eBelia PEMERKASA: Cara Penebusan Kredit RM150 eWallet

Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia RM150 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Bantuan terbaharu iaitu PEMERKASA yang mempunyai 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan pandemik COVID-19 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac 2021 yang lalu.

Antara yang diperuntukkan adalah Program eBelia yang bertujuan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di dalam negara.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program eBelia Wallet di bawah Program PEMERKASA.

Baca juga: Rujuk Cara Menebus Kredit RM150 Di Shopee

Apakah eBelia PEMERKASA?

Melalui Program eBelia sebelum ini, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz  melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM100 menerusi Program eBelia ini, di mana jumlah ini dinaikkan daripada RM50 pada awalnya.

Menerusi bantuan pakej PEMERKASA, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan kenaikan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.

Melalui program ini, diharapkan golongan belia akan membudayakan transaksi tanpa tunai dalam menjalankan urusniaga dan pembelian barangan.

ebelia pemerkasa

Syarat Kelayakan eBelia RM150

Berikut adalah kategori belia yang layak untuk membuat penebusan kredit eWallet:

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun
  • Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma / SKM4 ke atas)

Tarikh Penebusan eBelia Wallet RM150

Dalam pembentangan Pemerkasa tersebut, Perdana Menteri memaklumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai Jun 2021.

Cara Penebusan / Permohonan

Setiap belia yang layak boleh menebus RM150 e-Tunai menerusi program ini.

Penebusan boleh mula dibuat dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 seperti kaedah sebelum ini, dengan menggunakan aplikasi eWallet seperti:

  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • Grab Pay
  • BigPay

Baca juga: PEMERKASA: Semakan Bantuan RM500 Untuk B40 & Penerima BPR Mulai Jun 2021

Maklumat Lanjut

Berikut adalah kenyataan media terkini tentang cara penebusan dan tarikh tuntutan e-Tunai Belia yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia:

Maklumat lanjut mengenai eBelia PEMERKASA ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa.

Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain.

Soalan Lazim

Apakah itu program eBelia Pemerkasa?

Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Siapa yang layak memohon?

Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021.

Bagaimana untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!