Selain mengenali warna dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, warna dalam bahasa Arab juga boleh diketahui oleh murid.
Untuk pembelajaran Bahasa Arab, murid mestilah mengetahui setiap warna dalam bahasa ini sebagai asas pembelajaran.
Mengenai Warna
Warna merupakan sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang atau juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar.
Hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi.
Warna juga boleh didapati di mana sahaja seperti keindahan alam sekitar yang mempunyai persekitaran yang warna warni serta menarik.
Warna Asas
Warna asas dikenali sebagai warna utama kerana warna ini wujud daripada pigmen yang asli dan tidak dicampur dengan warna-warna lain.
Secara umumnya, terdapat 3 warna asas iaitu:
- Biru
- Kuning
- Merah
Melalui ketiga-tiga warna tersebut, lain-lain warna akan muncul dapat dihasilkan setelah dicampur.
Senarai Warna
Secara umumnya, terdapat pelbagai warna yang wujud dalam kehidupan manusia antaranya:
- Merah
- Biru
- Kuning
- Hijau
- Putih
- Hitam
- Coklat
- Ungu
- Pink
- Kelabu
- Oren
- Emas
Warna Dalam Bahasa Arab
Berikut adalah senarai warna yang terkandung di dalam bahasa ini:
i) Merah – أَحْمَر
ii) Biru – أَزْرَق
iii) Kuning – ُأَصْفَر
iv) Hijau – أَخْضَر
v) Putih – أَبْيَض
vi) Hitam – ُأَسْوَد
vii) Coklat – أسْمَر
viii) Ungu – بَنَفْسَجِيٌّ
ix) Pink – وَرْدِي
x) Kelabu – رَمَادِيّ
xi) Oren – بُرْتُقَالِيٌّ
xii) Emas – ذهبي
Info Selanjutnya
Untuk mengetahui info selanjutnya mengenai pembelajaran ini, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=D1G-LSDl-M8
Baca juga: Senarai Anggota Badan Dalam Bahasa Arab