Al-Inarah: Aplikasi Soal Jawab Agama (Percuma Muat Turun)

Selari dengan kemajuan teknologi, aplikasi Al-Inarah telah dilancarkan bagi memudahkan orang ramai menyemak persoalan-persoalan ringkas agama Islam terus melalui telefon bimbit mereka.

Sebagai orang awam, ada kalanya kita menghadapi kemusykilan tentang hukum fekah dan beberapa persoalan agama dan cara terbaik untuk mendapatkan jawapan adalah dengan merujuk dengan orang yang lebih berilmu dan pakar dalam agama Islam.

Menyedari keperluan itu, satu aplikasi untuk soal jawab mengenai ajaran dan fahaman Islam dibangunkan bagi memudahkan orang awam.

Aplikasi Al-Inarah

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memaklumkan beliau memperkenalkan satu aplikasi pintar pertama Malaysia dikenali sebagai Al-Inarah.

Secara ringkasnya, Al-Inarah merupakan aplikasi peranti pintar pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat soal jawab kemusykilan agama yang dikendalikan oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sendiri.

Aplikasi itu menghimpunkan lebih 4,000 artikel kemusykilan agama, meliputi 75 kategori dan akan dikemaskini setiap hari.

Menariknya, Al-Inarah merupakan aplikasi peranti pintar pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat soal jawab kemusykilan agama.

Selain soal jawab agama, aplikasi ini turut menyediakan akses kepada pelbagai ebuku percuma melibatkan agama dan kehidupan harian.

Artikel berkaitan: Bacaan Dalam Solat & Makna Bahasa Melayu

Muat turun percuma

Buat masa ini, Al-Inarah boleh dimuat turun oleh pengguna sistem operasi Android dan iOS secara percuma.

Sila klik salah satu pautan muat turun di bawah untuk memuat turun aplikasi ini secara percuma terus ke peranti mudah-alih anda.

Anda juga dialu-alukan untuk berkongsi sebarang cadangan bagi penambahbaikan aplikasi Al-Inarah ini.

Selain itu, sekiranya anda ingin menyumbang untuk pembangunan aplikasi ini anda boleh berbuat demikian terus melalui laman web Dr. Zulkifli di alamat https://bukudrzulkifli.com/alinarah/.

Dengan kemudahan yang ditawarkan ini bermakna masyarakat awam akan lebih cakna dengan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam mengimplimentasikan ajaran Islam yang sebenar. 

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!