Amirul Arif Mohd Yunos – Kes Pedofilia Warga Malaysia Di UK

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kes pedofilia yang dilakukan oleh seorang rakyat Malaysia, Dr Amirul Arif Mohd Yunos yang juga merupakan adik kepada seorang doktor selebriti Malaysia.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda butiran lanjut mengenai kronologi kes, tangkapan, dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Baca juga:

Siapa Dr Amirul Arif Mohd Yunos?

Dr. Amirul Arif Mohd Yunos, seorang pakar psikiatri kanak-kanak berusia 38 tahun, berasal dari Malaysia dan menetap di Hollystown, Dublin 15, Ireland.

Beliau berkhidmat di Pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja (CAMHS) di Clonskeagh, Dublin.

Kronologi Kes Amirul Arif

Berikut adalah kronologi ringkas kes Dr Amirul Arif Mohd Yunos:

1. Awal Perkenalan dengan Mangsa

Dr. Amirul Arif dikenali oleh ibu bapa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang mengalami masalah kesihatan mental. Atas permintaan mereka, Dr. Amirul mula berinteraksi dengan remaja tersebut secara tidak formal untuk membantu menangani isu-isu. kesihatannya.

2. Permulaan Salah Laku

Interaksi awal yang bertujuan untuk membantu mangsa secara beransur-ansur berubah menjadi hubungan yang tidak profesional. Dr. Amirul mula melakukan sentuhan yang tidak sesuai, yang kemudian meningkat kepada perbuatan seksual yang lebih serius.

Lagi menjijikkan, Amirul menggunakan istilah “pelajaran biologi” untuk melakukan hal berkenaan. Dia turut menghantar bahan pornografi ganas kepada mangsa sebagai “alat kajian” untuk sesi mereka berdua pada masa akan datang.

3. Pendedahan dan Tindakan Undang-Undang

Susulan itu, siasatan dijalankan, dan Dr. Amirul ditahan pada Oktober 2023. Beliau mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan perbuatan seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 17 tahun, satu pertuduhan eksploitasi seksual kanak-kanak, dan satu pertuduhan bertemu kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi seksual.

Perbicaraan dan Hukuman

Semasa perbicaraan di Makhamah Jenayah Daerah Dublin, mangsa, yang kini berusia 17 tahun, memberikan kenyataan impak yang menyatakan penderaan tersebut meninggalkan “trauma yang menyakitkan dan serius”.

Hakim Orla Crowe menekankan bahawa Dr. Amirul telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan oleh keluarga mangsa dan sepatutnya, sebagai seorang profesional, menyedari kesan trauma yang boleh ditimbulkan oleh tindakannya. Pada Disember 2024, Dr. Amirul dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun enam bulan, yang bermula dari tarikh penahanannya.

Namun begitu, Amirul tidak didakwa atas jenayah rogol, memandangkan dengan pengurangan hukuman automatik 25%, dia dijangka dibebaskan dalam kurang lima tahun selepas menjalani 14 bulan penahanan sebelum dihantar pulang ke Malaysia.

Ibu bapa gadis itu melahirkan rasa marah mereka terhadap kelonggaran hukuman itu dan menimbulkan kebimbangan mengenai kanak-kanak lain yang terdedah yang mungkin berisiko semasa Amirul berkhidmat di CAMHS.

“Kami benar-benar bimbang dia bukan satu-satunya mangsanya,” ibunya menekankan.

Kredit: The Irish Independent

Tawaran €2K Untuk Keluarga Mangsa

Menurut laporan dari The Irish Independent, sebelum hukuman dijatuhkan, pasukan peguam Dr Amirul menawarkan pampasan sebanyak €2,000 (RM9,320.40) kepada keluarga mangsa, namun tawaran itu ditolak dan dianggap sebagai ‘penghinaan besar’.

Amirul Arif

Keterangan dan Laporan Ahli Keluarga Amirul Arif

Keluarga Dr Amirul Arif, termasuk isterinya, kakaknya, bapanya, serta mentuanya di Malaysia, memberikan keterangan menyokongnya semasa perbicaraan. Ibunya turut hadir dari Malaysia untuk memberi sokongan.

Namun, ibu mangsa menyatakan rasa jijik terhadap keluarga tersebut dan individu lain yang memberikan keterangan positif mengenai watak Dr Amirul, mempersoalkan toleransi mereka terhadap jenayah serius yang dilakukan terhadap anaknya.

“Dia berasal daripada keluarga berpengaruh di Malaysia. Kami merasa jijik terhadap keluarganya dan orang lain yang memberikan keterangan mengenai wataknya yang baik.”

“Sangat menakutkan memikirkan sejauh mana toleransi mereka terhadap jenayah sadis seperti ini terhadap seorang kanak-kanak.”

Kesan Kepada Mangsa

Kesan psikologi yang menimpa gadis ini amat dahsyat. Mangsa cuba membunuh diri tiga kali dalam satu minggu.

Ibu mangsa juga turut menerangkan bagaimana penderaan tersebut telah mengubah anak gadisnya itu yang dulunya cerdas dan berprestasi tinggi kepada seseorang yang bergelut dengan masalah mental yang teruk.

Amirul Arif

Reaksi Netizen Malaysia

Difahamkan bahawa Dr Amirul ialah abang kepada pempengaruh media sosial dan doktor unit rawatan rapi, Dr Halina Mohd Yunos, yang merupakan isteri kepada angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muszhapar Shukor.

Berikutan kes ini, netizen meluahkan kekecewaan dan mengkritik Dr. Halina, mendakwa beliau terlibat dalam memberikan testimoni serta menulis surat sokongan untuk adiknya dalam kes tersebut.

Sumber:

  1. The Irish Independent
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut