Ubat Sakit Gigi Yang Berkesan & Petua Hilangkan Sakit

Seksanya orang yang kena sakit gigi ni, lagi-lagi kalau tengah malam. Sementara nak tunggu klinik gigi buka esok, macam mana nak hilangkan rasa sakit tu? Ada tak ubat sakit gigi yang boleh dibeli di farmasi atau kedai runcit?

Di sini kami ingin kongsikan beberapa jenis ubat sakit gigi yang anda boleh dapatkan tanpa preskripsi dan kaedah untuk meredakan sakit gigi dari rumah.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Punca Kerosakan Gigi / Kesakitan Yang Dialami

Sebelum kita ketahui apa contoh ubat untuk redakan sakit gigi, penting untuk kita ketahui dulu apakah puncanya.

1. Kaviti / Kerosakan Gigi

Bakteria di dalam mulut akibat makanan termasuk yang mengandungi gula boleh menyebabkan pembentukan asid dan seterusnya menyerang enamel gigi.

Lama-kelamaan serangan asid ini boleh menyebabkan kaviti atau kerosakan gigi.   

2. Jangkitan Dalam Mulut

Sekiranya anda mengalami sakit yang berdenyut pada tempoh yang lama, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan atau abses (nanah akibat jangkitan bakteria) pada gigi atau gusi.

3. Penyakit Gusi

Berdasarkan Journal of Dental Research, kira-kira separuh daripada orang dewasa berumur 30 tahun ke atas akan cenderung untuk mengalami penyakit gusi.

Sekiranya tidak dicegah dari awal (gingivitis), ia boleh menjadi lebih teruk (periodontitis).

Kedua-dua penyakit gusi ini boleh mengakibatkan sakit gigi dan periodontitis pula boleh mengakibatkan gigi longgar atau tercabut.

4. Keretakan Gigi

Disebabkan tekanan seperti tabiat menggesel gigi, mengunyah atau menggigit makan yang keras, gigi anda boleh menjadi retak dan seterusnya mengakibatkan sakit gigi.

3 Jenis Ubat Sakit Gigi Tanpa Preskripsi

Bergantung kepada simptom, ubat sakit gigi tanpa preskripsi boleh membantu meredakan sakit gigi sementara anda mendapatkan rawatan daripada doktor. Antara ubat-ubatan yang anda boleh dapati adalah :

1. Benzocaine

ubat sakit gigi

Ubat anestetik topikal ini akan menyebabkan rasa kebas dan mengurangkan sakit gigi atau gusi apabila disapu ke kawasan bermasalah. Namun, ia tidak disyorkan untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah.

2. Asetaminofen

Asetaminofen adalah ubat penghilang rasa sakit yang anda boleh ambil sebelum anda mendapatkan diagnosis serta rawatan daripada doktor.

Meskipun begitu, ia tidak dapat merawat keradangan. Jika anda mengalami simptom seperti kemerahan, bengkak dan sensasi panas, anda perulah mengambil ubat antiradang bukan steriod (NSAID).

3. NSAID

Ubat antiradang seperti aspirin, naproksen dan ibuprofen dapat membantu anda mengatas rasa sakit yang mencucuk akibat kaviti.

Pada masa yang sama, ubat ini juga dapat membantu anda mengurangkan simptom keradangan akibat penyakit gusi, gigi bernanah dan sinusitis.

Namun, anda harus ingat bahawa NSAID tidak boleh diambil lebih daripada 10 hari tanpa preskripsi daripada doktor.

ubat sakit gigi

4. Ubat Tradisional

Ubat titis gigi Hurix juga antara yang banyak tersedia di kedai runcit seperti 7 Eleven.

Ia diformulasikan daripada minyak cengkih dan dalam paketnya terdapat cotton bud untuk memudahkan anda menggunakan minyak ini pada tempat yang sakit.

Petua & Tips Yang Boleh Dicuba

Selain pengambilan ubat, anda juga boleh cuba atasi masalah sakit gigi dengan rawatan dari rumah.

1. Berkumur Dengan Air Garam

Air garam terkenal dengan sifat antiseptik semulajadi. Ia sering digunakan untuk meredakan kesakitan, melawan bakteria dalam mulut dan mengurangkan keradangan.

Apa yang anda perlu lakukan adalah tambahkan dua sudu kecil garam ke dalam secawan air suam. Kumurlah dengan air garam tadi dan ludahkan keluar.

ubat sakit gigi

2. Berkumur Dengan Hidrogen Peroksida

Selain air garam, anda juga boleh cuba kumuran hidrogen peroksida bagi mengatasi rasa sakit serta bengkak dalam mulut.

Di samping itu, ia juga boleh membunuh bakteria, memulihkan gusi berdarah serta mengurangkan pembentukan plak.

Cara untuk menyediakan larutan adalah gunakan 3 peratus hidrogen peroksida dan campurkan dengan jumlah air yang sama.

Kumur mulut dengan larutan tadi tetap jangan ditelan.

3. Minyak Bunga Cengkih

Cengkih telah digunakan secara tradisional bagi mengatasi masalah sakit gigi. Anda boleh gunakan minyak bunga cengkih bagi memberikan kelegaan sementara untuk sakit gigi berlubang.

Caranya ialah dengan meletakkan dua atau tiga titis minyak bunga cengkih pada tisu bersih, putik kapas atau bebola kapas.

Kemudian, letakkan kapas tadi pada bahagian kaviti dan biarkan sehingga rasa sakit berkurang.

Sekiranya minyak bunga cengkih tulen terlalu kuat, anda boleh cairkannya menggunakan minyak zaitun.

4. Berkumur Dengan Mouthwash

Anda juga boleh berkumur dengan mouthwash seperti Listerine. Tahan sekejap sengal tu dan pastu ulang lagi sampai 3 kali dan rehat.

5. Guna Esen Vanila

Satu lagi petua yang agak popular ialah menggunakan esen vanila. Guna cotton bud untuk ambil esen tu dan gigit.

Atau boleh juga terus titiskan 2-3 titis pada bahagian gigi yang sakit.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan kelegaan sementara sehinggalah anda dapat berjumpa dengan pakar gigi.

Semasa janji temu, doktor akan memberikan diagnosis yang lebih tepat bagi mengatasi masalah yang anda hadapi.

Sumber : Colgate

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!