Lihat dan semak Waktu Solat Pulau Pinang bagi tahu 2023 / 1445 Hijrah untuk memudahkan perancangan harian kita sepanjang tahun.
Takwim Hijri & Waktu Solat Pulau Pinang ini telah disemak oleh Jawatankuasa Falak Negeri Pulau Pinang.
Kalendar ini diterbitkan untuk edaran secara percuma oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang.
Melalui takwim ini, anda boleh mengetahui waktu solat 5 waktu sepanjang tahun beserta waktu Syuruk.
Kalendar takwim ini dikeluarkan bermula bulan Muharram memandangkan Muharram merupakan bulan pertama mengikut kalendar Islam.
Untuk kemudahan anda, anda boleh memuat turun dan mencetak kalendar ini untuk ditampal di tempat yang mudah dilihat.
Tarikh Penting Dalam Islam 2023
Kalendar Hijrah adalah kalendar lunar/qamariah yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi Matahari.
Terdapat 12 bulan dalam kalendar Islam bermula dari bulan Muharram ke bulan Zulhijjah.
Kalendar Masihi pula dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi Matahari.
Terdapat 12 bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember.
Mengikut takwim tahun 2023 / 1445H, berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi tahu 2023:
Tarikh Hijri | Tarikh Miladi | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
27 Rejab 1444 | 18 Februari 2023 | Israj dan Mikraj |
*1 Ramadan 1444 | 23 Mac 2023 | Awal Ramadan / Berpuasa |
17 Ramadan 1444 | 48 April 2023 | Nuzul al-Quran |
*1 Syawal 1444 | 22 April 2023 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
1 Zuhijjah 1444 | 20 Jun 2023 | Awal Zulhijjah |
*10 Zulhijjah 1444 | 29 Jun 2023 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharram 1444 | 19 Julai 2023 | Awal Muharram / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1445 | 28 September 2023 | Maulidur Rasul |
* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan MohorBesar Raja-Raja, Malaysia
Artikel berkaitan: Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM
Jadual Waktu Solat Pulau Pinang 2023
Muharram (Julai – Ogos 2023)
Safar (Ogos – September 2023)
Rabiulawal (September – Oktober 2023)
Rabiulakhir (Oktober – November 2023)
Jamadilawal (November – Disember 2023)
Jamadilakhir (Disember 2023 – Januari 2024)
Rejab (Januari – Februari 2024)
Syaaban (Februari – Mac 2024)
Ramadan (Mac – April 2024)
Syawal (April – Mei 2024)
Zulkaedah (Mei – Jun 2024)
Zulhijjjah (Jun – Julai 2024)
Sumber: Jabatan Mufti Pulau Pinang