Advertisements

Pendaftaran Sukarelawan SUKMA XX & PARA SUKMA XX MSN 2022

Advertisements

Jom daftar sebagai sukarelawan SUKMA XX dan PARA SUKMA XX MSN 2022!

Pendaftaran dibuka mulai 1 Julai sehingga 15 Julai 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skop kerja dan tugasan bagi sukarelawan SUKMA 2022.

sukarelawan sukma 2022

Apakah Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022?

Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 adalah satu landasan untuk rakyat Malaysia turut serta dan memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan Malaysia dan Para SUKMA ini, iaitu temasya dwi-tahunan yang mempunyai pelbagai acara sukan dan melibatkan 14 kontinjen seluruh negara.

Program ini adalah di bawah seliaan Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

Apakah yang diperlukan daripada saya sebagai seorang sukarelawan?

Sumbangan anda sebagai seorang sukarelawan adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan sukan ini. Sebagai seorang sukarelawan, anda adalah tulang belakang temasya ini.

Oleh itu, anda diperlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi, disiplin, integriti dan ikhlas.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Maka pihak MSN memerlukan anda untuk sentiasa mengamalkan nilai kesopanan, bantu-membantu dan memberikan yang terbaik kepada tetamu negara.

Apakah peranan dan tanggungjawab saya sebagai sukarelawan? Dalam bidang apakah saya boleh menawarkan sumbangan saya?

Pertamanya, setiap sukarelawan akan bertugas dalam salah satu dari 9 bidang tugas seperti yang dinyatakan di bawah.

Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 menjangkakan untuk mengambil seramai 700 sukarelawan on-field di bawah program ini.

Apabila ditugaskan nanti, setiap sukarelawan akan dipertanggungjawabkan dengan tugasan mengikut ketetapan yang diberikan.

Tugas-Tugas Am Sukarelawan SUKMA 2022

  • Anti Doping
  • Teknologi Mak;lumat & Komunikasi
  • Pengangkutan
  • Media
  • Kesihatan Dan Perubatan
  • Sajian
  • Penginapan
  • Persiapan Venue

Tarikh SUKMA XX 2022

16 September 2022 – 24 September 2022

Tarikh PARA SUKMA XX 2022

01 November 2022 – 06 November 2022

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Rujuk perincian bidang tugas di SINI.

Baca TERMA & SYARAT di SINI.

Advertisements

Scan QR code di bawah untuk terma, syarat dan borang pendaftaran.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari pautan rasmi https://portal.sukarelawanmsn2022.my/

Leave a Comment