Bacaan Rukuk & Cara Rukuk yang Afdhal
Dalam ibadah solat, rukuk juga adalah merupakan salah satu rukun solat yang wajib dilakukan dan solat yang ditunaikan tidak sah tanpa rukuk.
Seperti sujud, pensyariatan rukuk juga telah sabit di dalam al-Quran, hadis dan ianya juga adalah ijmak para ulama.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Pengertian Rukuk
Rukuk adalah perbuatan meletakkan kedua tapak tangan ke lutut sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°.
Di dalam solat, rukuk perlu dilakukan dengan tama’ninah, iaitu berhenti sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya.
BACA JUGA: Bacaan Ketika Sujud, Anggota Sujud & Doa Semasa Sujud
Syarat & Cara Rukuk yang Afdhal
1. Membongkokkan Badan Hingga Tangan Menyentuh Lutut
Semasa rukuk, badan perlu dibongkokkan sehingga belakang berada dalam keadaan 90 darjah dan tangan diletakkan di lutut dengan jari-jari merenggang.
Dalam hadits ‘Uqbah bin ‘Amr Al Anshori disebutkan,
فَلَمَّا رَكَعَ وَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى رُكْبَتَيْهِ
“Ketika ruku, ia meletakkan kedua tangannya pada lututnya.”
(HR. Abu Daud no. 863 dan An Nasai no. 1037. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan).
2. Jari Merenggang Memegang Lutut
Abu Humaid As Sa’idiy berkata mengenai cara solat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau berkata,
فَإِذَا رَكَعَ أَمْكَنَ كَفَّيْهِ مِنْ رُكْبَتَيْهِ وَفَرَّجَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ
“Jika ruku’, beliau meletakkan dua tangannya di lututnya dan merenggangkan jari-jemarinya.”
(HR. Abu Daud no. 731. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini shahih).
Dalam riwayat lainnya disebutkan,
ثُمَّ رَكَعَ فَوَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى رُكْبَتَيْهِ كَأَنَّهُ قَابِضٌ عَلَيْهِمَا
“Kemudian beliau ruku’ dan meletakkan kedua tangannya di lututnya seakan-akan beliau menggenggam kedua lututnya tersebut.”
(HR. Abu Daud no. 734, Tirmidzi no. 260 dan Ibnu Majah no. 863. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini shahih)
3. Belakang Lurus 90 darjah
Dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda,
لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى صَلَاةِ عَبْدٍ لَا يُقِيمُ فِيهَا صُلْبَهُ بَيْنَ رُكُوعِهَا وَسُجُودِهَا
Maksudnya: “Allah SWT tidak memandang kepada solat seorang hamba yang tidak meluruskan tulang belakangnya di antara rukuk dan sujudnya.”
(HR Imam Ahmad)
4. Kepala Sejajar dengan Belakang
Dari Wabishoh bin Ma’bad, ia berkata,
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُصَلِّى فَكَانَ إِذَا رَكَعَ سَوَّى ظَهْرَهُ حَتَّى لَوْ صُبَّ عَلَيْهِ الْمَاءُ لاَسْتَقَرَّ
“Aku pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam shalat. Ketika ruku’, punggungnya rata sampai-sampai jika air dituangkan di atas punggungnya, air itu akan tetap diam.“
(HR. Ibnu Majah no. 872. Juga diriwayatkan oleh Ath Thobroni dalam Al Kabir dan Ash Shoghir, begitu pula oleh ‘Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid Al Musnad).Trending sekarang
Selain itu, Abu Humaid As Sa’idiy berbicara mengenai cara ruku’ Rasulullah SAW;
لاَ يَصُبُّ رَأْسَهُ وَلاَ يُقْنِعُ مُعْتَدِلاً
“Ketika ruku’ Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak membuat kepalanya terlalu menunduk dan tidak terlalu mengangkat kepalanya (hingga lebih dari punggung), yang beliau lakukan adalah pertengahan.”
