Bagi penerima Sumbangan Tukar Rahmah (STR) yang ingin menukar maklumat akaun bank mereka, ada cara tukar akaun bank untuk bayaran STR yang boleh dilakukan secara online.
Penukaran maklumat akaun bank ini hanya boleh dibuat sekiranya status bayaran fasa sebelumnya adalah Berjaya Kredit sahaja.
Mengenai STR
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Tujuan utama penyasaran semula subsidi membolehkan kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025.
Ini bagi memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya menerusi bantuan yang diberikan.
Pemberian bantuan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah diketengahkan Kerajaan MADANI yang turut melibatkan kerjasama tiga kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Ekonomi.
Pemberian bantuan ini untuk tahun 2025 dijangka akan melibatkan seramai 4.7 juta warganegara daripada kategori bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah.
Kategori Penerima
Bantuan ini akan diterima oleh individu daripada kategori berikut:
i- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa;dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Kadar Bayaran
Kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima adalah seperti berikut:
Kaedah Pembayaran STR
Kaedah pembayaran bantuan ini adalah seperti berikut:
i- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
ii- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Status pengkreditan gagal kredit
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
Cara Tukar Akaun Bank Untuk Bantuan STR
Kemas kini maklumat akaun bank boleh dibuat dengan 2 cara iaitu:
- Secara dalam talian di Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my ; atau
- Penghantaran Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Untuk menukar akaun bank secara atas talian, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk log masuk ke dalam sistem.
- Plih menu “Kemas Kini Permohonan.”
- Maklumat permohonan akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat terkini permohonan yang dihantar secara dalam talian atau berdasarkan permohonan
- Kemas kini maklumat pemohon termasuk memasukkan akaun bank yang baru.
- Kemudian, kemas kini maklumat pasangan, anak, dan waris.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang “Sahkan Captcha.”
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick kotak “Setuju.”
- Klik butang “Hantar” bagi meneruskan permohonan.
Soalan Lazim
Ya. Anda boleh menambah maklumat akaun bank pemohon atau pasangan sekiranya tiada maklumat akaun bank pemohon atau pasangan pada borang permohonan STR 2025. Pengemaskinian maklumat akaun bank juga dibenarkan sekiranya bayaran STR fasa terkini bukan melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan tersebut.
Kemas kini maklumat akaun bank penerima dibenarkan sekiranya status bayaran fasa sebelumnya adalah Berjaya Kredit. Akan tetapi penerima hanya boleh menukar maklumat bank sedia ada ke maklumat akaun bank baharu. Penukaran bayaran secara akaun bank ke bayaran tunai adalah tidak dibenarkan.
Kemas kini maklumat akaun bank pasangan hanya dibenarkan sekiranya status bayaran STR semasa fasa pembayaran sebelumnya adalah:
– Gagal Kredit; atau
– Tunai
Baca juga: Bila Rayuan STR Masuk? – Tarikh & Cara Mohon Rayuan