10 Tips Cepat Hamil Yang Berkesan Untuk Diamalkan

tips cepat hamil
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apakah tips cepat hamil yang boleh suami isteri amalkan untuk mudah mendapat cahaya mata seawal perkahwinan?

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya menginginkan anak untuk melengkapi keharmonian ikatan cinta ini.

Tetapi tidak semua pasangan di rezeki anugerah tersebut secepat yang diinginkan. Namun anda boleh berikhtiar dengan petua dan tips cepat hamil yang disarankan pakar.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tips cepat hamil yang berkesan boleh anda suami isteri lakukan dalam masa 30 hari sebagai persediaan awal.

Baca juga:

Kadar kesuburan di Malaysia

tips cepat hamil

Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar kesuburan di Malaysia adalah 1.6 anak untuk seorang wanita berusia 15-49 tahun pada tahun 2023, menurun dari 2.1 pada tahun 2010.

Tips cepat hamil yang berkesan

Terdapat pelbagai tips cepat hamil yang berkesan boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian. Berikut adalah antara tips yang terbaik:

1. Hentikan makan pil perancang

Tips cepat hamil yang pertama adalah anda perlu hentikan segala pengambilan ubat-ubatan jenis kontraseptif seperti pil perancang kehamilan.

Sesetengah kes, kaum wanita boleh mendapat haid pertama dalam masa dua minggu selepas menghentikan pengambilan pil perancang.

2. Hadkan pengambilan kafein

Buat anda yang gemarkan kopi dan teh, pastikan anda mengehadkan pengambilan kafein sekiranya anda ingin cepat hamil.

Cadangan pengambilan kafein yang disyorkan untuk wanita hamil adalah sekitar 12 auns kopi setiap hari.

Cuba hentikan secara perlahan-lahan jika anda mengambil lebih dari kuantiti yang disarankan ini.

3. Ambil asid folik

Asid folik yang dipanggil B9 boleh membantu mencegah masalah otak dan saraf tunjang dalam perkembangan bayi sebagai tips cepat hamil yang seterusnya.

Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 400-800 mikrogram asid folik setiap hari.

Anda juga boleh ambil vitamin pranatal yang lain seperti Vitamin D, Omega-3, Vitamin C, Zink, dan nutrien lainnya seperti selenium, magnesium, biotin, riboflavin, thiamin, niasin, Vitamin E, dan sebagainya.

4. Amalkan diet pemakanan sihat

Makanan juga memainkan peranan yang penting sebagai tips cepat hamil. Anda perlu makan pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, karbohidrat kompleks dan protein tanpa lemak.

Makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni akan memberikan diet anda dengan antioksida dan nutrien.

Jangan lupa untuk makan sayur-sayuran berdaun hijau juga kerana ia sarat dengan folat dan zat besi yang anda perlukan.

Dalam masa yang sama elakkan dari makan makanan sejuk beku, makan diproses, ikan tinggi merkuri seperti tuna dalam tin dan sebagainya.

5. Rajin bersenam

Masalah obesiti atau kurang berat badan boleh menjejaskan kesuburan seseorang. Justeru, adalah sangat penting untuk anda dapatkan berat badan yang sihat sebelum cuba untuk hamil.

Indeks Jisim Badan (BMI) boleh membantu anda untuk mengenal pasti berat badan yang sihat berpandukan ketinggian anda.

Dalam masa yang sama pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap minggu.

Anda boleh mula dengan senaman yang ringan seperti berjalan dalam 10-15 minit pada satu-satu masa, kemudian naikkan masa apabila sudah selesa.

Jika anda mahukan lebih banyak cabaran dan ingin semakin aktif, cuba aktiviti lasak seperti berjoging, berbasikal atau mendaki bukit.

6. Kenal pasti fasa subur

Setiap wanita mempunyai tempoh kitara haid yang berbeza-beza walaupun dalam kitara tetap.

Waktu subur wanita biasanya berlaku sekitar 6 hari setiap bulan termasuklah 5 hari menjelasng ovulasi dan hari ovulasi itu sendiri. Anda akan mengalami ovulasi ini sekitar 12-14 hari selepas kitaran haid pertama.

Hari ini terdapat banyak kalkulator ovulasi yang tersedia sekarang untuk memudahkan anda menganggarkan fasa subur anda.

7. Berhenti pengambilan alkohol dan merokok

Merokok, minum minuman beralkohol dan pengambilan dadah boleh membahayakan bayi yang belum lahir.

Merokok mendedahkan bayi anda kepada bahan kimia yang berbahaya, menyekat aluran darah dan menyebabkan kelahiran pramatang.

Minuman beralkohol pula menyebabkan bayi mendapat fetal alcohol syndrome (FAS).

Manakala menggunakan dadah seperti heroin, kokain, methamphetamine, ganja, dan sebagainya bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga menyebabkan kecacatan semasa lahir, risiko keguguran, dan sebagainya.

8. Lakukan seks

Tips cepat hamil dari segi waktu paling ideal dan sesuai untuk melakukan hubungan seks adalah dalam beberapa hari sebelum fasa ovulasi.

Hal ini kerana anda boleh memastikan sperma yang berada di dalam badan tepat apabila telur anda dikeluarkan.

9. Berbaring telentang selama 15 minit selepas berhubungan seks

Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2009 mengenai inseminasi intrauterin (IUI) mendapati bahawa wanita yang berbaring telentang selama 15 minit selepas prosuder tersebut mempunyai potensi sehingga 50% untuk hamil.

10. Jumpa pakar kesuburan

Sekiranya anda sudah melakukan pelbagai cara selama setahun ataupun anda sudah berumur lebih dari 35 tahun, dan masih tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan, anda boleh cuba berbincang dengan pakar perubatan.

Mungkin anda atau pasangan anda mempunyai masalah kesuburan yang boleh ditangani dengan rawatan eksklusif.

Cara kiraan hamil yang betul

tips cepat hamil

Anda boleh semak Cara Kiraan Hamil dan Kalkulator Bersalin di sini.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tips cepat hamil dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Tips to Get Pregnant Faster That Actually Work. Ovia Health
  2. A 30-Day Guide to Prepare Your Body for Pregnancy. Healthline
  3. Kadar Kesuburan Rakyat Malaysia Turun Mendadak. Harian Metro
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut