Biodata Aqil Zulkiflee, YouTuber Konten Kanak-Kanak Terkenal

Bila sebut tentang Aqil Zulkiflee, pasti ramai kanak-kanak dan remaja cukup kenal dengan pempengaruh media sosial yang satu ini.

Pemuda berumur 28 tahun itu mempunyai aura dan peribadi yang cukup dekat dengan jiwa peminat anak-anak sehingga beliau memiliki jutaan pengikut di media sosial.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Aqil Zulkiflee.

Baca juga:

Latar Belakang

Aqil Zulkiflee
(Kredit: IG @aqilzulkiflee)
NamaAhmad Aqil bin Zulkiflee
Nama PanggilanAqil, Aqil Zulkiflee
Tarikh Lahir19 Januari 1996
Tempat LahirMelaka
PendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)
PekerjaanPersonaliti media sosial, Youtuber, Usahawan
Akaun Media SosialInstagram @aqilzulkiflee
Facebook @aqilzulkiflee96
X @aqilzulkiflee
TikTok @aqilzulkiflee
YouTube @AqilZulkiflee

Kehidupan Peribadi

Aqil Zulkiflee merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik. Bapanya bernama Zulkiflee Ramli manakala ibunya pula Nurzalilah Abu Bakar.

Beliau berasal bukan dari keluarga yang mewah, namun kerana minatnya dalam mencipta konten menarik di YouTube tela memberi peluang untuk dia menyara kehidupan keluarganya sebagai tanda penghargaan dan rasa terima kasih kepada ibu bapanya.

Melalui kerjaya di YouTube itulah, Aqil berjaya mengumpul pendapatan sendiri seperti memberi rumah, dan kereta yang menjadi idamannya.

Salah seorang adik Aqil juga terlibat sebagai pempengaruh di media sosial iaitu Ahmad Akid atau nama popularnya Akiddos.

Aqil Zulkiflee mendapat pendidikan di peringkat ijazah dari Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

(Kredit: IG @aqilzulkiflee)

Baru-baru ini, personaliti media sosial dan YouTuber terkenal ini telah selamat mendirikan rumah tangga dengan rakan baiknya sendiri iaitu, Nur Iliyaa Jasmina Roslan.

Menerusi perkongsian dalam TikTok Faridismproduction, Aqil telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100 kepada pengantin perempuan.

Beliau juga sempat memuat naik video sewaktu dalam perjalanan menuju pernikahan dengan kapsyen ringkas “Bismillah” sebelum bergelar seorang suami.

Sebelum ini berita berkenaan pertunangannya bersama seorang gadis tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai. Namun ketika itu, tiada siapa yang tahu siapakah bakal isterinya kerana beliau menutup wajah gadis tersebut untuk menjaga privasi daripada diganggu.

Gambar Kahwin Aqil Zulkiflee dan Isteri

Video Akad Nikah
Video Teaser Perkahwinan Aqil & Isteri
Aqil Zulkiflee
Gambar Pertunangan Aqil & Pasangan (Kredit: IG @Aqiliya79)
Aqil Zulkiflee
Gambar Perkahwinan Aqil & Isteri (Kredit: IG @aqilzulkiflee)
Aqil Zulkiflee
(Kredit: IG @aqilzulkiflee)
Aqil Zulkiflee
(Kredit: IG @aqilzulkiflee)
Aqil Zulkiflee
(Kredit: IG @aqilzulkiflee)
Aqil Zulkiflee
(Kredit: IG @aqilzulkiflee)
(Kredit: IG @aqilzulkiflee)

Kerjaya & Profesional

Aqil Zulkiflee adalah seorang YouTuber Malaysia yang berjaya. Beliau sangat sinonim dalam menghasilkan konten yang begitu dekat dengan jiwa kanak-kanak sehingga tidak hairanlah ramai pengikut dan peminatnya dari kalangan kanak-kanak dan remaja.

Aqil juga mengusahakan bisnes Corndog Aqilicious dan Aqilicious Cereal. Kedua-dua produk keluarannya ini mendapat ramai permintaan dan mempunyai tarikan yang tersendiri khususnya kepada kanak-kanak.

Pencapaian Aqil Zulkiflee

Aqil Zulkiflee pernah mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi trofi Fav Asian Creator pada acara berprestij Nickelodeon Kid’s Choice Awards (KCA) 2023.

Kemenangan ini juga membuktikan yang beliau telah mengalahkan YouTuber terkenal lain seperti Gen Halilintar dari Indonesia, Hikakin dari Jepun and Niana Guerrero dari Filipina.

Selain itu, Aqil juga pernah memenangi trofi dalam kategori YouTuber Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke 34, sekaligus menewaskan empat calon Top 5 lain seperti Alieff Irfan, Azfar Heri, Che Nom, dan CikiDot Channel.

Akaun YouTuber beliau juga telah mendapat pengiktirafan Silver Play Button dan Gold Play Button dengan subscriber seramai 2.2 juta pengikut.

(Kredit: IG @aqilzulkiflee)
(Kredit: IG @aqilzulkiflee)

Fakta Menarik Mengenai Aqil Zulkiflee

  • Aqil Zulkiflee mempunyai pengikut di Intagram sebanyak 1.3 juta pengikut, di TikTok sebanyak 2 juta pengikut, dan di YouTube sebanyak 2.2 juta subscriber.
  • Beliau mula mula aktif di YouTube sejak PKP 1.0
  • Beliau juga mempunyai dua saluran YouTube iaitu Aqil Zulkiflee Gaming & Aqil Zulkiflee Shorts.
  • Beliau memiliki sebuah kafe di Pasir Gudang, Johor.

Tahniah Aqil Zulkiflee! Semoga kejayaan anda terus menjadi inspirasi kepada semua anak muda di luar sana.

Sumber:

  1. Instagram @aqilzulkiflee
  2. Local YouTuber Aqil Zulkiflee Wins Nickelodeon’s Kid’s Choice Award For Favourite Asian Creator! World of Buzz
Bantu kami share artikel ini: