Semakan Keputusan SVM 2024 (Sijil Vokasional Malaysia)

SEMAKAN & PENGUMUMAN PENGELUARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) TAHUN 2024

INFO:

Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4

Sesi 2/2023 akan dikeluarkan pada 4 Julai 2024 (Khamis).

Calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan SVM Semester 4 Sesi 2/2023 daripada kolej masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Calon juga boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian mulai pukul 10.00 pagi pada 4 Julai 2024 (Khamis) sehingga pukul 6.00 petang pada 10 Julai 2024 (Rabu).

Semua calon yang terlibat boleh mendapatkan keputusan peperiksaan daripada pihak KV masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh berkenaan.

Berikut dikongsikan kenyataan media KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia berhubung butiran lanjut semakan keputusan SVM semester terkini.

semakan svm

Tarikh Keputusan SVM 2024 & Pautan Semakan

Pemberitahuan Semakan Keputusan Peperiksaan

Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Calon boleh mendapatkan keputusan secara atas talian melalui url : myresultsvm.moe.gov.my

Keputusan Peperiksaan akan dikeluarkan seperti butiran berikut :

  • Semester 2 SVM (Kohort 2023) : 27 Jun 2024 mulai 10 pagi
  • Semester 4 SVM (Kohort 2024) : 4 Julai 2024 mulai 10 pagi

Cara Semakan Keputusan SVM 2024

Calon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian di pautan
https://myresultsvm.moe.gov.my mulai 4 Julai 2024, bermula jam 10.00 pagi.

Laman ini membenarkan anda untuk membuat semakan keputusan secara dalam talian dengan mudah.

Sila buat pilihan peperiksaan semester pelajar untuk mula membuat semakan keputusan.

Slip keputusan peperiksaan bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) juga boleh diperoleh dari kolej vokasional / sekolah masing-masing mulai.

Bagi sebarang pertanyaan, sila rujuk talian berikut : 013-362 5452 atau 013-390 7879

Rujuk Facebook rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk info terkini.

Info Kelayakan SPA Menggunakan Keputusan SVM

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

Terdapat banyak pertanyaan daripada calon mengenai “tidak melepasi tapisan” walaupun hanya memohon jawatan yang memerlukan kelayakan SPM atau SVM sahaja.

SPA kenal pasti terdapat sebahagian besar calon yang memohon tidak jelas berkenaan syarat kelayakan minimum yang dinyatakan dalam iklan pengambilan SPA walaupun jawatan itu hanya mensyaratkan kelayakan di peringkat SPM/SVM.

Apakah maksud kelayakan minimum bagi SPM/SVM ini bagi membolehkan anda dilantik ke perkhidmatan awam?

Rujuk poster hebahan ini sebagai panduan dan rujukan.
Semoga dapat membantu!

Keputusan svm
Keputusan svm

MQA mengguna pakai penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut:

  • Kepujian Bahasa Melayu 1104;
  • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
  • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan
  • Kompeten semua modul vokasional.

Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM.

Sehubungan itu, SVM bukanlah suatu kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3 MQF).

Apakah PASM?

Pentaksiran Alternatif dalam PASM boleh ditakrifkan sebagai mana-mana kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional yang mana menggunakan ujian pensil-kertas

APLIKASI PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH
https://mypasm.moe.gov.my/mypasm/login

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: