Permohonan Baru & Kemaskini Amaun Pengeluaran i-Sinar (8 Mac 2021)

Mulai 8 Mac 2021, ahli KWSP yang berminat untuk mengeluarkan simpanan akaun 1 anda boleh berbuat demikian melalui permohonan baru i-Sinar.

Bagi ahli yang sudah membuat permohonan sebelum ini dan berminat untuk tukar amaun pengeluaran, anda boleh kemaskini permohonan sedia ada dengan membuat pindaan amaun yang dibenarkan.

Namun pindaan hanya dibenarkan satu kali sahaja.

Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah kekal seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Contohnya:

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Permohonan Baru

Permohonan baru boleh dibuat melalui portal rasmi iSinar Online mulai 8 Mac 2021.

Status kelulusan akan diumumkan selepas 5 hari waktu bekerja.

Permohonan baru hanya untuk ahli yang belum membuat permohonan sahaja.

Ahli yang memohon sebelum ini hanya boleh mengemaskini / meminda amaun pengeluaran sahaja.

Kemaskini Amaun Pengeluaran i-Sinar

KWSP dalam pemberitahuan di laman sosial berkata, kemaskini terkini sistem i-Sinar juga membolehkan ahli yang tidak memilih jumlah pengeluaran dengan betul semasa permohonan terdahulu, melakukan pembetulan.

“Jika ahli tersalah meletakkan jumlah had pengeluaran semasa permohonan asal dibuat atau jumlah yang dipilih bukan had kelayakan maksimum, anda boleh membuat pindaan hanya satu kali di i-Sinar Online.

Caranya:

  1. Layari portal i-Sinar ( iSinar.kwsp.gov.my ) dan klik ‘Semak Status Permohonan’
  2. Masukkan No. IC dan No. telefon yang telah didaftarkan
  3. Paparan status ‘Permohonan Sedang Diproses’ akan ditunjukkan, klik ‘Kemas Kini Dan Muat Naik Dokumen’
  4. Isikan semula amaun pilihan yang baharu
  5. Kemaskini Maklumat Pemohon seperti No Akaun Bank sekiranya ada perubahan
  6. Muat Naik Dokumen Sokongan di Maklumat Pengurangan Pendapatan dan klik ‘Teruskan’
  7. Sahkan permohonan dengan melihat semula maklumat yang dinyatakan di ruang pengesahan permohonan dan klik Hantar

“Ahli boleh meminda jumlah permohonan pengeluaran namun, ia tertakluk kepada jumlah maksimum kelayakan ketika permohonan asal dibuat.

“Tetapi jika ahli sudah memohon jumlah kelayakan maksimum ketika permohonan asal dibuat, tiada lagi pindaan boleh dilakukan,” kata kenyataan itu.

Siapa Yang Tidak Layak Memohon iSinar

Hanya dua kategori ahli KWSP yang tidak layak memohon pengeluaran iSinar iaitu:

  • Baki Akaun 1 kurang dari RM150
  • Ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas

Bagi ahli berumur 55 tahun dan ke atas, mereka boleh mengeluarkan apa-apa amaun di bawah Pengeluaran Umur 55 Tahun.

Bantu kami share artikel ini: