Ujian SPiER-PDRM 2022 (Sistem Pemprofilan Rekrutmen)

SEMAKAN UJIAN SPIER-PDRM 2022 BAGI JAWATAN:

  1. INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/ WANITA),
  2. KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI) DAN;

Semua calon yang telah melepasi pemeriksaan ujian fizikal pada tahun 2021 dikehendaki membuat semakan panggilan ujian SPIER-PDRM bermula 07 Februari hingga 28 Februari 2022
Bagi calon Semenanjung.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang ujian berkenaan.

Apakah Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER)?

Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) ini merupakan satu sistem yang menggunakan ujian psikologi sebagai satu kaedah saringan awal dalam proses pemilihan dan pengambilan pegawai baharu.

Aspek yang dititikberatkan adalah elemen psikologi dan praktis minda keselamatan berdasarkan norma dan keperluan jabatan atau agensi di bawah KDN.

Pembangunan SPiER dianggotai Pegawai Psikologi KDN, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Pegawai Beruniform Jabatan atau agensi yang terlibat.

spier pdrm

Tujuan / Objektif Ujian SPiER PDRM

SPIER merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai.

SPIER dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.

SPIER bagi Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), APMM, VPA dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) turut dibangunkan dan telah digunakan sepenuhnya.

Semakan Status Ujian SPIER PDRM

Semakan status ujian SPIER-PDRM lulus atau gagal boleh dilakukan dalam sistem e-pengambilan PDRM di pautan berikut:

Hanya calon yang lulus ujian ini sahaja akan mendapat surat panggilan temu duga lisan yang boleh didapati di dalam e-pengambilan PDRM.

Bagaimanakah Ujian SPiER PDRM Ini Dijalankan?

Ujian ini dijalankan melalui sesi ujian berkomputer.

SPIER merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai.

Dasar penilaian umumnya menumpukan pada 3 aspek berikut:

  • penilaian minat kerjaya
  • penilaian personaliti
  • penilaian nilai pekerjaan
spier pdrm
Sumber: Harian Metro

Baca juga:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://psikom.moha.gov.my/spier/ iaitu Ministry of Home Affairs (MOHA / KDN).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman sosial Facebook Unit Pengambilan PDRM.

Bantu kami share artikel ini: