Warna Biru – Contoh Rona Baby Blue, Turqoise, Gelap, Terang

warna biru
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Warna biru merupakan warna yang popular dan sering dijadikan pilihan bagi mereka yang menginginkan ketenangan.

Warna ini mempunyai pelbagai jenis sama ada bersifat gelap mahupun terang atau lembut.

Maksud Warna Biru

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, warna biru ditakrifkan sebagai warna seperti warna langit (ketika hari terang) atau laut.

Ini juga membawa maksud biru tersebut:

  • Biru langit seperti warna langit
  • Biru laut seperti warna laut
  • Biru lebam seperti biru gelap
  • Biru merak wama biru kehijauan yang terang
  • Biru muda seperti biru keputih-putihan
  • Biru nila seperti biru tua keunguan
  • Biru tua seperti biru gelap

Perlambangan Warna Biru

Warna ini sering dikaitkan dengan perlambangan berikut:

  • Dikaitkan dengan warna korporat kerana memberi kesan profesional dan kepercayaan
  • Dapat merangsang pemikiran positif
  • Kepercayaan
  • Kesetiaan
  • Kedamaian
  • Ketenangan
  • Perpaduan

Jenis Warna Biru

Antara jenis-jenis warna ini adalah seperti berikut:

1- Midnight Blue

Warna ini ialah warna terang yang kelihatan menakjubkan apabila digunakan pada warna asas gelap atau terang.

Warna ini dikaitan dengan elegan kewibawaan, bangsawan dan kestabilan selain sesuai dipadankan dengan hijau zaitun dan kuning.

2- Navy Blue

Navy Blue adalah warna yang elegan dan tenang, dengan campuran sedikit warna ungu.

Dalam psikologi warna, warna ini dipercayai dapat meningkatkan kejelasan dan tumpuan mental kerana warna ini dianggap sebagai warna kecerdasan, kebijaksanaan, dan kekuatan.

Warna ini juga mempunyai kesan menenangkan yang boleh membantu memfokuskan minda, mengurangkan tekanan dan meningkatkan produktiviti.

3- Royal Blue

Warna ini sering dikaitkan dengan bangsawan British yang digunakan untuk pakaian raja, permaisuri dan ahli kerabat diraja.

Biru ini memperlihatkan empati, kebolehpercayaan dan kuasa.

4- Misty Blue

Warna ini melambangkan ketenangan dan keanggunan kerana warnanya yang lembut dan tenang menambah kesan menenangkan.

Warna yang tenang juga membuatkan ia selesa pada mata apabila memandangnya.

5- Sky Blue

Sky Blue ialah warna yang digabungkan antara biru lembut dan putih.

Warna ini dianggap sebagai warna ketenangan, seperti melihat langit tanpa awan.

6- Baby Blue

Warna ini terkenal dengan warna yang menenangkan dan boleh meningkatkan perasaan tenang dan meningkatkan keyakinan diri.

Oleh kerana itulah warna ini sering digunakan di hospital dan spa untuk mewujudkan suasana yang menenangkan.

7- Biru Turquoise

Warna ini sering melambangkan ketenangan, perlindungan, kebijaksanaan, dan keseimbangan emosional. 

Warna ini merupakan gabungan antara biru dan hijau juga sering dikaitkan dengan kebebasan, kreativiti, dan komunikasi yang efektif.

8- Tiffany Blue

Tiffany Blue adalah warna biru muda yang cerah yang mempunyai sedikit kehijauan. 

Warna ini popular disebabkan menjadi warna utama bagi syarikat perhiasan Tiffany & Co.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai warna biru, sila klik pautan https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2020/08/608118/biru-paling-banyak-keseronokan

Baca juga: Warna Nude: Maksud, Contoh Gambar Variasi, & Jenis

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut