Ujian Pencarian Murid Pintar UKM1 GENIUS@Pintar 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Pencarian Murid Pintar & Berbakat (UKM1) akan dibuka dan boleh diakses secara dalam talian bermula 1 Februari 2024 hingga 15 Jun 2024.

Apakah Kolej GENIUS@Pintar ?

Kolej GENIUS@Pintar, UKM menggunakan kurikulum (compacting curriculum) yang dibina oleh pakar-pakar akademik di UKM dan diluluskan oleh senat universiti pada tahun 2010. Pelajar perlu mengikuti KSSM iaitu kurikulum yang ditawarkan oleh KPM secara sepenuhnya.

Kurikulum ini seterusnya diperkayakan dengan silibus yang diikitiraf oleh Amerian College Board yang menawarkan kursus Advance Placement (AP), dan kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus, serta pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).

Kurikulum Kolej GENIUS@Pintar, UKM dimampatkan supaya lebih banyak ilmu baharu dapat disampaikan. Hal ini seiring dengan keperluan kognitif pelajar pintar dan berbakat yang memerlukan kurikulum mencabar.

Pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan 3 jenis pecutan; iaitu pecutan berdasarkan topik subjek-subjek tertentu, pecutan berdasarkan subjek, atau pecutan gred.

Kolej GENIUS@Pintar, UKM meletakkan lima komponen utama yang dinilai sebagai PNGK Bersepadu (Integrated CGPA) bagi melayakkan pelajar mendapat sijil “GENIUS@Pintar Junior Certificate” pada Asas 3 dan sijil “GENIUS@Pintar High School Diploma” pada Tahap 2.

Pelajar-pelajar Asas 1 sehingga Asas 3 akan mempelajari silibus daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala pelajar-pelajar Tahap 1 dan 2 akan mempelajari silibus yang setara dengan STPM. Justeru, pemilihan pelajar yang akan menyambung pengajian di Kolej GENIUS@Pintar, UKM mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi atas dasar penyesuaian ilmu yang agak berat di Kolej GENIUS@Pintar, UKM.

permata pintar UKM1 2024

Apakah Program Pencarian Murid Pintar & Berbakat Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM1?

Program Pencarian Murid Pintar dan Berbakat dilaksanakan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada setiap tahun.

Pencarian ini disasarkan kepada murid berumur 8 hingga 15 tahun di seluruh negara. Saringan mengenali murid pintar dan berbakat ini meliputi Ujian Saringan UKM1, UKM2 dan UKM3.

Ia adalah bagi mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini.

Bagi kemasukan ke program pintar dan berbakat, murid-murid perlu melepasi UJIAN SARINGAN UKM1, UKM2 dan UKM3 sebelum ditawarkan ke Program Pendidikan Menengah Pintar dan Berbakat.

  • Setiap tahun, ujian UKM1 dilaksanakan secara dalam talian bermula pada 1 Februari sehingga 31 Mei.
  • Ujian Saringan UKM1 terbuka kepada semua murid pelbagai bangsa berumur 9 hingga 15 tahun, manakala bagi murid beragama Islam ia dibuka kepada murid seawal usia 8 tahun hingga 15 tahun.
  • Para ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka untuk mengambil ujian ini atau mendaftar secara kelompok di sekolah-sekolah anak mereka melalui laman web http://ukm1.geniuspintar.ukm.my

Tatacara Kemasukan Pelajar Ke Kolej GENIUS@Pintar

Seseorang murid yang ingin belajar di Kolej GENIUS@Pintar, UKM perlu lulus Ujian UKM1, UKM2, menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah, serta lulus ujian UKM3.

Carta Alir di bawah menerangkan tatacara kemasukan pelajar ke Kolej GENIUS@Pintar, UKM.

permata pintar 2024

Murid-murid terpilih yang melepasi ujian saringan UKM1 dan UKM2 akan ditawarkan untuk mengikuti satu program pengayaan (enrichment) yang dipanggil Program Pengayaan Cuti sekolah (PPCS) sama ada di Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau di Kolej GENIUS Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

PPCS yang dijalankan dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini menyediakan program dan aktiviti pengayaan berpaksikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang akan memberikan pendedahan kepada murid-murid dengan aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian dan lawatan sambil belajar. Terdapat lebih daripada 30 aktiviti pengayaan yang ditawarkan. Antara contoh aktiviti pengayaan yang menarik yang ditawarkan adalah kelas Robotik, Crime Scene InvestigationGenetic EngineeringYoung PhysicistFast-Paced BiologyStar Rangers dan pelbagai lagi

Asas kepada pembinaan PPCS adalah untuk menyediakan program dan aktiviti mencabar yang bersesuaian dengan kebolehan kognisi tinggi murid pintar dan berbakat dalam membentuk mereka menjadi modal insan yang holistik bagi melahirkan bakal pemikir dan pencipta pada masa hadapan.

