Advertisements

iRAHMAN : Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (RMR Rahman)

Advertisements

Untuk pengetahuan, permohonan i-RAHMAN bagi bina rumah atas tanah sendiri / beli rumah dari pihak ketiga (RMR RAHMAN) bagi tahun 2022 kini boleh dibuat menggunakan sistem e-Perumahan Versi III.

Satu reka bentuk konsep rumah yang patuh syariah, berkeluasan 1000 kps yang diberi nama Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR RAHMAN) akan dibina oleh pihak SPNB.

Pembinaan akan dibuat di atas tanah pemohon sebagaimana spesifikasi berikut iaitu tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang iRahman bagi calon pemohon yang berminat untuk membina rumah di Terengganu.

i-rahman

Apakah i-Rahman / (RMR RAHMAN) ?

Pembiayaan iRahman ini adalah pembiayaan tanpa faedah dimana penawaran dan kutipan balik pembiayaan akan diuruskan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan Rumah Mampu Milik di negeri Terengganu.

Di bawah pembiayaan ini, tanah atau tapak cadangan tuan-tuan dan puan-puan akan dibuat gadaian kepada pihak PMINT yang bertindak sebagai pemegang amanah bagi menjamin pembiayaan i-RAHMAN ini.

Pembiayaan tersebut akan disalurkan terus oleh pihak PMINT kepada pihak pemaju perumahan penswastaan yang dipilih dalam permohonan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Terdapat 2 segmen di bawah iRAHMAN iaitu:

i-rahman

#1 : Segmen Membina Rumah RMR Rahman

Di bawah segmen membina rumah,  kerajaan negeri akan berkerjasama dengan dengan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan rumah yang dibina akan dikenali sebagai RMR Rahman.

Rumah ini berharga RM75 ribu, tetapi akan mendapat subsidi sebanyak RM20 ribu daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia.

Dianggarkan setiap tahun subsidi yang akan disalurkan oleh Kementerian Kewangan untuk skim pembinaan rumah di bawah SPNB diantara 400 hingga 500 unit.

Rumah yang bakal dibina masih lagi mematuhi konsep patuh syariah tetapi berbeza dari segi keluasan iaitu 1,000 kps dan tidak mempunyai parkir kereta.

Melalui i-Rahman peserta hanya akan membuat pinjaman sebanyak RM55,000 dengan deposit sebanyak RM3,500 sahaja.

Tempoh pembiayaan adalah selama 15 tahun dan ansuran bulanan dijangka sekitar RM286 sebulan.

#2 : Segmen Pembelian Rumah i-Rahman

Pembelian yang dibina oleh pihak swasta pula adalah segmen kedua dalam i-RAHMAN.

Peserta yang telah terpilih tetapi tidak layak mendapat pembiayaan bank komersial akan ditawarkan dengan bukti secara bersurat penolakan daripada bank.

Rumah yang akan dijual di bawah skim ini ditawarkan dengan harga maksima sebanyak RM80,000 sahaja. Tempoh pembiayaan selama 25 tahun dan ansuran bulan sebnayak RM266.70.

i-rahman

Syarat Permohonan

Antara syarat permohonan skim i-RAHMAN seperti pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu serta berumur 21 tahun ke atas.

Bagi pemohon yang melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak).

Berkahwin manakala 10 peratus diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan.

Pemohon dan pasangan juga tidak memiliki rumah sendiri dengan pendapatan isi rumah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00.

SYARAT BELI RUMAH

Tambahnya, syarat bagi kategori beli rumah penswastaan adalah pemohon yang ingin membeli rumah penswastaan tetapi tidak melepasi kelayakan pinjaman melalui bank perlu disertakan surat penolakan daripada bank (sekurang-kurangnya dua bank).

Selain itu, syarat bagi kategori beli rumah penswastaan adalah pemohon yang ingin membeli rumah penswastaan tetapi tidak melepasi kelayakan pinjaman melalui bank perlu disertakan surat penolakan daripada bank (sekurang-kurangnya dua bank).

SYARAT BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Manakala syarat tanah (RMR RAHMAN) adalah permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50’ lebar x 72’ panjang) serta tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian atau bebanan ke atasnya (siap tambun).

Tempoh Permohonan i-Rahman

Permohonan akan dibuka bermula 17 Oktober 2021 sehingga 28 Februari 2022 di pautan laman sesawang ePerumahan Terengganu.

Kadar Pembiayaan & Subsidi

KADAR PEMBIAYAAN PEMBINAAN RUMAH

Pembinaan RMR RAHMAN ini akan mendapat subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang akan dibina.

Kos yang akan ditanggung oleh pemohon adalah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.

KADAR PEMBIAYAAN PEMBELIAN RUMAH

Rumah yang akan ditawarkan di bawah skim ini ditawarkan dengan harga maksima sebanyak RM80,000 sahaja.

Tempoh pembiayaan selama 25 tahun dan ansuran bulan sebanyak RM266.70.

Cara Permohonan

Kesemua permohonan adalah secara atas talian sejak tahun 2014 melalui Portal ePerumahan Terengganu untuk memudahkan rakyat tanpa perlu hadir ke pejabat.

Permohonan online dan syarat-syarat lanjut boleh disemak melalui pautan berikut:

https://eperumahan.terengganu.gov.my

eperumahan terengganu

Baca juga: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2021

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk di laman web e-perumahan di pautan laman sesawang https://eperumahan.terengganu.gov.my mengenai syarat-syarat, dokumen yang diperlukan untuk membuat sebarang permohonan yang ditawarkan oleh SUK (Bahagian Perumahan).

Leave a Comment