berkaitan
  • Peruntukan khusus RM30 juta naik taraf infrastruktur bangunan kerajaan supaya mesra OKU
  • Kerajaan setuju tanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan motor kepada semua kenderaan persendrian dimiliki OKU
  • Pihak swasta diseru beri elaun sekurang-kurangnya RM900 atas khidmat pelajar jalani program latihan industri
intipati bajet 2022

Maklumat Lanjut Intipati Belanjawan Bajet 2022

Untuk maklumat terkini tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2022, sila rujuk:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!