Bagi murid-murid berumur 11 hingga 12 tahun, mereka akan melalui ujian saringan yang seterusnya dan sekiranya mereka melepasi semua ujian saringan ini, mereka akan ditawarkan untuk mengikuti Program Menengah Pintar dan Berbakat berdasarkan kecenderungan mereka di antara tiga (3) buah sekolah seperti berikut:

  • Kolej GENIUS@Pintar Negara (KGPN) di Kampus Seremban, Negeri Sembilan;
  • Kolej GENIUS Insan (KGI) di USIM, Nilai, Negeri Sembilan; dan
  • Akademi Sains Pendang (ASP) di Kedah.

Bidang Pengkhususan

Ketiga-tiga sekolah yang menawarkan pendidikan menengah pintar dan berbakat ini menawarkan pengkhususan seperti berikut:

Kolej GENIUS@Pintar Negara (KGPN)

  • Pengkhususan bidang Sains Tulen
  • Pengkhususan Sains Tulen dan Teknologi Digital

Kolej GENIUS Insan (KGI)

  • Pengkhususan Sains Tulen yang berteraskan Aqli dan Naqli

* Murid juga perlu melalui satu lagi ujian saringan hafazan sebelum ditawarkan ke kolej ini.

Akademi Sains Pendang (ASP)

  • Pengkhususan bidang Sains Tulen

Tarikh Ujian UKM 1

Ujian Saringan Pertama : 1 Februari 2024 hingga 15 Jun 2024

Baca juga: Login IQ Nilam (iqnilam.moe.gov.my), Sistem Rekod Bacaan Murid Online

Siapa Yang Layak Menduduki Ujian Genius@Pintar?

Mana-mana murid sekolah yang mempunyai kerakyatan Malaysia, dan berumur antara 8 hingga 15 tahun adalah layak untuk mengambil ujian UKM1.

  • Murid Islam : 8 tahun / Tahun 2
  • Murid pelbagai agama / bangsa : 9 – 15 tahun / Tahun 3 – Tingkatan 3

Kelebihan / Keistimewaan

Murid yang terpilih untuk mengikuti pendidikan menengah pintar dan berbakat di tiga (3) buah sekolah ini, akan memperoleh  pendidikan  yang  menyokong  keperluan  kebolehan kognitif mereka yang tinggi, mendapat pengalaman  pendidikan  yang  mencabar  dan  berteknologi  tinggi menerusi kurikulum yang rigorous (selaras dengan keperluan kebolehan/kognitif murid), mempunyai peluang untuk meneroka bidang yang diminati menerusi program-program pengayaan seperti Olympiad, Genome to Space; DNA Barcoding Sequencing dan Astrophysics, F1 in Schools, Robotic dan lain-lain.

Menerusi program pintar dan berbakat ini potensi dan bakat murid dapat digilap sepenuhnya sehingga ke tahap maksimum.

Murid juga mempunyai  peluang  untuk  menjalankan  penyelidikan  dengan  bimbingan  daripada pakar bidang/profesor di universiti dan menerbitkan hasil penyelidikan dalam jurnal atau prosiding bersama mentor.

Selain itu, murid juga berpeluang mendapat pengalaman tindikan industri (industrial engagement/ imersion) dan mempunyai peluang  bersaing  di  peringkat  dunia / antarabangsa melalui pertandingan, penyelidikan, program pertukaran murid pintar dan berbakat serta berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti terbaik dunia dan universiti Ivy League.

Cara Permohonan

Murid-murid yang berkelayakan dipelawa untuk menduduki ujian saringan ini melalui link berikut:http://ukm1.permatapintar.ukm.my/

Semakan

Tawaran Ke Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM sesi 2024.

Para calon dan ibu bapa yang telah melalui proses temu bual UKM3 2024 bagi kemasukan ke Program Kolej GENIUS@Pintar Negara, boleh melayari laman sesawang http://semak.permatapintar.ukm.my untuk membuat semakan status.

Maklumat lanjut boleh dirujuk pada infografik yang disediakan atau layari https://www.ukm.my/geniuspintar/faqs-kolej-geniuspintar-ukm/ ATAU https://www.ukm.my/geniuspintar/uppb/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!