(HR. Ibnu Majah no. 1061 dan Abu Daud no. 730. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini shahih).
5. Disertai Tama’ninah
Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di bawah, ia menunjukkan bahwa tama’ninah merupakan kesempurnaan solat baik pada ruku’, i’tidal, sujud maupun duduk diantara dua sujud.
إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَكَبِّرْ ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنْ الْقُرْآنِ ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْدِلَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا وَافْعَلْ ذَلِكَ فِي صَلَاتِكَ كُلِّهَا
Maksudnya: Jika kamu hendak mengerjakan solat maka bertakbirlah, lalu bacalah ayat Al-Qur’an yang mudah bagi kamu. Kemudian rukuklah sampai benar-benar rukuk dengan tama’ninah , lalu bangkitlah (dari rukuk) hingga kamu berdiri tegak, setelah itu sujudlah sampai benar-benar sujud dengan tama’ninah , lalu angkat (kepalamu) untuk duduk sampai benar-benar duduk dengan tama’ninah , setelah itu sujudlah sampai benar-benar sujud. Kemudian lakukan seperti itu pada seluruh solatmu.
(HR Imam Bukhari).
Bacaan Ketika Rukuk dan Hukumnya
سُبْحَانَ رَبِّي الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, dan segala puji-pujianNya (Dibaca tiga kali)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا رَكَعَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَذَلِكَ أَدْنَاهُ وَإِذَا سَجَدَ فَلْيَقُلْ سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى ثَلاَثًا وَذَلِكَ أَدْنَاهُ
Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kamu rukuk maka ucapkanlah tiga kali ‘سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ’ dan itulah sekurang-kurang ucapannya. Jika dia sujud maka ucaplah ‘سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى’ sebanyak tiga kali dan itulah sekurang-kurang ucapannya.”
Bacaan Lain yang Boleh Dibaca Semasa Rukuk
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى.
(HR. Bukhari no. 817 dan Muslim no. 484)
سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوحِ
Maksudnya: Maha Suci, Maha Kudus, Rabbnya para malaikat dan ruh.
(HR. Muslim no. 487).
Penjelasan Hukum
Mengikut mazhab Syafie, bacaan ketika rukuk adalah sunat hai’ah. Tidak terbatal solat apabila tidak membaca bacaan ketika sujud keranan ia bukan rukun solat atau fardu yang menyebabkan solat seseorang itu tidak sah jika ditinggalkan tetapi makruh jika ditinggalkan secara sengaja.
Hukum meninggalkan sunat hai’ah tidaklah berdosa dan tidaklah menyebabkan seseorang itu perlu menampungnya dengan sujud sahwi, seperti halnya pada meninggalkan sunat ab`adh.
Adakah Perlu Melihat Tempat Sujud Semasa Rukuk? – Mufti WP
Berdasarkan penjelasan dalam laman sesawang Mufti WP, menurut pandangan muktamad di sisi para ulama mazhab Syafie, seseorang itu disunatkan untuk melihat ke tempat sujud dalam semua keadaan ketika solat.
Namun ada pandangan lain dalam mazhab Syafie yang menyatakan sunat melihat ke arah bahagian atas kaki ketika rukuk.
Hal ini kerana memanjangkan pandangan boleh mengganggu fokus ketika solat, dan jika dia memendekkan pandangan (yakni sekadar kaki ketika rukuk, bukannya ke tempat sujud), itu adalah lebih membantu untuk khusyuk.
Sumber:
- AL-KAFI #1540 : HUKUM MEMBACA BACAAN RUKUK KETIKA SUJUD ATAU SEBALIKNYA – Mufti WP
- AL-KAFI #1892: KE ARAH MANA PANDANGAN SESEORANG KETIKA RUKUK, KE TEMPAT SUJUD ATAU KAKI? – Mufti WP
- IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 578: STATUS ZIKIR KETIKA RUKUK, SUJUD DAN SUJUD SAHWI – Mufti WP
- Sifat Shalat Nabi (6): Cara Rukuk – Rumaysho.com