URUS B50: Permohonan Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan

urus b50
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50.

URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas.

Para peminjam boleh memohon bantuan melalui Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dengan menghubungi bank masing-masing mulai 15 November 2021, menurut sebuah kenyataan rasmi oleh Bank Negara Malaysia.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS B50) untuk makluman bersama.

Apakah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS B50) ?

Program ini telah dirangka oleh sektor perbankan bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

URUS adalah untuk peminjam dari kumpulan B50, iaitu mereka yang:

  • Sudahpun berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada (Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan / penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan lain-lain)
  • Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880
  • Mempunyai pinjaman . pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat; DAN
  • Mengalami
    • Kehilangan pekerjaan; ATAU
    • Pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%

Bantuan Yang Ditawarkan

Di bawah program URUS, berikut adalah bantuan yang ditawarkan:

  • Anda akan menerima Pelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan, PFP) yang menetapkan jumlah ansuran bulanan dan jadual bayaran balik pinjaman untuk tempoh sehingga 24 bulan.
  • PFP akan merangkumi:
    • Pengecualian faedah selama 3 bulan
    • Penangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu anda menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan anda; dan
    • Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu anda menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan.

Baca juga: iRAHMAN : Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (RMR Rahman)

Cara Permohonan URUS B50

Untuk memohon URUS, anda boleh menghubungi pihak bank masing-masing mulai 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022.

Berikut adalah senarai pautan rasmi bank di Malaysia yang boleh anda hubungi:

Affin Bank Berhad
Affin Islamic Bank Berhad
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
Alliance Bank Malaysia Berhad
Alliance Islamic Bank Berhad
AmBank (M) Berhad
AmBank Islamic Berhad
BNP Paribas Malaysia Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Muamalat Malaysia Berhad
CIMB Bank Berhad
CIMB Islamic Bank Berhad
Citibank Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad
HSBC Amanah Malaysia Berhad
Hong Leong Bank Berhad
Hong Leong Islamic Bank Berhad
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
MUFG Bank (Malaysia) Berhad
Malayan Banking Berhad
Maybank Islamic Berhad
MBSB Bank Berhad
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
OCBC Al-Amin Bank Berhad
Public Bank Berhad
Public Islamic Bank Berhad
RHB Bank Berhad
RHB Islamic Bank Berhad
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
Standard Chartered Saadiq Berhad
Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Butiran permohonan boleh dirujuk di bank berkenaan.

Penerangan Versi Bahasa Inggeris

Baca juga: Login eGUMIS: Sistem Semakan Wang Tak Dituntut Online

Maklumat Lanjut

Lawati akpk.org.my/my/urus atau bnm.gov.my/urus untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai URUS.

Untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan kewangan selanjutnya, sila hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut